dunia adalah pentas manusia..,lakonannya pelbagai cerita..,ada yang suka dan berduka cita..,ada yang suci ada yang berdosa..,maka ingatlah...!kita semua adalah hamba kepada yang ESA...,
EYES OG EAGLE
08 Julai 2012
06 Julai 2012
05 Julai 2012
Mengenali Bulan Syaaban dan Malam Nisfu Syaaban
Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam
semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah
pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. Masih ramai umat Islam di luar sana
keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan
Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya. Sebelum itu, marilah kita
sama-sama mendalami dan mengenali sedikit sebanyak info tentang bulan Syaaban
ini.
PENGERTIAN
SYAABAN
Bulan Syaaban
merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang
penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya
bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada
bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela
dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Syaaban
dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat
Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber
air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda
mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut
tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis
yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan
bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui”
Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang
banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)
MALAM NISFU
SYAABAN
Nisfu dalam
bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas
haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari
ke-15 dalam bulan Syaaban
tahun Hijrah.
Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik
oleh malaikat
untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya
untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan
tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh
berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a.
meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg
tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: “Rasulullah
S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh
lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat
demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku
kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku
pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan
keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak
dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda
Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan
nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “ Apabila
tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya
(melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun
merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari
ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang
memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang
memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan
mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari
kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini
sehinggalah terbit Fajar “.
Setelah Baginda
S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban.
Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu
syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke
atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap
orang2 yg dengki.”
Hari nisfu
Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke
langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan
dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15
Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).
FADHILAT
BULAN SYAABAN
Di antara
amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
- Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang
telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa
sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu
adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan
puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah
tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.
Di dalam kitab
Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah
S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa
berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan
Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya
pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat
kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu
maka dia seperti orang yang mati syahid."
- Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai
umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada
Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada
Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah
Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari
segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab
Zubdatul Wa'izhin)
- Bertaubat
Kita
juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata:
Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk
bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w.
: Apabila masuk bulan Syaaban,
baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan
seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban,
diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah
Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah
Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban,
dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas)
daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar
dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga
baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban
dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga.
(dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah
r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.”
Sabda Nabi s.a.w.: “Syaaban
adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah
mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa
(jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an
kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban,
kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di
ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki
baginya” antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala
membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.
PERISTIWA
PENTING DI BULAN SYAABAN
Mengenali
bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban
terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku
sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah
kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.
12 Jun 2012
Kisah di sebalik kalimah La ilaha illAllah
Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang
mengucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau.
Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung
tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy, Allah
memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam
tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak
dipatuhi, malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian
itu.
Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung
supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka.
Maka berkatalah burung-burung itu... "Wahai malaikat yang menjaga Arasy
Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan".
Bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?".
Berkata burung-burung itu "Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang
mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,barulah aku akan
tidak membuat bising di sini".
Berkata malaikat itu "Baiklah aku akan sampaikan kepada Allah".
Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada
Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan
tersebut.
Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa
Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat
bising dan mereka bergantungan di Arasy Allah sambil berzikir dan memohon
keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat.
Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak melepaskan peluang yang diberi oleh
Allah itu. Dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka
balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang.
06 Jun 2012
Tiga Tanda Kiamat yang Harus Difikirkan
Ada tiga tanda fenomena dari
tanda-tanda Kiamat yang perlu di ambil perhatian sekarang ini oleh umat manusia
pada umumnya dan umat Islam khasnya. Dua di antara tiga tanda itu termasuk
dalam kategori tanda-tanda besar Kiamat. Satu lagi termasuk di dalam tanda
besar, namun ada pula yang menyebutnya sebagai tanda penghubung antara
tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat.
Tanda penghubung antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar
Kiamat ialah diutusnya Imam Mahdi. Imam Mahdi merupakan tanda Kiamat yang
menghubungkan antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat.
Masih ramai yang belum menyadari bahawa keadaan dunia sekarang ini ialah
dalam situasi dimana hampir semua tanda-tanda kecil Kiamat telah muncul. Cuba
perhatikan beberapa contoh tanda-tanda kecil Kiamat di bawah ini:
- Perceraian banyak terjadi
- Banyak terjadi kematian mendadak (tiba-tiba)
- Banyak Quran diberikan hiasan
- Masjid-masjid dibangunkan dengan megah
- Perjanjian dan transaksi tidak dipatuhi
- Berbagai peralatan muzik dimainkan
- Berbagai jenis khamr (Arak) diminum manusia
- Perzinaan dilakukan terang-terangan
- Para pengkhianat diberi kepercayaan (menjadi pemimpin)
- Orang yang amanah dianggap pengkhianat
- Tersebarnya Pena (banyak buku diterbitkan)
- Pasar-pasar (Mall, Plaza, Supermarket) Berdekatan
- Penumpahan darah dianggap perkara yang kecil
- Makan riba
Jadi kalau kita teliti contoh-contoh di atas, jelas kita sudah menjumpai
ciri-ciri tersebut di zaman ini. Apabila kita membuka kitab para Ulama yang
menghimpun hadits-hadits mengenai tanda-tanda kecil Kiamat, lalu kita baca satu
per satu hadits-hadits tersebut hampir pasti setiap satu hadits selesai kita
baca kita akan berkata di dalam hati: “Wah, yang ini sudah..!”
Jika tanda-tanda kecil Kiamat sudah hampir muncul kesemuanya, ini bermaksud
dunia sekarang ini sedang menunggu kedatangan tanda-tanda besar Kiamat. Oleh
itu, dalam waktu terdekat ini kita semua harus bersiap-siap untuk menyambut
kedatangan tanda penghubung antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda
besar Kiamat, iaitu diutusnya Imam Mahdi.
“Aku khabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke
tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan
gempa-gempa. Ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana
sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR
Ahmad)
Muhammad s.a.w mengisyaratkan adanya dua tanda menjelang perutusan Imam
Mahdi di tengah ummat Islam. Pertama ialah banyak terjadi perselisihan antara
manusia dan kedua terjadinya banayak gempa bumi. Subhaanallah. Jika kita
perhatikan keadaan dunia ketika ini, banyak sangat berlaku pergaduhan dan
peperangan. Gempa bumi juga silih berganti di serata tempat.
Kedatangan Imam Mahdi merupakan tanda Akhir Zaman yang jelas-jelas harus di
ambil berat oleh kita dalam waktu terdekat ini. Kita diperintahkan untuk segera
berbai’at dan bergabung ke dalam barisannya sebab episod-episod berikutnya
merupakan rangkaian perang yang dipimpin Imam Mahdi untuk menakluk
negara-negara yang dipimpin oleh para Mulkan Jabriyyan (Para
penguasa yang mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya).
“Ketika kamu melihatnya (Imam Mahdi) maka ber-bai’at-lah dengannya
walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah
Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Ibnu Majah)
Imam Mahdi akan mengibarkan panji-panji Al-Jihad Fi Sabilillah untuk memerdekakan
negeri-negeri yang selama ini dikuasai oleh para Mulkan Jabriyyan. Beliau akan
mengetuai pembebasan dunia dari penghambaan manusia kepada hanya untuk
memperhambakan diri kepada Allah semata-mata. Beliau akan memastikan bahawa
dunia diisi dengan sistem dan peradaban yang mencerminkan kalimatthoyyibah Laa
ilaha illAllah Muhammadur Rasulullah dari timur hingga ke barat.
Ghazawaat (perang-perang) tersebut akan dimulai dari jazirah Arab kemudian Persia
(Iran) kemudian
Rom (Eropah dan Amerika) kemudian terakhir melawan pasukan Yahudi yang dipimpin
langsung oleh puncak fitnah, iaitu Dajjal. Pasukan Imam Mahdi Insya Allah akan
diizinkan Allah untuk meraih kemenangan dalam peperangan tersebut.
“Kamu akan perangi jazirah Arab dan Allah akan beri kemenangan kamu
keatasnya, kemudian kamu akan menghadapi Persia dan Allah akan beri kemenangan
kamu keatasnya, kemudian kamu akan perangi Rom dan Allah akan beri kemenangan
kamu keatasnya, kemudian kamu akan perangi Dajjal dan Allah akan beri
kemenangan kamu keatasnya.” (HR Muslim)
Lalu Nabiyullah Isa ’alihis-salaam akan turun dari langit dihantar oleh dua
malaikat di kanan dan kirinya. Menurut hadits-hadits yang ada, Nabi Isa putra
Maryam ’alihis-salaam akan datang sesudah pasukan Imam Mahdi selesai memerangi
pasukan Rom menjelang menghadapi perang berikutnya melawan pasukan Dajjal. Pada
waktu itulah Nabi Isa a.s akan Allah takdirkan turun ke muka bumi untuk
bergabung ke dalam pasukan Imam Mahdi dan membunuh Dajjal dengan izin Allah.
Ketika Imam Mahdi dan pasukannya mendengar khabar bahawa Dajjal telah muncul
dan bermerajalela menabur fitnah dan kekacauan di muka bumi, maka Imam Mahdi
mengarahkan pasukannya ke kota
Damaskus. Ketika pasukan Imam Mahdi menunggu Subuh di sebuah masjid yang
terletak di sebelah timur kota Damaskus,
tiba-tiba turunlah Nabi Isa a.s dihantar oleh dua malaikat di menara putih
masjid tersebut. Maka Imam Mahdi mempersilakan Nabi Isa ’alihis-salaam untuk
mengimami sholat Subuh, namun ditolak olehnya dan Nabi Isa ’alihis-salaam
menyuruh Imam Mahdi untuk menjadi imam solat Subuh tersebut sedangkan Nabi Isa
’alihis-salaam menjadi makmum di belakangnya. Subhanallah.
Masjid yang dipercayai tempat turunnya Nabi Isa a.s
“Turunlah Isa putra Maryam ’alihis-salaam. Berkata pemimpin mereka
Al-Mahdi: “Mari pimpin solat kami.” Berkata Isa ’alihis-salaam: “Tidak.
Sesungguhnya sebahagian mereka pemimpin bagi yang lainnya sebagai penghormatan
Allah bagi Umat ini.” (Al Al-Bani dalam ”As-Salsalatu
Ash-Shohihah”)
Saudaraku, marilah kita bersiap-siap akan kedatangan tanda-tanda Akhir Zaman
ini. Tanda-tanda yang akan mengubah wajah dunia dari wajah yang penuh kezaliman
menuju keadilan di bawah naungan Syariat Allah dan kepemimpinan Imam Mahdi
beserta Nabiyullah Isa ’alihis-salaam.
Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam barisan pasukan Imam Mahdi yang akan
memperoleh satu dari dua kebaikan: ’Isy Kariman (hidup mulia di bawah naungan
Syariat Allah) au mut syahidan (atau Mati Syahid). Amin ya Rabb.
01 Jun 2012
Salahuddin AL-AYYUBI
...bangkitkan semangat ini... Dalam kesejukan malam itu..
aku mendengar cerita tentang hebatnya seorang muslim bernama Salahuddin
Al-Ayubbi... Rugilah bagi anak-anak pelapis agama dan bangsa sekarang yang
kerap kali mendengar cerita Hero fiksyen, tahyul dan rekaan barat seperti
Batman, Spiderman, serta ultraman lebih kerap
daripada mendengar cerita tentang pahlawan Islam.. Kita ? Kita bagaimana?
Secara jujur, kita sendiri lebih kenal siapa spiderman dari kisah tokoh-tokoh
Islam bukan? Cuba kita tanya pada umat Islam sekarang tak kisah mat
rockers ke anak muda ke orang veteran ke.. Siapa dia Salahuddin Al-Ayubbi?
Siapa dia Syeikh Yusuf Al-Qaradawi ? Siapa dia As-Syahid Hassan Al-Banna? Siapa
dia Muhammad Al-Fateh? Siapa dia Syeikh Ahmed Deedat? hurm.. Aku dengan teliti
mendengar cerita sang penceramah tentang Sallahuddin bagaikan anak kecil
mendengar cerita sang pelipur lara. Bezanya Sang pelipurlara hanya bercerita
kisah dongeng.. Ini kisah benar-benar berlaku.. Bila?? Suatu Masa Dulu..... ~
Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih di bawah jajahan
musuh? ~ kata Sallahuddin al-Ayubbi ketika ditanya mengapa beliau sentiasa
serius dan tidak pernah ketawa.. Salahuddin adalah dari keturunan Kurdis. Bukan
berbangsa Arab.. bukan berbangsa palestin.. tapi mengapa Salahuddin
menghabiskan sepanjang umurnya bertarung mendapatkan Palestin dan Al-Aqsa?
Betapa hebatnya salahuddin apabila berjaya menyatukan umat Islam yang berpecah
belah, segala persoalan fahaman, mazhab, bangsa dan keturunan semuanya
ditinggalkan untuk bersatu dibawah panji Islam yang diketuai Salahuddin. Malah
Salahuddin berjaya menyatukan fahaman yang sering bertelagah Syiah dan Ahli
Sunnah wal-Jamaah untuk berjuang atas nama Islam.. Hebatnya Kau Salahuddin....
Suatu ketika dulu beliau pernah meminta air minum tetapi entah apa sebabnya air
itu tidak diberikan kepadanya. Beliau meminta sehingga lima kali lalu berkata, "Aku hampir mati kehausan".
Beliau kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan
kemarahan.. Penyabarnya kau Salahuddin.. Dalam kesungguhan, semangat dan
ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin. Kadang-kadang
beliau sendiri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama
perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang beliau
sendiri akan pergi merempuh celah-celah tentera musuh yang sedang mara. Beliau
sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan
kepada panglima-panglima tenteranya. Suatu Malam.. Richard the lion Raja England, musuh Salahuddin sedang sakit di dalam khemah tentera
kristian. Tiba-tiba ada satu kelibat manusia datang kepada Richard the Lion
untuk merawat penyakitnya. Siapa sangka manusia itu musuh Richard sendiri,
Salahuddin Al-Ayubi. Beliau sanggup menyamar dan membuang perasaan benci untuk
merawat musuhnya sendiri. SubhanAllah.. Pernah diceritakan, Salahuddin Al-ayubi
pernah berhadapan Richard the lion untuk menunjukkan kehebatan dan kemahiran
masing-masing. Richard the lion yang berbadan sasa mengambil pedang dari
sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus ke arah sebiji batu besar.. batu
itu terbelah. Apabila tiba giliran Salahuddin.. Salahuddin lantas mencampakkan
sehelai kain sutera ke langit dan menghulurkan pedangnya. Kain sutera dengan
perlahan jatuh dan hinggap di mata pedang. Kain itu terpotong dua kerana
tajamnya mata pedang Salahuddin. Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang garang
kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Beliau akan bergerak
dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan
tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Beliau juga
akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak
manusia supaya bangkit membela Islam. Ketika mengepung Acre
beliau hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan.
Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak
hari Jumaat hingga isnin kerana beliau tidak mahu perhatiannya kepada
peperangan terganggu .. Asakan Tentera Islam teramat dahsyat Memaksa Tentera
Kristian menyerah kalah.. Sehingga tiada lagi pertempuran berlaku Ketua tenteta
kristian menunggang kuda menuju k earah Salahudin Al-Ayubi di depan Baitul
Maqdis.. "Adakah kamu orang Islam akan memperlakukan kami seperti mana
kami memperlakukan ke atas orang-orang kamu terdahulu?" Kata Ketua Tentera
Kristian Semasa Kristian berjaya menawan Baitul Maqdis dahulu, jalan-jalan di
Jerusalem 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak
bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan
menara rumah-rumah ibadah. Darah merah mewarnai bumi palestin akibat pembunuhan
orang Islam beramai-ramai. " Kami orang Islam tidak seperti kamu"
Jawab Salahuddin Al-Ayubi. Jawapan ini telah menyebabkan ramai orang kristian
memeluk Islam akibat keindahan akhlak yang ditunjukkan Salahuddin Al-ayubbi.
Salahuddin tidak membalas tindakan mereka membunuh orang Islam yang tidak
bersalah semasa orang kristian menawan Baitul Maqdis. Bersesuaian dengan
tuntutan Islam, Orang awam tidak boleh dibunuh dalam peperangan.. Hari itu, Langit
begitu Cerah Laungan "Allahu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan
Allah" telah memenuhi langit.. Para
tentera tersenyum girang.. Pada Jumaat 27 Rajab 583H bersamaan dengan tarikh
peristiwa Iskraj Mikraj Rasulullah SAW, Baitul Maqdis Ditawan Tentera Mukmin.
Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang
biasa datang merayakan gembira kemenangan ini. Selepas menunggu hampir 90 tahun
kini solat Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddis. ALLAHUAKBAR! Salib
yang terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan. Betapa Hebatnya hari itu
hanya Allah yang tahu.. Kemenangan Seluruh Umat Islam Kemenangan Atas
Kemenangan 27 Safar, 589H Malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat
Salahuddin Syeikh Abu Ja'afar, seorang yang wara' telah diberi kepercayaan
untuk duduk di sebelah Salahuddin ketika beliau Nazak. Salahuddin antara
pengsan dan sedar. Lantas, Syeikh Abu Jaafar membacakan : "Dialah Allah,
tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata"
(Al-Hasyr: 22) Sejurus Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat tersebut, Salahuddin
terus membuka matanya sambil tersenyum dengan muka yang berseri dan perasaan
yang gembira dia berkata "Memang Benar" Selepas mengucapkan kata-kata
itu, Rohnya pun kembali kerahmatullah. Salahuddin tidak meninggalkan harta
kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika beliau wafat. Tiada rumah-rumah,
barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan
harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya
terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian. Malah kain kafan pun
diberikan oleh seorang menterinya. Empat puluh tahun kemudian, Lord Olenby yang
mengetuai pasukan Salibiah berjaya memasuki semula kota Baitul Maqdis, dia pergi ke kubur Salahuddin dan
menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata: "Sekarang
aku datang semula ke sini." Alangkah penakutnya Si Olenby.. Celakalah si
penakut ini kerana hanya berani berdepan dengan Salahuddin yang telah mati..
Tidak cukup dengan itu, pada 1917 Selepas Perdana Menteri Britain mengumumkan
tamatnya perang salib, General Perancis, Goro telah datang ke kubur Salahuddin
Al- Ayubi dan menyepak kubur pembela Islam ini sambil berkata : "
Bangunlah Salahuddin, Kami dah sampai di sini!" Alangkah bencinya mereka
terhadap Hero umat Islam ini.. Maha Suci Allah telah mengurniakan seorang
manusia yang hebat dalam membantu menegakkan umat Islam... Dalam tidak sedar,
rasa ada air mengalir di pipi.. Layakkah kita dibandingkan dengan Salahuddin
Al-Ayubi? Cermin-cerminkan diri.. mana tahap kita? Astaghfirullah.. lemahnya
umat sekarang.. lemahnya aku... Hidupkan semula generasi Salahuddin AL-AYYUBI !!
29 Mei 2012
TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH
TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH
1. Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )
2. Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai
3. Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik
perabot di tengah malam
4. Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam
rumah
5. Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila
berada di dalam rumah.
CARA MENGUSIR JIN - ( Tahap Pertama )
...
Cara Mengusir Jin yang tinggal di dalam rumah
Jika kita benar-benar yakin bahawa di dalam rumah kita
ada jin, maka ada dua ( 2 ) perkara yang harus kita lakukan :-
1) Hendaklah ada dua orang yang menyertai kita untuk
pergi ke rumah tersebut, setelah sampai di rumah itu bacalah ayat tersebut :
1.) Bacaan ini hendaklah diulang sebanyak tiga kali.
"Aku ingatkan kepada kamu dengan sumpah yang
pernah diucapkan oleh Nabi Sulaiman; keluarlah dan pergilah kamu dari rumah
kami. Aku sumpah kamu dengan nama Allah, keluarlah kamu dan janganlah kamu
menyakiti seseorangpun."
2) Setelah itu jika kita masih merasakan bahawa masih
ada sesuatu di rumah, maka ambillah bejana (tempat) yang berisi air, setelah
itu letakkanlah jari kita didalamnya dan dekatkanlah mulut kita dengan air
tersebut sambil membaca ayat-ayat berikut :
AL-Fatehah
Ayat Kursi
At-Takathur
Az-Zalzalah
Al-Ikhlas
Al-Falaq
An-Naas
Kemudian renjiskan/semburkan air tersebut ke seluruh
rumah ( ikut putaran Kaabah ) dan di larang merenjis/sembur di dalam kamar
mandi dan tandas. Lakukan cara ini dengan niat ikhlas ketika membaca ayat di
atas dan mohonlah pertolongan dan bantuan dari Allah, Tuhan semesta alam.
3.) Atau membacakan ayat ini ke dalam air.
Dengan nama Allah, kami berada di petang hari ini
dengan nama Allah Yang tidak ada satupun yang dapat menghalangi-Nya, dan dengan
keagungan Allah Yang Maha Pencegah, kami berlindung, dan dengan semua
nama-nama-Nya yang baik kami berlindung dari kejahatan syaitan-syaitan, baik
dari golongan manusia mahupun dari golongan jin. Kami berlindung kepada Allah
dari kejahatan segala sesuatu yang menampakkan diri dan yang menyembunyikan
diri; dari kejahatan segala sesuatu yang keluar pada waktu malam hari dan yang
bersembunyi pada waktu siang hari, dari kejahatan segala sesuatu yang
menampakkan dirinya pada waktu siang hari dan menyembunyikan dirinya pada waktu
malam hari, dan dari kejahatan segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor
dan yang bersih. Kami berlindung dari kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya,
dan dari kejahatan segala makhluk yang berada dalam kekuasaan-Mu. Sesungguhnya
Tuhanku berada di atas jalan yang lurus. Aku berlindung kepada Allah dengan
perlindungan yang pernah dimohon oleh Ibrahim, Musa dan Isa, dari kejahatan
segala sesuatu yang diciptakan-Nya, yang kotor dan yang bersih, dan dari
kejahatan iblis dan pengikut-pengikutnya, dan dari kejahatan segala sesuatu
yang derhaka.
Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui dari syaitan yang direjam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang. "Demi (kumpulan) yang bersaf-saf dengan sebenarnya,
dan demi (kumpulan) yang melarang dengan sebenarnya, dan demi (kumpulan) yang
membacakan peringatan. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Esa. Tuhan langit dan
bumi dan apa yang ada di antara keduanya, dan Tuhan tempat terbit matahari.
Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang dekat dengan hiasan, iaitu
bintang-bintang, dan telah memeliharanya sebenar-benarnya dari setiap syaitan
yang sangat derhaka. Syaitan-syaitan itu tidak dapat mendengar-dengarkan
(pembicaraan) para malaikat dan mereka dilempari dari segala penjuru. Untuk
menghalau mereka dan bagi mereka seksa yang kekal. Akan tetapi barangsiapa
(diantara mereka) yang mencuri-curi (pembicaraan); maka ia dikejar oleh suluh
api yang cemerlang.
Selepas itu bawalah air tersebut ke seluruh penjuru
rumah, dan letakkanlah sebahagian air itu di setiap penjuru rumah, maka dengan
izin Allah, jin tersebut akan segera keluar. Kerjakanlah cara ini dengan niat
yang ikhlas ketika membaca doa di atas dan mohonlah kepada Tuhan yang telah
menciptakan langit dan bumi.
Janganlah kita meninggalkan petunjuk ini, kemudian lalu
mencari kesesatan para tukang sihir dan tukang ramal yang akan membawa kepada
kesengsaraan dan bencana. Bermohonlah kepada Allah semoga Allah memasukkan kita
kepada golongan orang-orang yang sentiasa memohon pertolongan kepada-Nya, dan
sentiasa bertawakal dan mohon perlindungan dengan kekuasaan-Nya
24 Mei 2012
9 Nama Anak Syaitan Beserta Tugasnya
1. Zalituun
Duduk di pasar / kedai menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu (membazir)
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan sehingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol dan suuka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat seperti di kelab mlm dan tempat-tempat maksiat.
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan dan dekat manusia yang suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan darjat.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, umpatan, kutukan dan apa sahaja perkataan yang tidak baik.
7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga seperti suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi.
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadah yang lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.
Langgan:
Catatan (Atom)




