EYES OG EAGLE

EYES OG EAGLE

26 Jun 2009

17.Sensasi

Michael Jackson meninggal dunia
26/06/2009 10:07am


LOS ANGELES 26 Jun - Michael Jackson disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang waktu tempatan (2.26 pagi Jumaat waktu Malaysia) selepas jantungnya gagal berfungsi, demikian menurut para pegawai di sini.

Kematian Raja Pop itu mengejutkan dunia dan dianggap sebagai satu kehilangan besar kepada para peminat dan dunia hiburan antarabangsa.

Pegawai Koroner Long Angeles, Leftenan Fred Corral memberitahu CNN bahawa Jackson, 50, disahkan meninggal dunia dua jam selepas pasukan perubatan menerima panggilan dari rumah bintang tersebut.

"Saya hanya boleh memberitahu buat masa ini kami telah dimaklumkan oleh penyiasat dari Jabatan Polis Los Angeles Barat bahawa Jackson telah dibawa ke hospital dan ketika tiba di sana, beliau tidak sedarkan diri dan kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang,'' kata Corral kepada CNN.

Katanya, bedah siasat kemungkinan akan dilakukan esok tetapi tidak menyebutkan punca kematian. – AFP




Michael Jackson ambil preskripsi dadah
26/06/2009 12:16pm


LOS ANGELES 26 Jun – Raja Pop dunia, Michael Jackson dikatakan telah mengambil preskripsi dadah untuk membolehkannya bertahan dalam konsert yang bakal diadakan di London bulan depan.

Menurut seorang jurucakap peguam ahli keluarga penyanyi itu, Brian Oxman, Michael Jackson berjuang menghadapi penyakit yang dihadapi dengan memakan preskripsi ubat tersebut sepanjang kerjayanya.

Dia mengambil dadah tersebut selepas mengalami kecederaan ketika menjalani latihan untuk konsert yang bakal diadakan itu.

Pegawai Koroner Los Angeles, Leftenan Fred Corral memberitahu CNN bahawa Jackson, 50, disahkan meninggal dunia selepas jantungnya gagal berfungsi. – AFP




Rumah lama Michael Jackson jadi tumpuan peminat
26/06/2009 12:50pm


GARY, Indiana 26 Jun – Peminat-peminat Michael Jackson membentuk satu bulatan sambil berdoa di hadapan rumah yang pernah didiami penyanyi itu ketika zaman kanak-kanaknya, di sini.

Beratus-ratus peminat membanjiri dan memenuhi jalan-jalan utama selepas mengetahui berhubung kematian ‘Raja Pop’ itu.

Anak-anak patung dan bunga ros diletakkan di anjung rumah yang pernah didiami oleh Jackson ketika beliau membesar yang kini tidak lagi didiami.

Jiran-jiran mula berkumpul sambil membawa lilin dan nota takziah untuk penyanyi itu. – AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan