Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam
semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah
pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. Masih ramai umat Islam di luar sana
keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan
Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya. Sebelum itu, marilah kita
sama-sama mendalami dan mengenali sedikit sebanyak info tentang bulan Syaaban
ini.
PENGERTIAN
SYAABAN
Bulan Syaaban
merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang
penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya
bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada
bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela
dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Syaaban
dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat
Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber
air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda
mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut
tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis
yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan
bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui”
Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang
banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)
MALAM NISFU
SYAABAN
Nisfu dalam
bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas
haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari
ke-15 dalam bulan Syaaban
tahun Hijrah.
Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik
oleh malaikat
untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya
untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan
tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh
berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a.
meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg
tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: “Rasulullah
S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh
lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat
demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku
kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku
pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan
keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak
dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda
Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan
nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “ Apabila
tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya
(melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun
merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari
ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang
memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang
memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan
mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari
kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini
sehinggalah terbit Fajar “.
Setelah Baginda
S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban.
Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu
syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke
atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap
orang2 yg dengki.”
Hari nisfu
Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke
langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan
dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15
Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).
FADHILAT
BULAN SYAABAN
Di antara
amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
- Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang
telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa
sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu
adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan
puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah
tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.
Di dalam kitab
Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah
S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa
berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan
Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya
pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat
kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu
maka dia seperti orang yang mati syahid."
- Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai
umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada
Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada
Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah
Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari
segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab
Zubdatul Wa'izhin)
- Bertaubat
Kita
juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata:
Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk
bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w.
: Apabila masuk bulan Syaaban,
baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan
seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban,
diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah
Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah
Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban,
dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas)
daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar
dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga
baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban
dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga.
(dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah
r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.”
Sabda Nabi s.a.w.: “Syaaban
adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah
mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa
(jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an
kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban,
kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di
ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki
baginya” antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala
membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.
PERISTIWA
PENTING DI BULAN SYAABAN
Mengenali
bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban
terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku
sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah
kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan