EYES OG EAGLE

EYES OG EAGLE

16 Mei 2013

SIMPTOM-SIMPTOM GANGGUAN JIN




Simptom-simptom gangguan jin di atas dapat dikategorikan kepada 7 aspek utama iaitu :
1) Keadaan semasa tidur dan mimpi
2) Kejiwaan dan fikiran
3) Fizikal
4) Ibadah dan kerohanian
5) Kehidupan sosial dan aktiviti harian
6) Akhlak
7) Gangguan di kediaman
KEADAAN SEMASA TIDUR DAN MIMPI
1) Sukar tidur malam.
2) Terlampau banyak tidur atau kerap mengantuk terutama pada waktu-waktu yang dilarang tidur.
3) Mimpi melihat binatang seperti ular, anjing, kala jengking, kerbau, monyet, harimau, lintah dan sebagainya.
4) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
5) Bermimpi kanak-kanak.
6) Bermimpi membawa kanak-kanak naik basikal
7) Bermimpi terbang atau melayang.
8) Bermimpi di tempat tinggi @ jatuh dari tempat tinggi.
9) Mimpi mengandung dan bersalin.
10) Mimpi keturunan yang telah meninggal dunia.
11) Bermimpi rumah pusaka.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Bermimpi lemas dalam air.
14) Bermimpi seram yang menakutkan@ lihat makhluk aneh/menakutkan.
15) Mimpi kabus dan ada ancaman.
16) Mimpi di kawasan kubur.
17) Mimpi di tempat sunyi.
18) Mimpi lihat salib @ gereja.
19) Mimi bertarung sama ada dengan haiwan atau sesuatu makhluk.
20) Mimpi bertemu paderi.
21) Mimpi diancam benda tajam seperti pisau, kapak, parang dll.
22) Merintih, menangis ketika tidur.
23) Terjaga di tengah malam dalam keadaan takut, cemas, terkejut
24) Selalu ditindih ketika tidur.
25) Gigi berlaga ketika tidur.
26) Ketawa, menangis, menjerit ketika tidur.
27) Berdiri/berjalan ketika tidur.

KEJIWAAN DAN FIKIRAN
1) Nyanyuk ketika usia lanjut.
2) Panas baran atau degil.
3) Kerap bingung atau ‘blur’ (fikiran menjadi kosong atau melayang dengan tiba-tiba).
4) Gila.
5) Menghadapi masalah skizofrenia atau tekanan mental. Pesakit biasanya mengalami halusinasi (melihat perkara-
perkara yang manusia normal tidak dapat lihat) dan delusi (mendengar bisikan-bisikan).
6) Was was sama ada dalam solat, semasa wuduk atau kehidupan seharian.
7) Sering lupa bilangan rakaat dalam solat atau lupa dalam banyak perkara.
8) Kecelaruan emosi dalam hubungan suami isteri di mana suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
9) Rasa benci pada pasangan.
10) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
11) Sering teringat pada seseorang. Ada kalanya terjaga di tengah malam dan teringat kepada seseorang.
12) Kuat berangan.
13) Nafsu seksual yang melampau.
14) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
15) Mudah terkejut/panik/kaget.
FIZIKAL
1) Sakit kepala selepas waktu Asar keatas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa, sakit @ lenguh sendi-sendi utama.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sakit pinggang tanpa sebab.
7) Sakit dada bila waktu asar keatas.
8) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
9) Ada terasa benda bergerak di bawah kulit.
10) Darah haid turun lebih 15 hari (istihadah).
11) Kitaran haid tidak normal sama ada datang haid 2 atau 3 bulan sekali atau 2 hingga 3 kali sebulan atau tidak datang haid untuk tempoh masa yang lama.
12) Senggugut yang kuat.
13) Gangguan sekitar rahim (rasa panas, keras atau rasa dibelit sesuatu).
14) Batuk yang berpanjangan.
15) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
16) Kerap keguguran.
17) Gagal melakukan hubungan kelamin.
18) Pandangan menjadi kabur, rabun.
19) Sakit menusuk di bahagian ulu hati, ari-ari, rusuk.
20) Mengantuk bila dengar al-quran.
21) Mandul.
22) Kanser/ketumbuhan/fibroid
23) Seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti pijak kaca, paku, telur
24) Sawan yang bukan disebabkan oleh demam panas.
25) Down syndrome
26) Migrain.
27) Gastrik.
28) Sakit tulang belakang/belikat.
29) Melihat jin secara terus.
30) Lihat sesuatu yang pelik semasa jaga.
31) Gatal pada kulit terutama pada waktu tertentu seperti malam @ tengah hari.
32) Demam yang berpanjangan (tak kebah) terutama pada waktu malam.
IBADAH DAN KEROHANIAN
1)      Malas beribadah
2) Lalai daripada mengingati Allah.
3) Meninggalkan suruhan Allah seperti solat, puasa
4) Mengantuk ketika berzikir, membaca Al-Quran, dalam majlis ilmu.


KEHIDUPAN SOSIAL DAN AKTIVITI HARIAN
1)Sikap berubah secara mendadak.
2)Sering dapat menduga peristiwa yang akan berlaku.
3)Rezeki atau mata pencarian seperti dihalang oleh sesuatu atau sering gagal dalam usaha mencari nafkah.
4)Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
5)Minat atau tabiat yang pelik dan buruk.
6)Masalah seksual seperti gay dan lesbian.
AKHLAK
1)Sering berprasangka buruk.
2)Sering merendah-rendahkan orang lain sama ada melalui perkataan atau perbuatan.
3)Perfectionist atau sikap yang terlampau sempurna atau cerewet.
4)Tindakan atau kelakuan kanak-kanak yang tidak masuk akal ataupun melampau.
5)Banyak sifat mazmumah dalam diri
GANGGUAN DI RUMAH
1)Bunyi guli jatuh di atas syiling.
2)Selalu melihat kelibat di rumah.
3)Ditindih ketika tidur.
4)Tidak dapat tidur atau tersentak ketika tidur.
5)Ada kesan lebam pada bahagian tubuh badan.
6)Terasa seolah-olah sentiasa diperhatikan.
7)Anak-anak kecil kerap menangis seolah-olah takutkan sesuatu.
8)Suasana dalam rumah sentiasa ‘panas’. Yang diistilahkan sebagai panas di sini merujuk kepada sentiasa berlaku
Ketegangan atau ketidakharmonian dalam rumah tangga, sama ada di antara suami isteri atau ibu bapa dan
anak-anak.
9) Berlakunya penyakit seperti demam yang berpanjangan, tidak kebah atau demam pada waktu tertentu terutamanya menjelang Maghrib dan pada waktu malam.
10)Malas dalam beribadah atau melakukan amal soleh khususnya di rumah.
11)Adakalanya, jin/syaitan akan menghadirkan diri dalam mimpi memaklumkan bahawa ia mendiami kediaman tersebut.
12)Nyalaan api atau perkara pelik di dalam rumah.
TAFSIR MIMPI
Berkenaan dengan mimpi, sudah tentu ada sebabnya mengapa kita sering mengalami mimpi, mengapa Allah mentakdirkan kita untuk bermimpi. Terdapat 3 jenis mimpi :
1)Mimpi daripada Allah s.w.t, iaitu mimpi yang baik untuk dunia dan akhirat, merupakan khabar gembira atau suatu peringatan daripada Allah s.w.t. supaya tidak melakukan maksiat kepadanya.
2)Mimpi daripada syaitan, iaitu mimpi buruk yang tidak menyenangkan seperti kedatangan mala petaka, musibah, permusuhan, kesedihan, kesengsaraan, kemelaratan, penderitaan dan sebagainya.
3)Mimpi yang dipengaruhi oleh keadaan seseorang itu sendiri, umpamanya bermimpi makan ketika keadaan diri sedang lapar, atau ketika dalam keadaan kenyang bermimpi termuntah, atau salah satu anggota tubuh sedang sakit dan bermimpi dianiayai orang, dan sebagainya. Mimpi seperti ini tidak mempunyai erti sama sekali.
Pedoman berkenaan mimpi, antara lainnya ialah hadith Rasulullah s.a.w :
“Mimpi itu ada tiga; mimpi daripada Allah (mimpi yang baik), mimpi daripada syaitan (mimpi buruk) dan mimpi daripada dirinya yang kerana terjadi sesuatu kemudian dia bermimpi.”
“Mimpi yang benar itu ialah sebahagian daripada empat puluh enam sifat kenabian” (Riwayat Muslim)
