...bangkitkan semangat ini... Dalam kesejukan malam itu..
aku mendengar cerita tentang hebatnya seorang muslim bernama Salahuddin
Al-Ayubbi... Rugilah bagi anak-anak pelapis agama dan bangsa sekarang yang
kerap kali mendengar cerita Hero fiksyen, tahyul dan rekaan barat seperti
Batman, Spiderman, serta ultraman lebih kerap
daripada mendengar cerita tentang pahlawan Islam.. Kita ? Kita bagaimana?
Secara jujur, kita sendiri lebih kenal siapa spiderman dari kisah tokoh-tokoh
Islam bukan? Cuba kita tanya pada umat Islam sekarang tak kisah mat
rockers ke anak muda ke orang veteran ke.. Siapa dia Salahuddin Al-Ayubbi?
Siapa dia Syeikh Yusuf Al-Qaradawi ? Siapa dia As-Syahid Hassan Al-Banna? Siapa
dia Muhammad Al-Fateh? Siapa dia Syeikh Ahmed Deedat? hurm.. Aku dengan teliti
mendengar cerita sang penceramah tentang Sallahuddin bagaikan anak kecil
mendengar cerita sang pelipur lara. Bezanya Sang pelipurlara hanya bercerita
kisah dongeng.. Ini kisah benar-benar berlaku.. Bila?? Suatu Masa Dulu..... ~
Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih di bawah jajahan
musuh? ~ kata Sallahuddin al-Ayubbi ketika ditanya mengapa beliau sentiasa
serius dan tidak pernah ketawa.. Salahuddin adalah dari keturunan Kurdis. Bukan
berbangsa Arab.. bukan berbangsa palestin.. tapi mengapa Salahuddin
menghabiskan sepanjang umurnya bertarung mendapatkan Palestin dan Al-Aqsa?
Betapa hebatnya salahuddin apabila berjaya menyatukan umat Islam yang berpecah
belah, segala persoalan fahaman, mazhab, bangsa dan keturunan semuanya
ditinggalkan untuk bersatu dibawah panji Islam yang diketuai Salahuddin. Malah
Salahuddin berjaya menyatukan fahaman yang sering bertelagah Syiah dan Ahli
Sunnah wal-Jamaah untuk berjuang atas nama Islam.. Hebatnya Kau Salahuddin....
Suatu ketika dulu beliau pernah meminta air minum tetapi entah apa sebabnya air
itu tidak diberikan kepadanya. Beliau meminta sehingga lima kali lalu berkata, "Aku hampir mati kehausan".
Beliau kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan
kemarahan.. Penyabarnya kau Salahuddin.. Dalam kesungguhan, semangat dan
ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin. Kadang-kadang
beliau sendiri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama
perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang beliau
sendiri akan pergi merempuh celah-celah tentera musuh yang sedang mara. Beliau
sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan
kepada panglima-panglima tenteranya. Suatu Malam.. Richard the lion Raja England, musuh Salahuddin sedang sakit di dalam khemah tentera
kristian. Tiba-tiba ada satu kelibat manusia datang kepada Richard the Lion
untuk merawat penyakitnya. Siapa sangka manusia itu musuh Richard sendiri,
Salahuddin Al-Ayubi. Beliau sanggup menyamar dan membuang perasaan benci untuk
merawat musuhnya sendiri. SubhanAllah.. Pernah diceritakan, Salahuddin Al-ayubi
pernah berhadapan Richard the lion untuk menunjukkan kehebatan dan kemahiran
masing-masing. Richard the lion yang berbadan sasa mengambil pedang dari
sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus ke arah sebiji batu besar.. batu
itu terbelah. Apabila tiba giliran Salahuddin.. Salahuddin lantas mencampakkan
sehelai kain sutera ke langit dan menghulurkan pedangnya. Kain sutera dengan
perlahan jatuh dan hinggap di mata pedang. Kain itu terpotong dua kerana
tajamnya mata pedang Salahuddin. Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang garang
kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Beliau akan bergerak
dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan
tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Beliau juga
akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak
manusia supaya bangkit membela Islam. Ketika mengepung Acre
beliau hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan.
Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan semenjak
hari Jumaat hingga isnin kerana beliau tidak mahu perhatiannya kepada
peperangan terganggu .. Asakan Tentera Islam teramat dahsyat Memaksa Tentera
Kristian menyerah kalah.. Sehingga tiada lagi pertempuran berlaku Ketua tenteta
kristian menunggang kuda menuju k earah Salahudin Al-Ayubi di depan Baitul
Maqdis.. "Adakah kamu orang Islam akan memperlakukan kami seperti mana
kami memperlakukan ke atas orang-orang kamu terdahulu?" Kata Ketua Tentera
Kristian Semasa Kristian berjaya menawan Baitul Maqdis dahulu, jalan-jalan di
Jerusalem 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak
bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan
menara rumah-rumah ibadah. Darah merah mewarnai bumi palestin akibat pembunuhan
orang Islam beramai-ramai. " Kami orang Islam tidak seperti kamu"
Jawab Salahuddin Al-Ayubi. Jawapan ini telah menyebabkan ramai orang kristian
memeluk Islam akibat keindahan akhlak yang ditunjukkan Salahuddin Al-ayubbi.
Salahuddin tidak membalas tindakan mereka membunuh orang Islam yang tidak
bersalah semasa orang kristian menawan Baitul Maqdis. Bersesuaian dengan
tuntutan Islam, Orang awam tidak boleh dibunuh dalam peperangan.. Hari itu, Langit
begitu Cerah Laungan "Allahu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan
Allah" telah memenuhi langit.. Para
tentera tersenyum girang.. Pada Jumaat 27 Rajab 583H bersamaan dengan tarikh
peristiwa Iskraj Mikraj Rasulullah SAW, Baitul Maqdis Ditawan Tentera Mukmin.
Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang
biasa datang merayakan gembira kemenangan ini. Selepas menunggu hampir 90 tahun
kini solat Jumaat telah diadakan semula di Baitul Muqaddis. ALLAHUAKBAR! Salib
yang terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan. Betapa Hebatnya hari itu
hanya Allah yang tahu.. Kemenangan Seluruh Umat Islam Kemenangan Atas
Kemenangan 27 Safar, 589H Malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat
Salahuddin Syeikh Abu Ja'afar, seorang yang wara' telah diberi kepercayaan
untuk duduk di sebelah Salahuddin ketika beliau Nazak. Salahuddin antara
pengsan dan sedar. Lantas, Syeikh Abu Jaafar membacakan : "Dialah Allah,
tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata"
(Al-Hasyr: 22) Sejurus Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat tersebut, Salahuddin
terus membuka matanya sambil tersenyum dengan muka yang berseri dan perasaan
yang gembira dia berkata "Memang Benar" Selepas mengucapkan kata-kata
itu, Rohnya pun kembali kerahmatullah. Salahuddin tidak meninggalkan harta
kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika beliau wafat. Tiada rumah-rumah,
barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan
harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya
terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian. Malah kain kafan pun
diberikan oleh seorang menterinya. Empat puluh tahun kemudian, Lord Olenby yang
mengetuai pasukan Salibiah berjaya memasuki semula kota Baitul Maqdis, dia pergi ke kubur Salahuddin dan
menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata: "Sekarang
aku datang semula ke sini." Alangkah penakutnya Si Olenby.. Celakalah si
penakut ini kerana hanya berani berdepan dengan Salahuddin yang telah mati..
Tidak cukup dengan itu, pada 1917 Selepas Perdana Menteri Britain mengumumkan
tamatnya perang salib, General Perancis, Goro telah datang ke kubur Salahuddin
Al- Ayubi dan menyepak kubur pembela Islam ini sambil berkata : "
Bangunlah Salahuddin, Kami dah sampai di sini!" Alangkah bencinya mereka
terhadap Hero umat Islam ini.. Maha Suci Allah telah mengurniakan seorang
manusia yang hebat dalam membantu menegakkan umat Islam... Dalam tidak sedar,
rasa ada air mengalir di pipi.. Layakkah kita dibandingkan dengan Salahuddin
Al-Ayubi? Cermin-cerminkan diri.. mana tahap kita? Astaghfirullah.. lemahnya
umat sekarang.. lemahnya aku... Hidupkan semula generasi Salahuddin AL-AYYUBI !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan