dunia adalah pentas manusia..,lakonannya pelbagai cerita..,ada yang suka dan berduka cita..,ada yang suci ada yang berdosa..,maka ingatlah...!kita semua adalah hamba kepada yang ESA...,
EYES OG EAGLE
28 Disember 2014
MENCARI ERTI SEORANG SAHABAT...,,
Memang sukar nak membezakan ketulusan hati seseorang...,dengan keadaan dan prilaku...,sukar di bezakan yang mana satu lakonan dan yang mana satu kenyataan..,
SAHABAT....!!!!
kita perlukan kawan ...,teman....,rakan-rakan dalam apa jua kegiatan harian kita..,kerana setiap langkah kehidupan kita memang akan memerlukan itu semua..,tapi nama-nama itu hanya bila kita berada di kedudukan yang tertinggi...,
itu lah kawan..,bila kita senang kita akan ramai kawan..,bila kita ada kedudukan ..,kita akan ramai rakan-rakan..,
itu dah jadi lumrah dunia ....,tak perlu nak kita kesalkan..,
tapi bagaimana dengan SAHABAT..?????
sahabat adalah satu gelaran yang amat sempurna..,yang amat suci...,susahkan......!!
nak cari seorang sahabat...,
aku pernah berada dalam situasi di khianati...dulu aku seorang yang amat di segani...,dengan kedudukan aku masa tu ...,ramai rakan-rakan tampil bersama-sama aku dalam apa jua gerak kerja yang aku lakukan.., malah ada yang tidak aku kenal pun sama sama dengan aku dalam kelompok ini..,
dan pada suatu masa aku tidak lagi ada kepentingan...,maka hilanglah kesemua insan-insan tadi..,malah ada yang menghilangkan diri begitu sahaja...,sedih.....!!
emmmm...,
betul kata pepatah...,
BILA KITA SENANG DAN ADA KEPENTINGAN...,
MAKA RAMAI LAH KAWAN-KAWAN KITA MENGENALI KITA..,
TAPI BILA KITA DI TIMPA KESUSAHAN DAN HILANG KEPENTINGAN...,
MASA ITULAH KITA AKAN KENAL..,SIAPA KAWAN-KAWAN KITA SEBENARNYA...,

Rona rona sepanjang 2014
Assalamualaikum....,
mungkin dah lama sangat dah aku dok membebel dalam blog ni..,hehehehe.., apa apa pun aku tetap akan catitkan beberapa coretan kisah hidup sepanjang 2014.., itu pun kalau aku ingat...,memang banyak perkara berlaku pada kita sepanjang perjalanan hidup ini..,sama macam aku..,aku pun tak lepas daripada sketsa kehidupan aku..,baik dari segi kegembiraan..,kesedihan ...,kekecewaan...,kejayaan mahu pun kegagalan..,
emmmm...,aku..,
Tahun ini tak banyak kenangan manis pada aku..,cuma ada la skit..,itu pun sekadar untuk aku melupakan kisah silam ...,adapun aku bersyukur ada keluarga yang sempurna..,dan memamami..,aku tak hebat macam orang lain..,aku tak kaya...,aku tak glamour...,malah tak hensem...,(manis ader arrrr)..,tapi aku tak pernah lupa siapa aku...,setakat mana kemampuan aku...,
memang kekadang tu aku tersasar dari landasan kemampuan aku sendiri...,itu lah saat kegagalan dalam hidup aku..,tapi aku redha je arrr...,nak buat cam ner...,?? salah diri sendiri..,tak perlu nak melenting pada masalah yang kita buat sendri...,SENDIRI MAU INGAT LA BROOO!!!.,
Terlalu banyak pilihan dalam hidup ni...,!
yang maner erk....??? kalau salah pilih...,nanti kena KAREN...,///////////// hahahaha...,pilihan di tangan kita sendiri..,tak tahu pilih ..????? ikut lah rasa hati....,emmmmmn.,
masalah tu...,itu la pasal...,kekadang tersalah pilih...,tak leh nak RETURN dah...,termenung oooo...,menyesal pun ade..,
jika pilihan tu tepat...,maka berbangga lah hati...,dan riak menguasai diri...,tapi bukan aku laaa..,aku ok...,maintain bro....,hehehehehe,,...aku simple...,tak cerewet...,apa saja aku bedal..,janji HALAL..,
mungkin dah lama sangat dah aku dok membebel dalam blog ni..,hehehehe.., apa apa pun aku tetap akan catitkan beberapa coretan kisah hidup sepanjang 2014.., itu pun kalau aku ingat...,memang banyak perkara berlaku pada kita sepanjang perjalanan hidup ini..,sama macam aku..,aku pun tak lepas daripada sketsa kehidupan aku..,baik dari segi kegembiraan..,kesedihan ...,kekecewaan...,kejayaan mahu pun kegagalan..,
emmmm...,aku..,
memang kekadang tu aku tersasar dari landasan kemampuan aku sendiri...,itu lah saat kegagalan dalam hidup aku..,tapi aku redha je arrr...,nak buat cam ner...,?? salah diri sendiri..,tak perlu nak melenting pada masalah yang kita buat sendri...,SENDIRI MAU INGAT LA BROOO!!!.,
Terlalu banyak pilihan dalam hidup ni...,!
yang maner erk....??? kalau salah pilih...,nanti kena KAREN...,///////////// hahahaha...,pilihan di tangan kita sendiri..,tak tahu pilih ..????? ikut lah rasa hati....,emmmmmn.,
masalah tu...,itu la pasal...,kekadang tersalah pilih...,tak leh nak RETURN dah...,termenung oooo...,menyesal pun ade..,
jika pilihan tu tepat...,maka berbangga lah hati...,dan riak menguasai diri...,tapi bukan aku laaa..,aku ok...,maintain bro....,hehehehehe,,...aku simple...,tak cerewet...,apa saja aku bedal..,janji HALAL..,
26 Disember 2014
Sunnah Nabi Muhammad s.a.w: Kelebihan dan Khasiat Halia (Zanjabil)
Assalamualaikum w.b.t
Allah s.w.t berfirman, "Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil." (Surah Al-Insan : 17).
Rupa-rupanya air halia ini merupakan minuman syurga. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit khasiat halia yang kurang saya gemari jika dibuat air, tapi paling saya suka gunakan dalam masakan harian.
Halia mengandungi air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.
Ia dikatakan dapat merawat penyakit banyak angin dalam badan, sakit kepala, sistem pencernaan bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit-birit, disentri, asma, sakit perut, reumatisme, pengaliran darah bermasalah, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan udang, badan kesejukan, sakit pinggang, urat saraf lemah, mabuk kenderaan, batuk kering, kejang, buang air berlendir dan darah haid berbau hamis.
Halia ini bersifat panas jika kita amati dan juga lembap. Halia berupaya memanaskan tubuh, membantu proses pencernaan, melembutkan dinding perut, membuka hati yang tersumbat akibat hawa dingin dan lembap. Halia juga meningkatkan kekuatan seks dan mengatasi angin duduk yang berlaku pada usus dan perut.
Umumnya, halia amat baik untuk menstabilkan hati dan perut yang dimasuki angin. Halia yang di campur dengan dua sudu gula dan sedikit air panas berfungsi sebagai julap dan boleh membebaskan tubuh dari toksin yang berbahaya. Halia juga amat berkesan untuk melarutkan lendir dalam badan.
Halia juga meningkatkan pengeluaran sperma, menambah daya ingatan, dan membuang bau badan serta menolak bahaya makanan berat dan berangin keluar dari tubuh kita.
Selain itu terdapat lagi kelebihan halia yang kurang diberi perhatian oleh masyarakat kita khususnya:
1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal.
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.
2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan dan Mabuk Pagi
Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia. Juga halia mengatasi kes mabuk pagi dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.
3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzimHal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.
4. Pencegahan Demam dan Selesema.
Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari
5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen
6. Mencegah Barah Usus.
Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ usus.
7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan.
Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.
8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa.
Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.
9. Rawatan Kanser ovari.
Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.
10. Menguatkan imuniti.
Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.
Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia inilah yang dikenali sebagai gingerols dan oleoresin. Minyak halia pula digunakan sebagai bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan juga ubatan.
Sejarah Singkat Keris Melayu
Sejarah Singkat Keris Melayu
Jika dilihat daripada kehebatan pahlawan
Melayu, tidak sah jika kita tidak memperkatakan mengenai kehebatan
senjata terutama keris yang mereka gunakan.Keris Taming Sari milik Hang Tuah misalnya dikatakan mempunyai pelbagai kesaktian seperti melindungi tubuh penggunanya daripada dicederakan oleh mana-mana senjata.
Sememangnya keris ialah senjata kebanggaan penduduk Nusantara yang hanya terdapat di Malaysia, Indonesia, Brunei, selatan Thailand dan selatan Filipina. Namun, disebabkan keadaan Kepulauan Nusantara yang terpisah antara satu sama lain menyebabkan senjata-senjata tradisional telah mengalami perkembangan yang berbeza-beza.
Orang Melayu telah menempa dan menggunakan keris serta senjata-senjata lain semenjak lima ratus tahun dahulu. Antara alat-alat senjata lain ialah parang, pisau, badik, karambit, lembing dan sebagainya. Sehingga awal abad kedua puluh, kebanyakan senjata Melayu telah ditempa untuk kegunaan pertarungan, pertahanan diri daripada serangan. Dengan perkembangan kebudayaan dan sistem sosial, fungsi senjata telah mengalami perkembangan dan perubahan.
Walaupun mengalami banyak perubahan senjata ini masih mengekalkan ciri-ciri senjata pertarungan dahulu kala dengan meniitikberatkan keaslian dan buatan yang halus. Tetapi kini, fungsinya telah bertukar menjadi barang keramat yang mempunyai kuasa yang harus dihormati, barang yang dipuja, lambang ikatan keluarga, tanda jasa, tanda pangkat dan kuasa, barang mewah dan akhirnya dianggap sebagai karya seni. Senjata-senjata ini telah melalui masa perkembangan yang cukup lama sebelum mempunyai bentuk dan fungsi seperti sekarang. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis senjata sesuai dengan seni serantau.
Keris
Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang lampau terutamanya pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana. Satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata, melebar di pangkal dan tirus dihujungnya serta tajam. Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya. Keris mempunyai berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Kebanyakan keris terdiri dari jenis yang berlok, sama ada tiga, lima, tujuh atau sembilan dan lurus.
Tiga aspek penting mata keris adalah rupa awan larat dan corak pamor, bentuknya dan corak berombak yang wujud dari campuran logam dan nikel. Persejarahan senjata di Malaysia amat rapat dengan unsur-unsur seni mempertahankan diri seperti silat. Keterampilan reka cipta Pandai Besi (pembuat keris) maka kepelbagaian alat persenjataan telah terhasil, antara yang amat digemari sehingga kini seperti keris, parang, kelewang, beladau, tombak dan banyak lagi.
Badik
Bentuk badik, hampir sama dengan bentuk tumbuk lada tetapi lebih besar dan kurang pula daripada segi ukiran. Matanya lebih tegak, hulunya membongkok ke bawah.
Badik mempunyai mata yang lurus dan berkeluk seperti keris. Panjang matanya di antara 18 dan 20 sentimeter (sm) dan lebar 2 sm. Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu, tanduk dan gading serta dihias dengan motif awan larat. Badik mempunyai mata yang tebal di bahagian belakangnya dan meruncing dihujungnya.
Lembing
Lembing pada dasarnya adalah senjata lontar. Batangnya diperbuat daripada kayu lurus berukuran sedepa, mata lembing dimasukkan ke dalam batang dan diperkuat dengan ikatan rotan atau simpai logam. Mata lembing lazimnya dibentuk seperti pisau dan jarang berduri. Lembing Melayu lebih pendek, ringan dan tajam mata dihujungnya. Terdapat berbagai jenis lembing kebanyakannya bermata tajam diperbuat daripada kayu atau buluh.
Unsur ghaib
Peranan senjata amatlah penting dalam naluri hidup manusia, selain digunakan sebagai alat berperang, mempertahankan diri, hiasan dan ia juga dikaitkan dengan unsur-unsur alam ghaib. Sesetengah masyarakat mempercayai sesuatu senjata itu mempunyai kuasa dalaman yang dapat membantu mempertingkatkan ilmu kebatinan kepada si pemiliknya. Kelok-kelok yang dibentuk pada senjata melambangkan nilai-nilai estetika yang tersendiri dalam menggambarkan daya imaginasi kemelayuan sejak zaman-berzaman dengan teliti dan kreatif.
Pada kebanyakan senjata seperti keris, lawi ayam, tumbuk lada, kelewang serta beberapa rumpunan yang serupa dengannya akan dihiasi dengan hulu yang diukir indah serta diberikan nama-nama tertentu seperti Jawa Demam, Kepala Nuri, Anak Ayam Teleng dan lain-lain. Tidak ketinggalan juga dengan sarung atau rangka yang kebiasaannya diperbuat daripada kayu yang baik seperti teras nangka, tempinis, kayu kemuning, raja kayu dan sebagainya. Kesimpulannya, senjata tradisional Melayu sememangnya mempunyai keunikan tersendiri.
21 Disember 2014
TANDA, SEBAB DAN KESAN SOMBONG
Perkataan kibir mengikut istilah bahasa
Melayu, ertinya ialah sombong atau angkuh. Pengertian dalam bahasa moden
ialah ego. Mengikut syariat Islam, erti kibir ialah membesarkan diri
kerana merasakan diri mempunyai kelebihan dan keistimewaan sehingga lupa
kepada Allah dan menderhakainya. Pengertian mengikut istilah syariat
inilah yang akan dihuraikan di sini.
Sifat kibir atau sombong atau angkuh atau ego bermakna membesarkan diri kerana hati merasakan diri mempunyai kelebihan, keistimewaan dan kehebatan. Ia merupakan sifat batin (mazmumah) yang paling keji. Bahkan ia adalah sifat batin yang sangat jahat.
Dosa dan kesalahan pertama yang dilakukan oleh makhluk Allah terhadap Allah ialah sifat sombong. Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam a.s. sewaktu Allah memerintahkannya. Dia membesarkan diri lantaran merasakan dirinya lebih utama dan lebih mulia daripada Nabi Adam a.s. Kejadiannya daripada api sedangkan Nabi Adam a.s. daripada tanah. Itu saja penyebab yang dia rasa dirinya lebih hebat dan istimewa.
Peristiwa kesombongan iblis ini Allah ceritakan dalam Al Quran, firman-Nya: “Dan (ingatlah) ketika Kami memerintahkan kepada malaikat: ‘Sujudlah kepada Ada.’ Dia (Iblis) enggan dan membesarkan dirinya. Maka sesungguhnya dia adalah dari golongan musyrik.” (Al Baqarah: 34)
Di sini Allah menceritakan bagaimana keengganan iblis untuk tunduk dan taat dengan arahan Allah. Bahkan ia membesarkan diri kerana merasa dirinya lebih hebat dan mulia daripada Nabi Adam a.s. Maka dia menjadi kafir dan menerima kutukan Allah dunia Akhirat. Allah keluarkan dia dari Syurga yang penuh nikmat dan menukar wajahnya menjadi seburuk-buruk rupa. Di sinilah bermula dendamnya kepada Nabi Adam a.s. dan anak cucu cicitnya yang tidak pernah padam sesaat pun. Jelas, daripada penyakit sombong ini akan lahirlah penyakitpenyakit batin yang lain seperti pemarah, pendendam dan hasad dengki.
Dari sini lahirlah buahnya di dalam tindakan lahir seperti kasar, keras, mengangkat-angkat diri, mengumpat dan menghina orang, menganiaya, penindasan, diskriminasi, penzaliman dan pembunuhan. Sebab itu sombong sangat dimurkai Allah SWT. Kesan daripada sifat sombong ini tercetus kerosakan dalam kehidupan masyarakat seperti hilang kasih sayang, pecah per-paduan, saling berdendam, hina-menghina, kata-mengata dan jatuh-menjatuhkan serta berbunuh-bunuhan. Itulah kemuncaknya. Sebab itu sifat sombong ini mesti dikikisbuangkan.
