Simptom-simptom gangguan jin di atas dapat dikategorikan kepada 7 aspek
utama iaitu :
1) Keadaan semasa tidur dan mimpi
2) Kejiwaan dan fikiran
3) Fizikal
4) Ibadah dan kerohanian
5) Kehidupan sosial dan aktiviti harian
6) Akhlak
7) Gangguan di kediaman
KEADAAN SEMASA TIDUR DAN MIMPI
1) Sukar tidur malam.
2) Terlampau banyak tidur atau kerap mengantuk terutama pada waktu-waktu yang
dilarang tidur.
3) Mimpi melihat binatang seperti ular, anjing, kala jengking, kerbau, monyet,
harimau, lintah dan sebagainya.
4) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
5) Bermimpi kanak-kanak.
6) Bermimpi membawa kanak-kanak naik basikal
7) Bermimpi terbang atau melayang.
8) Bermimpi di tempat tinggi @ jatuh dari tempat tinggi.
9) Mimpi mengandung dan bersalin.
10) Mimpi keturunan yang telah meninggal dunia.
11) Bermimpi rumah pusaka.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Bermimpi lemas dalam air.
14) Bermimpi seram yang menakutkan@ lihat makhluk aneh/menakutkan.
15) Mimpi kabus dan ada ancaman.
16) Mimpi di kawasan kubur.
17) Mimpi di tempat sunyi.
18) Mimpi lihat salib @ gereja.
19) Mimi bertarung sama ada dengan haiwan atau sesuatu makhluk.
20) Mimpi bertemu paderi.
21) Mimpi diancam benda tajam seperti pisau, kapak, parang dll.
22) Merintih, menangis ketika tidur.
23) Terjaga di tengah malam dalam keadaan takut, cemas, terkejut
24) Selalu ditindih ketika tidur.
25) Gigi berlaga ketika tidur.
26) Ketawa, menangis, menjerit ketika tidur.
27) Berdiri/berjalan ketika tidur.
KEJIWAAN DAN FIKIRAN
1) Nyanyuk ketika usia lanjut.
2) Panas baran atau degil.
3) Kerap bingung atau ‘blur’ (fikiran menjadi kosong atau melayang dengan
tiba-tiba).
4) Gila.
5) Menghadapi masalah skizofrenia atau tekanan mental. Pesakit biasanya
mengalami halusinasi (melihat perkara-
perkara yang manusia normal tidak dapat lihat) dan delusi (mendengar
bisikan-bisikan).
6) Was was sama ada dalam solat, semasa wuduk atau kehidupan seharian.
7) Sering lupa bilangan rakaat dalam solat atau lupa dalam banyak perkara.
8) Kecelaruan emosi dalam hubungan suami isteri di mana suami isteri kerap
bertengkar walau perkara kecil.
9) Rasa benci pada pasangan.
10) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
11) Sering teringat pada seseorang. Ada kalanya terjaga di tengah malam dan
teringat kepada seseorang.
12) Kuat berangan.
13) Nafsu seksual yang melampau.
14) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
15) Mudah terkejut/panik/kaget.
FIZIKAL
1) Sakit kepala selepas waktu Asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa, sakit @ lenguh sendi-sendi utama.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sakit pinggang tanpa sebab.
7) Sakit dada bila waktu asar keatas.
8) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
9) Ada terasa benda bergerak di bawah kulit.
10) Darah haid turun lebih 15 hari (istihadah).
11) Kitaran haid tidak normal sama ada datang haid 2 atau 3 bulan sekali atau 2
hingga 3 kali sebulan atau tidak datang haid untuk tempoh masa yang lama.
12) Senggugut yang kuat.
13) Gangguan sekitar rahim (rasa panas, keras atau rasa dibelit sesuatu).
14) Batuk yang berpanjangan.
15) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
16) Kerap keguguran.
17) Gagal melakukan hubungan kelamin.
18) Pandangan menjadi kabur, rabun.
19) Sakit menusuk di bahagian ulu hati, ari-ari, rusuk.
20) Mengantuk bila dengar al-quran.
21) Mandul.
22) Kanser/ketumbuhan/fibroid
23) Seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti pijak kaca, paku,
telur
24) Sawan yang bukan disebabkan oleh demam panas.
25) Down syndrome
26) Migrain.
27) Gastrik.
28) Sakit tulang belakang/belikat.
29) Melihat jin secara terus.
30) Lihat sesuatu yang pelik semasa jaga.
31) Gatal pada kulit terutama pada waktu tertentu seperti malam @ tengah hari.
32) Demam yang berpanjangan (tak kebah) terutama pada waktu malam.
IBADAH DAN KEROHANIAN
1)
Malas beribadah
2) Lalai daripada mengingati Allah.
3) Meninggalkan suruhan Allah seperti solat, puasa
4) Mengantuk ketika berzikir, membaca Al-Quran, dalam majlis ilmu.
KEHIDUPAN SOSIAL DAN AKTIVITI HARIAN
1)Sikap berubah secara mendadak.
2)Sering dapat menduga peristiwa yang akan berlaku.
3)Rezeki atau mata pencarian seperti dihalang oleh sesuatu atau sering gagal
dalam usaha mencari nafkah.
4)Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
5)Minat atau tabiat yang pelik dan buruk.
6)Masalah seksual seperti gay dan lesbian.
AKHLAK
1)Sering berprasangka buruk.
2)Sering merendah-rendahkan orang lain sama ada melalui perkataan atau
perbuatan.
3)Perfectionist atau sikap yang terlampau sempurna atau cerewet.
4)Tindakan atau kelakuan kanak-kanak yang tidak masuk akal ataupun melampau.
5)Banyak sifat mazmumah dalam diri
GANGGUAN DI RUMAH
1)Bunyi guli jatuh di atas syiling.
2)Selalu melihat kelibat di rumah.
3)Ditindih ketika tidur.
4)Tidak dapat tidur atau tersentak ketika tidur.
5)Ada kesan lebam pada bahagian tubuh badan.
6)Terasa seolah-olah sentiasa diperhatikan.
7)Anak-anak kecil kerap menangis seolah-olah takutkan sesuatu.
8)Suasana dalam rumah sentiasa ‘panas’. Yang diistilahkan sebagai panas di sini
merujuk kepada sentiasa berlaku
Ketegangan atau ketidakharmonian dalam rumah tangga, sama ada di antara suami
isteri atau ibu bapa dan
anak-anak.
9) Berlakunya penyakit seperti demam yang berpanjangan, tidak kebah atau demam
pada waktu tertentu terutamanya menjelang Maghrib dan pada waktu malam.
10)Malas dalam beribadah atau melakukan amal soleh khususnya di rumah.
11)Adakalanya, jin/syaitan akan menghadirkan diri dalam mimpi memaklumkan
bahawa ia mendiami kediaman tersebut.
12)Nyalaan api atau perkara pelik di dalam rumah.
TAFSIR MIMPI
Berkenaan dengan mimpi, sudah tentu ada sebabnya mengapa kita sering mengalami
mimpi, mengapa Allah mentakdirkan kita untuk bermimpi. Terdapat 3 jenis mimpi :
1)Mimpi daripada Allah s.w.t, iaitu mimpi yang baik untuk dunia dan akhirat,
merupakan khabar gembira atau suatu peringatan daripada Allah s.w.t. supaya
tidak melakukan maksiat kepadanya.
2)Mimpi daripada syaitan, iaitu mimpi buruk yang tidak menyenangkan seperti
kedatangan mala petaka, musibah, permusuhan, kesedihan, kesengsaraan,
kemelaratan, penderitaan dan sebagainya.
3)Mimpi yang dipengaruhi oleh keadaan seseorang itu sendiri, umpamanya
bermimpi makan ketika keadaan diri sedang lapar, atau ketika dalam keadaan
kenyang bermimpi termuntah, atau salah satu anggota tubuh sedang sakit dan
bermimpi dianiayai orang, dan sebagainya. Mimpi seperti ini tidak mempunyai
erti sama sekali.
Pedoman berkenaan mimpi, antara lainnya ialah hadith Rasulullah s.a.w :
“Mimpi itu ada tiga; mimpi daripada Allah (mimpi yang baik), mimpi daripada
syaitan (mimpi buruk) dan mimpi daripada dirinya yang kerana terjadi sesuatu
kemudian dia bermimpi.”
“Mimpi yang benar itu ialah sebahagian daripada empat puluh enam sifat
kenabian” (Riwayat Muslim)
“Mimpi baik itu daripada Allah dan mimpi buruk itu daripada syaitan, maka
ketika salah seorang daripada kamu mimpi buruk, meludahlah ke arah kiri tiga
kali, kemudian minta perlindungan kepada Allah, maka mimpinya tidak akan
mengkhuatirkan” (Riwayat Muslim)
Oleh yang demikian, jelas ilmu tentang mimpi itu wujud dan dibenarkan oleh
agama. Sirah Nabi Yusuf a.s secara nyata membuktikan berkenaan tafsir mimpi,
sebagaimana firman Allah s.w.t :
‘WAKAZALIKA MAKKAANA LIYUSUFA FIL AR DI WALI NUALLIMAH MIN TAK WILIL AHADIS’
“Demikianlah Yusuf, Kami tetapkan di bumi Mesir, agar Kami ajarkan kepadanya
ta’wil (ta’bir) mimpi” (Surah Yusuf :21
Allah s.w.t juga berfirman :
“Sesungguhnya Allah telah mebenarkan Rasul-Nya (dalam mimpinya iaitu
kebenaran).”
Selepas kawafatan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, Allah s.w.t masih
menurunkan beberapa bahagian daripada sifat
kenabian, iaitu mimpi yang benar. Sabda Rasulullah s.a.w:
“Telah selesai masa-masa kenabian, namun masih ada beberapa khabar gembira
(iaitu melalui mimpi yang benar).”
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
“Sampaikan mimpimu hanya kepada orang yang engkau cintai atau kepada orang
berilmu”
Kebiasaannya mimpi yang diingati sebaik sahaja bangun dari tidur mempunyai
maksud dan alamat tertentu. Mimpi merupakan salah satu kaedah Allah s.w.t
menyampaikan mesej kepada hamba-hambaNya berkenaan situasi atau permasalahan
yang dihadapinya. Namun begitu, sekiranya mimpi tersebut tidak diingati,
bermaksud ia hanyalah mainan tidur sahaja dan tidak membawa sebarang makna.
Mimpi yang memberikan petunjuk biasanya berlaku di antara tengah malam sehingga
ke sebelum Subuh. Mimpi yang berlaku ketika menghampiri waktu Subuh atau pada
waktu Subuh lebih merupakan mainan syaitan.
TA’BIR MIMPI (RUJUKAN KITAB : TA’BIR MIMPI (MENYINGKAP ISYARAT BERMIMPI DARI
AL-QURAN & HADIS) OLEH IMAM MUHAMMAD IBNU SIRIN
1)Mimpi menyusui
Menurut Imam Muhammad Ibnu Sirin mimpi menyusui bererti suatu kehinaan dan
kesusahan. Jika seseorang perempuan bermimpi menyusui daripada teteknya bererti
dia menjadi pewaris di rumahnya.
2)Mimpi melahirkan anak
Menurut Imam Muhammad Ibnu Sirin mimpi melahirkan anak lelaki bererti kesusahan
yang amat sangat dan mendapat cemuhan orang.
ULASAN MIMPI (BERDASARKAN PENGALAMAN PENULIS)
Berikut disenaraikan beberapa ulasan berkenaan ta’bir mimpi berdasarkan
pengalaman penulis. Hanya beberapa contoh penting sahaja diberikan untuk
makluman dan kefahaman.
1)Mimpi bayi atau kanak-kanak
•Bayi atau kanak-kanak yang tidak dikenali adalah perlambangan kepada jin.
Istilah di kalangan pengamal ilmu hitam di kalangan bomoh, dukun dan pawang,
membahasakan diri mereka sebagai ‘mak’ atau ‘ayah’ manakala jin belaannya
dibahasakan sebagai ‘anak’. Disebabkan itu, seringkali semasa proses rawatan
gangguan jin, khususnya sihir, di kalangan pesakit yang kerasukan, jin dalam
tubuh pesakit kadangkala akan memanggil ‘mak’ atau ‘ayah’ yang merujuk kepada
‘tuan’ atau pemilik kepada jin tersebut.
•Di kalangan perempuan yang bermimpi menyusukan bayi bermaksud memiliki
saka. Mimpi seperti ini menggambarkan saka
tersebut telah bertapak kukuh dalam tubuh pesakit.
•Sekiranya bermimpi menyusukan bayi menggunakan susu botol, bermaksud
menanggung saka milik orang lain.
•Sekiranya bermimpi seseorang menyerahkan bayi bermaksud ada kemungkinan
berlakunya sihir oleh seseorang ataupun saka daripada pihak lain yang
mengganggu.
•Bermimpi ramai kanak-kanak sedang bermain menggambarkan kehadiran jin.
•Bermimpi mengandung dan melahirkan anak bermaksud adanya gangguan saka.
Mimpi seperti ini juga menggambarkan saka terebut telah bertapak kukuh dalam
tubuh pesakit.
2)Mimpi lemas
•Bermimpi lemas menggambarkan kesusahan. Sekiranya bermimpi lemas dalam
sungai atau laut, namun dapat menyelamatkan diri atau diselamatkan oleh
seseorang bermaksud, keadaan masih terkawal. Namun sekiranya bermimpi lemas dan
terus tenggelam, bermaksud situasi sedang kritikal.
•Sekiranya bermimpi lemas di atas daratan bermaksud kesusahan yang ketara.
•Sekiranya bermimpi lemas dalam air yang kotor dan keruh bermaksud sedang dihimpit
kesengsaraan atau kesukaran.
3)Mimpi haiwan
•Haiwan yang kelihatan dalam mimpi adalah perlambangan kepada jin.
Kebiasaanya haiwan-haiwan yang muncul dalam mimpi
adalah seperti ular, anjing, harimau, kerbau, monyet, lipan, lintah, pacat,
kala jengking dan tikus. Ada kalanya
jenis haiwan menggambarkan bentuk gangguan yang dialami oleh orang yang
bermimpi ataupun tugas jin-jin tersebut,
contohnya,
kerbau menggambarkan jenis jin saka yang membantu kerja-kerja di ladang dan
kebun, harimau menggambarkan jin saka
yang menjaga rumah atau waris-waris keturunan pemiliknya.
•Mimpi haiwan menunjukkan berlakunya gangguan jin atau syaitan.
•Sekiranya bermimpi digigit anjing atau dipatuk ular bermaksud, individu
tersebut mengalami gangguan jin beserta
dengan kemungkinan dimasukkan virus, penyakit atau racun ke dalam tubuh
individu tersebut.
4)Mimpi benda tajam seperti keris, pisau, kapak, parang, tombak dan
sebagainya serta mimpi dikejar.
•Mimpi sebegini menggambarkan ketidakpuasan hati oleh suatu pihak.
Kemungkinan ada kaitan dengan sihir.
•Sekiranya dikejar atau diserang, namun masih dapat menyelamatkan diri ataupun
menang dalam pertarungan tersebut bermaksud, keadaan terkawal.
•Namun sekiranya dalam mimpi tersebut ditikam atau ditusuk bermaksud keadaan
tidak baik sedang melanda diri. Kemungkinan juga sebaik bangun dari tidur,
individu tersebut mungkin mengalami kesakitan pada bahagian yang ditikam atau
ditusuk.
Dipetik dari http://darunnuraniyyah.jomblog.my