EYES OG EAGLE

EYES OG EAGLE

18 November 2014

APA ITU PENYAKIT GOUT...? (INFO KESIHATAN)

Assalamualaikum...
Penyakit Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oelh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 mol/L (7.0mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada pengakit gout walaupun aras asid urik  yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gout.

GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.

Apabila gout menyerang, kaki akan bengkek, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.

Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua. Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.

Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai metabotik akibat asid urid (iaitu bahand buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protien) ; berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout.

Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension. Kalang kala, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka.

Tisu lembut
Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat ; asimptomik (tiada simtom), akut, interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.

Manakala bagi peringkat kronik, serangan gout boleh berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit; kejang dan kaku berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkel, merah, panas dan demam.
Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan bonjolan kecil yang dipanggil tophi. Pada keadaan yang serius, tophi yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.

"Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan boleh berlanjutan antara lima hingga 10 hari mengikut kedaan pesakit. Sendi yang diserang gout akan bengkak, merah dan panas.

"Secara semula jadi asid urik akan larutkan dalam darah dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan terlalu banyak sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit," katanya.

Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan - yang dipanggil gout palsu atau pseudogout.

Tanda-tanda
ciri-ciri klasik adalah sakit melampau (excruciating pain) yang mengejut biasanya bermula hanya pada satu sendi, terutamanya ibu jari kaki (75% daripada serangan pertama adalah sendi meratarsal-phalangeal pertama)

FAKTOR RISIKO
  • Jantina - Secara umumnya, lelaki berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan
  • Gaya hidup - Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout
  • Obesiti - Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal
  • Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat - Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.
Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.
  • Genetik - Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.
  • Umur - Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid
Bila sepatutnya mendapatkan rawatan?. Kata Dr Penafort, apabila sendi berasa panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah ini akan bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi.

Malah, individu yang mengalami masalah kencing manis, obesiti, anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu pengkumuhan asid urik turut berisiko mendapat gout.

Manurut Dr Penafort, asid urik biasanya disingkirkan daripada badan melalui air kencing dan najis. Kegagalan badan mengeluarkan asid urik berlebihan akan menyebabkan ia mendak dan berkumpul sama ada di sendi, buah pinggang atau kulit.

Mewarisi
Gout juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang. Walaupun begitu, dalam sesetengah kes ia boleh diwarisi, terutama individu yang tiada enzim untuk membuang asid urik.

Gout juga boleh disebabkan masalah obesiti, gemuk, tekanan, kerosakan buah pinggang. Bagi individu yang mempunyai masalah gout, mereka disarankan untuk berpantang sedikit dan menghindarkan makanan kaya purin seperti bijirin, makanan laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman keras, kicap, teh  kopi. Sebaliknya, minum lebih banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan kerap bersenam.

Buat masa sekarang, tiada rawatan khas untuk menyembuhkan gout tetapi masalh ini boleh diatasi dan dikawal dengan mengambil ubat tahan sakit seperti endometacin (indocid) dan diclofenac (voltaren)

Individu yang kerap mengalami serangan gout sebaik-baiknya mempunyai bekalan ubat allopurinol di rumah untuk mengimbangkan paras asid urik dalam badan yang perlu diambil sepanjang hayat.

Beberapa ubat yang dicadangkan bagi rawatan jangka panjang termasuk uricosuric (probenecid dan sulphinprazone).

Manakala untuk serangan mendadak, pesakit boleh mengambil ubat anti-inflamatori bukan steroid (NSAIDs), colchicine (untuk serangan yang kurang kerap) dan corticosteroids.

DIAGNOSIS
Diagnosis tepat bagi gout adalah melalui microscopi (fluid aspirated) sendi dari sendi (ujian ini mungkin sukar dilaksanakan) untuk membuktikan kristal monosodium urate intrasellular dalam cecair synovial polymorphonuclear leukocytes.

Aras serum urate biasanya meningkat. Serum urea dan creatinine mungkin meningkat sekiranya terdapat kegagalan ginjal

RAWATAN
Rawatan awal adalah penghilang sakit. Apabila diognasa telah disahkan, dadah pilihan adalah  (colchinine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs),atau intraarticular glucocorticoids). (Dalam bahasa Inggeris).

Rawatan jangka panjang adalah terapi antihyperuricemik. Perubahan permakanan mampu membuat perubahan kecil kepada mengurangkan aras plasma urate jika diet rendah (purines) diambil. Rawatan utama gaut adalah dadah allpurinol, satu pemendam xanthine oxidase, yang bertindak dengan menurangkan penghasilan asid urik, dan meningkat penyingkiran asid urik berlebihan melalui air kencing.

Keputusan mengambil allopurinol sering kali merupakan keputusan sepanjang hayat. Terdapat penyakit yang berhenti pengambilan allopurinol diketahui kembali mendapat gout arthritik akut, disebabkan pertukaran aras serum urate kelihatannya meningkat penghasilan kristal.

Oleh kerana arterial hypertension sering wujud seiring dengan gout rawatan yang diberikan dengan menggunakan losartan, musuh penerima AT, mungkin mempunyai kebaikan tambahan pada aras plasma asid urik. Dengan ini, losartan boleh mengimbangi kesan sampingan negatif thuzudes pada metabolisma pesakit gout. Menariknya, sejenis dadah lain, fenofibrate, digunakan untuk merawat hyperlipidemia, juga memberikan kesan baik pada kesan uricosuric.

15 November 2014

Menghadapi musim banjir

Setiap kali banjir besar berlaku banyak kerugian terpaksa ditanggung oleh mangsa bencana alam itu. Selain kerugian harta benda, penduduk di kawasan yang terlibat juga perlu berwaspada dalam aspek kesihatan kerana mereka terdedah kepada gejala penyakit. Selain penyakit berjangkit seperti kencing tikus, dan campak, mereka perlu bersedia berhadapan kes ringan seperti batuk, selesema, demam, dan jangkitan penyakit kulit. Mereka yang mengalami tanda-tanda penyakit berkenaan perlu mendapatkan rawatan segera. 
Bagi ibu hamil yang  hampir  bersalin, lengkapkan segala persiapan termasuk untuk bayi yang bakal lahir dan simpan di tempat mudah dicapai. Lebih  baik jika tinggal berdekatan hospital atau di luar kawasan banjir.
 

 Dokumen  penting seperti kad pengenalan dan kad antenatal mesti disimpan rapi. Bagi mengelak masalah ketika bersalin simpan nombor telefon klinik , hospital dan orang yang boleh dihubungi ketika kecemasan. 
Banjir juga mengganggu  jadual rawatan bagi pesakit kronik. Justeru mereka perlu mendapatkan bekalan ubat mencukupi dan pastikan kad rawatan serta dokumen penting lain tidak hilang. Selain itu juga mereka yang memerlukan rawatan penyakit berkala seperti hemodialisis perlu memaklumkan kepada pegawai berkenaan untuk bantuan atau dipindahkan ke pusat yang mempunyai peralatan bersesuaian. Ahli keluarga pesakit yang terlantar pula dinasihat mendapatkan bekalan ubat lebih awal untuk pesakit . Kenderaan yang sesuai perlu untuk memindahkan pesakit jika keadaan banjir semakin teruk atau diarahkan oleh pihak berkuasa.  
Jangkitan penyakit terutamanya bawaan air adalah suatu kebiasaan semasa dan selepas musim banjir . Air banjir mengandungi banyak jenis kuman (virus, bakteria, fungus) dan parasit(seperti cacing) akibat bercampur dengan air kotor dan air kumbahan. Dalam pada itu, serpihan berbahaya seperti kayu, kaca dan bahan kimia di dalam air banjir boleh menyebabkan kecederaan. Oleh itu mangsa banjir perlu mengelak kecederaan kerana bantuan mungkin sukar diperoleh sementara kuman pula mudah memasuki luka kecederaan walaupun kecil. Bagi mengelak jangkitan penyakit, mereka yang berisiko atau terlibat dengan banjir perlu mengutamakan kebersihan. Golongan yang berisiko ialah kanak-kanak, warga emas, ibu mengandung dan pesakit yang lebih terancam jika dijangkiti kuman melalui makanan (dan air) tercemar atau akibat luka kecederaan.  
Walaupun banjir telah surut, jangan terus memasuki rumah kerana anda belum pasti keadaan dalam rumah anda. Sebaik-baiknya periksa dulu  kerosakan dinding, lantai, siling pintu, tingkap serta perhatikan tanda-tanda rekahan atau mendapan yang mungkin melemahkan struktur rumah. Selain itu periksa paip saluran gas, wayar elektrik, peralatan elektrik dan bahan-bahan mudah terbakar di samping kerosakan pada tangki septik bagi memastikan jika berlaku pencemaran bahan kumbahan atau bahan kimia serta kebocoran gas, air dan elektrik sekitar kediaman.  
 
Sumber maklumat : Mingguan Malaysia