“Mimpi baik itu daripada Allah dan mimpi buruk itu daripada syaitan, maka ketika salah seorang daripada kamu mimpi buruk, meludahlah ke arah kiri tiga kali, kemudian minta perlindungan kepada Allah, maka mimpinya tidak akan mengkhuatirkan” (Riwayat Muslim)
Oleh yang demikian, jelas ilmu tentang mimpi itu wujud dan dibenarkan oleh agama. Sirah Nabi Yusuf a.s secara nyata membuktikan berkenaan tafsir mimpi, sebagaimana firman Allah s.w.t :
‘WAKAZALIKA MAKKAANA LIYUSUFA FIL AR DI WALI NUALLIMAH MIN TAK WILIL AHADIS’
“Demikianlah Yusuf, Kami tetapkan di bumi Mesir, agar Kami ajarkan kepadanya ta’wil (ta’bir) mimpi” (Surah Yusuf :21
Allah s.w.t juga berfirman :
“Sesungguhnya Allah telah mebenarkan Rasul-Nya (dalam mimpinya iaitu kebenaran).”
Selepas kawafatan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, Allah s.w.t masih menurunkan beberapa bahagian daripada sifat
kenabian, iaitu mimpi yang benar. Sabda Rasulullah s.a.w:
“Telah selesai masa-masa kenabian, namun masih ada beberapa khabar gembira (iaitu melalui mimpi yang benar).”
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
“Sampaikan mimpimu hanya kepada orang yang engkau cintai atau kepada orang berilmu”
Kebiasaannya mimpi yang diingati sebaik sahaja bangun dari tidur mempunyai maksud dan alamat tertentu. Mimpi merupakan salah satu kaedah Allah s.w.t menyampaikan mesej kepada hamba-hambaNya berkenaan situasi atau permasalahan yang dihadapinya. Namun begitu, sekiranya mimpi tersebut tidak diingati, bermaksud ia hanyalah mainan tidur sahaja dan tidak membawa sebarang makna. Mimpi yang memberikan petunjuk biasanya berlaku di antara tengah malam sehingga ke sebelum Subuh. Mimpi yang berlaku ketika menghampiri waktu Subuh atau pada waktu Subuh lebih merupakan mainan syaitan.
TA’BIR MIMPI (RUJUKAN KITAB : TA’BIR MIMPI (MENYINGKAP ISYARAT BERMIMPI DARI AL-QURAN & HADIS) OLEH IMAM MUHAMMAD IBNU SIRIN
1)Mimpi menyusui
Menurut Imam Muhammad Ibnu Sirin mimpi menyusui bererti suatu kehinaan dan kesusahan. Jika seseorang perempuan bermimpi menyusui daripada teteknya bererti dia menjadi pewaris di rumahnya.
2)Mimpi melahirkan anak
Menurut Imam Muhammad Ibnu Sirin mimpi melahirkan anak lelaki bererti kesusahan yang amat sangat dan mendapat cemuhan orang.
ULASAN MIMPI (BERDASARKAN PENGALAMAN PENULIS)
Berikut disenaraikan beberapa ulasan berkenaan ta’bir mimpi berdasarkan pengalaman penulis. Hanya beberapa contoh penting sahaja diberikan untuk makluman dan kefahaman.
1)Mimpi bayi atau kanak-kanak
•Bayi atau kanak-kanak yang tidak dikenali adalah perlambangan kepada jin. Istilah di kalangan pengamal ilmu hitam di kalangan bomoh, dukun dan pawang, membahasakan diri mereka sebagai ‘mak’ atau ‘ayah’ manakala jin belaannya dibahasakan sebagai ‘anak’. Disebabkan itu, seringkali semasa proses rawatan gangguan jin, khususnya sihir, di kalangan pesakit yang kerasukan, jin dalam tubuh pesakit kadangkala akan memanggil ‘mak’ atau ‘ayah’ yang merujuk kepada ‘tuan’ atau pemilik kepada jin tersebut.
•Di kalangan perempuan yang bermimpi menyusukan bayi bermaksud memiliki saka. Mimpi seperti ini menggambarkan saka
tersebut telah bertapak kukuh dalam tubuh pesakit.
•Sekiranya bermimpi menyusukan bayi menggunakan susu botol, bermaksud menanggung saka milik orang lain.
•Sekiranya bermimpi seseorang menyerahkan bayi bermaksud ada kemungkinan berlakunya sihir oleh seseorang ataupun saka daripada pihak lain yang mengganggu.
•Bermimpi ramai kanak-kanak sedang bermain menggambarkan kehadiran jin.
•Bermimpi mengandung dan melahirkan anak bermaksud adanya gangguan saka. Mimpi seperti ini juga menggambarkan saka terebut telah bertapak kukuh dalam tubuh pesakit.
2)Mimpi lemas
•Bermimpi lemas menggambarkan kesusahan. Sekiranya bermimpi lemas dalam sungai atau laut, namun dapat menyelamatkan diri atau diselamatkan oleh seseorang bermaksud, keadaan masih terkawal. Namun sekiranya bermimpi lemas dan terus tenggelam, bermaksud situasi sedang kritikal.
•Sekiranya bermimpi lemas di atas daratan bermaksud kesusahan yang ketara.
•Sekiranya bermimpi lemas dalam air yang kotor dan keruh bermaksud sedang dihimpit kesengsaraan atau kesukaran.
3)Mimpi haiwan
•Haiwan yang kelihatan dalam mimpi adalah perlambangan kepada jin. Kebiasaanya haiwan-haiwan yang muncul dalam mimpi
adalah seperti ular, anjing, harimau, kerbau, monyet, lipan, lintah, pacat, kala jengking dan tikus. Ada kalanya
jenis haiwan menggambarkan bentuk gangguan yang dialami oleh orang yang bermimpi ataupun tugas jin-jin tersebut,
contohnya,
kerbau menggambarkan jenis jin saka yang membantu kerja-kerja di ladang dan kebun, harimau menggambarkan jin saka
yang menjaga rumah atau waris-waris keturunan pemiliknya.
•Mimpi haiwan menunjukkan berlakunya gangguan jin atau syaitan.
•Sekiranya bermimpi digigit anjing atau dipatuk ular bermaksud, individu tersebut mengalami gangguan jin beserta
dengan kemungkinan dimasukkan virus, penyakit atau racun ke dalam tubuh individu tersebut.
4)Mimpi benda tajam seperti keris, pisau, kapak, parang, tombak dan sebagainya serta mimpi dikejar.
•Mimpi sebegini menggambarkan ketidakpuasan hati oleh suatu pihak. Kemungkinan ada kaitan dengan sihir.
•Sekiranya dikejar atau diserang, namun masih dapat menyelamatkan diri ataupun menang dalam pertarungan tersebut bermaksud, keadaan terkawal.
•Namun sekiranya dalam mimpi tersebut ditikam atau ditusuk bermaksud keadaan tidak baik sedang melanda diri. Kemungkinan juga sebaik bangun dari tidur, individu tersebut mungkin mengalami kesakitan pada bahagian yang ditikam atau ditusuk.

Dipetik dari  http://darunnuraniyyah.jomblog.my

24 ulasan:

  1. Sekiranya ada gangguan makhluk halus dan jin, boleh berikhtiar guna kasturi syifa. InsyaAllah....
    http://www.muslimchoices.com/?p=kasturi_syifa_assyafi

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum. Saya sering bermimpi bayi, dan bayi tu kejap dengan mak saya, kejap dekat saya. Saya juga pernah terkejut ketika terlelap seperti anjing menerkam saya serta merta dan dengan segera saya terbangun dan perasaan berdebar-debar selepas itu, apa maksud semua itu ya???

    BalasPadam
  3. kalau tnda dlm tidur, sy alami 2,3,4,5,7,8,9,12,13,14,17,18 (but bukan gereja tapi kuil hindu), 19,21... tapi xder masalah ape pon.. nape ek...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum, baru-baru ini saya bermimpi melahirkan anak dan menyusukan bayi tersebut tetapi sekejap saja..sebelum ini pun saya selalu bermimpi harimau dan ular tapi saya berjaya selamatkan diri saya daripada diapa2kan oleh binatang tersebut..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika bermimpi menyusukan anak..kalau tak silap ia berkaitan dengann saka..mimpi myusukan budak adalah faktor utama bhw saka itu sudah ada dgn kita..sila tanya terus dgn ustadz.

      Padam
    2. Baru2 ni sy bermimpi melahirkan baby dan menyusukan dia,di satu rumah yg langsung sy tk pernah nampak sebelum ni,rumah tu sangat kotor,orang yg tnggal dengan sy dkt rmh tu pn org yg langsung sy langsung tk kenal...dan saya nampak ular warna hitam.

      Padam
  5. Salam..saya bermimpi abang saya sedang mengandung dan dalam kesakitan untuk melahirkan anak dirumah kami. apakah maksudnya. Tolong saya

    BalasPadam
  6. berhenti mengarut ...walau anda anti kristian pun usah la menghina kristian...erti mimpi jumpa father,melihat gereja atau salib bermakna suatu keinsafan didalam diri anda dan tiada sebarang kaitan dengan gangguan jin atau iblis...pertimbangkan nafsu anda ketika berkata-kata...sudahlah hentikan menyimpangkan , menyesatkan dan membenihkan akal fikiran umat mu sendiri dengan fitnah dan prasangka buruk terhadap kristian...berhenti mengaitkan kristian ...segala yang buruk dimulakan oleh mereka yang telah memulakan penindasan terhadap kristian suatu ketika dahulu...kristian agama yang damai benci keganasan.sebaliknya anda menghalalkan keganasan terhadap penganut agama selain daripada mu.perampok,perogol,perampas istri,memperhamba mengangu ketenteraman...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak pun sama... diakhir text awak menghina agama kami.Islam @ Kristian hanya agama, manakala sikap adalah pembawakan diri.Agama apapun kalau diri yg jahat bukan salah agama... HADAM !!!

      Padam
  7. Utk tnda2 yg ada di atas, kbanyakannya sy alami.Tanda Tdur-18/27,tanda jiwa-10/15,tanda fzikal-17/32,tanda ibdah&rohani-3/4,tanda ssial-5/6,tanda akhlak-4/5,tanda di rumah-8/12.pkara ni da hmpir 20thun tp bberapa thun ni smakin teruk iaitu slepas nnek & datuk meninggal dunia.bnyk kli b'usaha tp hnye sikit prubahan.malah kdag2 smakin sakit sehinggakan tpaksa stop mnum air yg diberikan.adakah itu tnda2 jin/saka?sbb yg dtg dlm mmpi biasanya arwah datuk&nenek je.bile nenek yg dtag,sy akan sakit tp atuk akan dtag (bg ayat,mngurut atau bantu) n kmudian sy akan sihat smule

    BalasPadam
  8. Saya mimpi mengandung and menyusukan bayi,mimpi jatuh tempat tinggi ,mimpi jumpa seakan-akan puteri zaman dahulu di kg saya maknanya apa yer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hampir sama dengan saya.. Mimpi jumpa perempuan yang berpakaian jawa zaman dahulu warna hijau di kawasan yang berkabus... tetiba rasa seperti jatuh dari tempat yang sangat tinggi...

      Padam
    2. Hampir sama dengan saya.. Mimpi jumpa perempuan yang berpakaian jawa zaman dahulu warna hijau di kawasan yang berkabus... tetiba rasa seperti jatuh dari tempat yang sangat tinggi...

      Padam
  9. saya mimpi dikejar orang dan diselamatkan oleh lelaki yg saya tak kenal. tp hubungan saya dengan lelaki yg saya x kenal tu mcm kami dah lama kenal. then, bila saya tnya nama lelaki tu, dia cuma senyum dan saya terbangun. apa maknanya mimpi?

    BalasPadam
  10. Sy mimpi mengandung,melahirkn dan brsalin sejak sblum kwin shgga dh khwin..rasa btol2 real tu semua wlupn hnya dlm mimpi..

    BalasPadam
  11. Saya bermimpi melahirkan anak lelaki kembar..Namun mereka bukan kembar seiras..Saya juga cuba menyusukan meraka ttpi agak sukar krna mereka sudah mempunyai gigi..apa mkna mimpi tersebut?

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum.. Setiap kali saya mengandung, saya akan bermimpi bayi dan selepas itu saya akan keguguran kandungan..dan terkini saya bermimpi melihat bayi duduk dgn sepasang org tua..saya Hanya berserah pada Allah dan Harap mimpi saya itu Hanya mainan tidur..Tp Allah lebih sayang bayi dalam kandungan saya, selepas beberapa minggu dari mimpi itu air ketuban saya bocor dan bayi dalam kandungan saya meninggal dunia selepas dilahirkan..apa kah makna mimpi saya itu?

    BalasPadam
  13. saya juga bermimpi bersalin dan melahirkan anak.. Dah lama tak bermimpi seperti ini... Dulu-dulu kerap juga... Sukar juga nak percaya kalau saya ada gangguan saka... Benteng kekuatan diri dalam keadaan lemah sekarang....

    BalasPadam
  14. Gangguan saka ini ubat nya adalah zikir...

    BalasPadam
  15. sy bermimpi yg sy tidak sangka dan tak tahu pun sy mengandung,dan sy sedar perut mengeras ngeras slps tu sy cek dan selang tigahari slepas sy tahu sy mengandung,sy beranak dan anak itu anak lelaki dlm keadaan sihat, hmm apa kah maksud begitu?

    BalasPadam
  16. Sy baru bermimpi seekor ank buaya yang kelaparan memnghisap susu saya dengan sangat kuat....sehingga habis dh turut menghisap susu dan air liur didalam mulut saya sehingga akhirnya saya muntah darah baru ank buaya itu kenyang dan berlalu pergi ikut ibunya...boleh tak sesiapa jelaskan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya seorang perawat islam. Guna 100% ayat quran. Rawat merata tempat satu malaysia termasuk luar negara. Jika perlu khidmat saya boleh wassap 0123779564

      Ariffin

      Padam
  17. assalamualaikum saya skrg mengandung untuk kali kedua, anak pertama sy skrg berumur 10bulan, dan ketika sy mengandung untuk kedua2 anak sy sy kerap mimpi pelik.. first mimpi budak laki and perempuan, tp hujung cerita hnye budak perempuan shj yg ada disamping sy di tengah hutan, mimpi terbang and tempat tinggi. dan baru2 ini sy mimpi dunia ini didtgi satu musibah besar untuk sekali gus ramai manusia mati. sy terselamat sbb sy boleh terbang. semalam sy bermimpi dikejar anjing hitam yg ganas kejar sy dan anak pertama, tp kami terselamat cuma keadaan anak sy koma dan terlantar dirumah selepas itu dia sedarkan diri terus jadi seorang budak perempuan yg dab boleh berdikari tak perlukan bantuan sy lg tp dlm masa yang sama sy menjaga arwah nenek yg dulu keadaannya sakit tp dl mimpi sihat walafiat. semua yg berlaku dlm mimpi itu didalam ruma sy skrang

    BalasPadam