Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang
mengucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau.
Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung
tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy, Allah
memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam
tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak
dipatuhi, malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian
itu.
Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung
supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka.
Maka berkatalah burung-burung itu... "Wahai malaikat yang menjaga Arasy
Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan".
Bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?".
Berkata burung-burung itu "Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang
mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku,barulah aku akan
tidak membuat bising di sini".
Berkata malaikat itu "Baiklah aku akan sampaikan kepada Allah".
Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada
Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan
tersebut.
Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa
Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat
bising dan mereka bergantungan di Arasy Allah sambil berzikir dan memohon
keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat.
Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak melepaskan peluang yang diberi oleh
Allah itu. Dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka
balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan