Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu
saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya
sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan
segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang
anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan.
Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa
makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang
masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan
lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering
membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke
mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN
IBU YANG PERTAMA.
Ketika saya mulai besar ibu yang gigih
sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air
berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat
memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang
dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan
memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas
sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu..
Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan
itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata :
"Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai
dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara
persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul
1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan
beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat
kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah,
esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata :
"Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG
KETIGA.
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti
kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki
peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai
menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali
saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar
saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng
berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut
saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang
dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih
sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi
peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya
minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu
tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.
Setelah
pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan
dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami
sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi
dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat
kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik
hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu.
Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu
supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan
mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya
tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan
cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.
Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun
tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak
payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit.
Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual
sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang
bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu
memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu
menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu
berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG
KEENAM.
Setelah tamat pengajian di universiti, saya
melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara.
Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja
dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk
menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu
sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis
dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan
dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak
ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ;
"Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU
YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua..
Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser Ibu mesti
dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang
samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya
melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani
pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan
penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak
kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya..
Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah
memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya
menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu
kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu
pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu
tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." .
PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk
dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya
sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya.
Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun
saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah
sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat
ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu
"SEMOGA MENJADI TAULADAN".... :(
dunia adalah pentas manusia..,lakonannya pelbagai cerita..,ada yang suka dan berduka cita..,ada yang suci ada yang berdosa..,maka ingatlah...!kita semua adalah hamba kepada yang ESA...,
EYES OG EAGLE
25 April 2012
24 April 2012
Perihal JIN..,
1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api
(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,
mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin
terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi
kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang
mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi
orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.
(terkena?? hahaha..)
5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,
tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.
6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya
jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut
sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila
pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin
!!!! (terkena lagi?? hahaha..)
7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau
bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi
Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman
meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin
tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya
dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka
barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya
tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.
Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum
duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan
membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak
perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!
10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak
bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah
jumpa orang yang di rasuk.
22 April 2012
Jamal Abdillah & Malique - Aku Maafkan Kamu [OFFICIAL VIDEO]
Ada teratak di hujung
kampungBawah cermin kopak ada kotakTersembunyi dalamnya ada tempurungSembunyi bawahnya katak melalakAtur sepuluh daktil batal yang batilDetik dua usul ditutup satu lagi tampilDari halaman rusuk kiri satu susuk ganjilMinta diisolasi dari dalil busuk jahilAspirasi tak serasi dengan suara bunyiInkarserasi dari penghuni dan keluarga bumiSurat wasiatnya atas paksi dalam rumiMinta dikebumikan hidup-hidup dalam guniMana cepat terbang atau warna gelang tanganBuah fikiran aneh tergantung di persimpanganHalusinasi susuli ketandusan ihsanUbat parut auditori kesan artileri insanGagal dikesanAku maafkan kamuTak perlu kita bertemuCukup kau tahuYang akuMaafkan kamuTolong teruskan hidupJangan sebut namakuTimbul tenggelam, timbul tenggelamAcapkali terpendam, acapkali tersergamCermin muka kopak penuh bintik hitam silamIni bukan lagu rindu ini madah dendamKu ditimbang tanpa neraca di awal usiaKu dihukum masuk neraka oleh manusiaMinta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jituJadi aku tak berganjak biarkan saja begituMaafkan mereka, mereka tidak tahuMereka tidak ramas buku, mereka segan ilmuMereka tidak fasih malah fasik guna kataKita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasaMaafkan mereka, mereka tiada nilaiIbu bapa lalai dari kecil dah diabaiTanpa kasih sayang, mereka suka menyakitiKita kongsi warna mata tapi tidak warna hatiAtas kepala murai sekawanBaling ku ramit kucup lehernyaTerlalu rahi dendam di anganSampai terkacip mulut mahirnyaAku maafkan kamuTak perlu kita bertemuCukup kau tahuYang akuMaafkan kamuTolong teruskan hidupJangan sebut namakuJangan ahli sihir seru nama maharajaNanti segerombolan hantu bisu yang menjelmaGuna hak berfikir sebelum hak untuk bersuaraKalau terpelajar sila guna hak mirandaPura-pura dengar, telan tapi tidak hadamHafaz bila lafaz tapi mereka tidak fahamMereka mula kiri, aku kanan bila bacaSudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta(Alif)Ada teratak di hujung kampung(Ba)Bawah cermin kopak ada kotak(Ta)Tersembunyi dalamnya ada tempurungSembunyi bawahnya katak melalakAda teratak di hujung kampungBawah cermin kopak ada kotakTersembunyi dalamnya ada tempurungSembunyi bawahnya katak melalakAku maafkan kamuTak perlu kita bertemuCukup kau tahuYang akuMaafkan kamuTolong teruskan hidupJangan sebut namakuAda teratak di hujung kampungBawah cermin kopak ada kotakTersembunyi dalamnya ada tempurungSembunyi bawahnya katak melalakTernyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan
Langgan:
Ulasan (Atom)