EYES OG EAGLE

EYES OG EAGLE

01 Januari 2015

AKU DAN TAHUN BARU...,EMMMM...!!!

Assalamualaikum kepada semua pembaca dan yang sudi melawat Blog aku yang tak seberapa ni..,
tepat detik jam 12 mlm 1/01/2015.., adalah tahun baru dalam arena kelendar umum..,maka dalam tarikh itu juga selangkah kita dalam jangkauan umur..,bermakna kita semakin tua..,dan semakin berusia..,
aku sedar yang umur semakin bertambah..,dan juga maka itulah selangkah lagi aku akan menempuh pelbagai dugaan dan cabaran sebagai manusia.., kita tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ni..,adakah lebih baik kehidupan kita atau pun sebaliknya..,emmm.., seperti aku..., aku mengharapkan sesuatu yang lebih baik dan tentunya yang terbauk bakal aku lakukan ..,tapi itu adalah takdir..,kita tidak boleh merubah takdir...,kita hanya boleh mengubah diri dan pendirian kita kesatu agenda yang terbaik..,

kehidupan ni macam jaluran warna...,dan macam roda..,
warna...,???  ya .....! warna...,! banyak warna kehidupan dalam perjalanan kita nanti..,dan kita juga lah akan mewarnakan kejujuran kita ...,keikhlasan kita...,ketulusan hati kita...,aku juga akan cuba mengubah cara hidup aku dengan kematangan aku yang ada....,masih lagi banyak perlu aku belajar..,dalam hidup ni..,kita kena belajar..,selagi kita hidup..,kita akan belajar dari setiap sudut kehidupan..,setiap kesilapan dan kegagalan.., itu lah dia guru yang paling hebat..., iaitu pengalaman..,

2014.., banyak juga kegagalan yang aku alami...,keperitan hidup..,kekecewaan .., perkara tu akan sentiasa ada pada kita...,aku terfikir..,? adakah ian akan menjadi pedoman untuk aku nanti,,???.,mungkin dari cebisan kemelut itu ada yang akan aku gunakan dalam perjalan hidup aku yang seterusnya..,mungkin tidak....,
aku akan  biarkan kesederhanaan hidup aku ini terus bertapak dalam arca kehidupan aku..,kerana bila kita dalam kesederhanaan ..,kita akan sentiasa bersyukur kepada tuhan.., itu nyata penting..,!.,
kesedaran diri dalam hidup bila kita sederhana ...,bila kita dalam kepayahan hidup..,disitu kita akan belajar dari semua sudut situasi.., malah itu juga akan menyedarkan kita bahawa kita ini..,sangat lemah...,
BISSMILLAHHIRAHMAN NIRAHIMM.., mula kan lah ia ...,sentiasakan lah ia.., baca kan lah ia..,biar sentiasa di hati..,sentiasa dibibir..,walaupun ayat itu ringkas...,malah penuh dengan rahmat..,

Marilah kita semua sentiasa bersyukur kepada ALLAH SWT.., kerana awal tahun ni kita masih lagi bernafas..,diberikan nyawa untuk terus beribadah kepadanya..,dan setiap apa jua yang kita akan lakukan nanti sentiasa dirahmati...,kita tidak akan sempurna jika apa sahaja perkara yang kita lakukan tidak mendapat rahmat dan keberkatan ALLAH SWT.., sama sama lah kita teruskan berjuang dalam kehidupan ini..,yang penuh dengan pancaroba...,

sebelum berpisah...,dan jika ada lagi hayat dikandung badan..., kita kan berjumpa semula di sini...,dalam blog ni...,salam sayang untuk senua...,
ASSALAMUALAIKUM...,

SALAM TAHUN BARU 2015....,