Sifat sombong ini hanya layak bagi Allah. Ia pakaian Tuhan maka makhluk tidak berhak memakainya. Allah SWT berfirman dalam Hadis Qudsi: “Sombong itu selendang-Ku dan keagungan adalah sarung-Ku. Barangsiapa merampas salah satu darinya, Aku lemparkan dia ke Neraka Jahannam.” (Riwayat Abu Daud)
Di antara ayat Quran yang sangat melarang kita memakai sifat kibir ini ialah: “Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri daripada menyembah-Ku, akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al Mukmin: 60) “Janganlah kamu berjalan dengan menyombomgkan diri kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan ketinggianmu tidak akan melepasi gunung.” (Al Israk: 37) “Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong.” (An Nahl: 23)
Sedangkan sifat-sifat dan nama-nama-Nya yang lain yang sebanyak 99 (Asmaul Husna) itu tidak salah untuk hamba-hamba-Nya memilikinya. Misalnya sifat Rahman, Rahim, Kaya, Kasih Sayang, Pemurah, Pemaaf, Alim dan lain-lain lagi. Ini dibenarkan bahkan diperintahkan supaya kita memilikinya. Oleh kerana sifat sombong ini menjadi punca tercetusnya penyakit-penyakit batin (mazmumah) yang lain sehingga melahirkan kejahatan-kejahatan lahiriah yang banyak di tengah kehidupan masyarakat, maka sombong ini sangat dikeji dan dimurkai Allah. Rasulullah SAW juga ada mengingatkan dalam Hadis baginda tentang bahayanya sifat sombong. “Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan.” (Riwayat Muslim)
Tidak akan masuk Syurga, ertinya ke Nerakalah jawabnya. Dengan membawa sikap sombong, di dunia lagi orang tidak suka dan tidak ada kedamaian jiwa. Di Akhirat terjun ke Neraka. Sebab itu sombong ini mesti dicabut sampai ke akar umbinya hingga tidak ada walaupun sebesar zarah, barulah kita selamat. Walhal mengikut kata Imam Al Ghazali, sifat sombong ini hampir-hampir mustahil dapat dibuang. Oleh itu kita mesti mengenal pasti lebih dahulu tanda-tanda penyakit ini dan sebab atau punca-punca penyakit supaya mudah mengubati atau mengikisnya.
TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG
Langkah-langkah untuk mengenal pasti adanya penyakit ini ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan, akan dapat dikesan sifat sombong sama ada sombong yang keterlaluan, sederhana atau ringan.
Apakah tanda-tanda seseorang itu memiliki sifat sombong? Di antaranya:
1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi.
2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah.
3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Bahkan dengan orang yang sama level dengannya pun masih dipilih-pilih lagi. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk sama atau semajlis dengannya.
4. Memandang hina pada golongan bawahan.
5. Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.
6. Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, susah untuk mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak prihatin dengan cakap orang. Apatah lagi untuk mengikut cakap orang lain.
7. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang itu.
8. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut-pengikutnya atau orang bawahannya. Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah pula untuk taat dan patuh pada pemimpinnya.
9. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap dengannya. Bahkan ditengking-tengking, diherdik, dikata-kata atau dihina-hina. Di belakangnya diumpat-umpat.
10. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku bersalah.
11. Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain.
12. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila orang itu tersilap.
13. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara halus.
14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.
15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah serta membenci orang.
16. Kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai pemberian orang lain.
17. Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri.
18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.
19. Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah. Kalau ada makanan, berlaku pembaziran atau membuang makanan yang berlebihan. Kalau ada pakaian walaupun masih elok dipakai tetapi suka berganti dengan yang baru. Pakaian yang lama dibuang. Kalau ada duit lebih, suka beli barang yang tidak diperlukan. Semua itu lebih digemari daripada memberi nikmat yang berlebihan itu kepada orang lain.
20. Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana membesarkan diri). Kalau bercakap, menepuk-nepuk meja dan suka mencemik. Kalau berjalan suka bergaya, menghentak-hentak kaki atau berjalan membusung dada.
21. Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia atau kerana takut dengan orang itu.
22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka jadi tetamu orang.
23. Tidak suka menyebut kelebihan-kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.
24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan sendiri didiamkan, disorokkan, buat-buat tidak tahu atau cuba mempertahankan diri supaya orang menganggap dia tidak bersalah.
25. Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang lain.
26. Dia sangat tersinggung kalau ada orang memuji-muji atau menyebut kelebihan-kelebihan orang lain di hadapannya. Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada air mukanya rasa bangga dan senang hati.
Senarai tanda-tanda, riak-riak atau sikap-sikap di atas sudah cukup jelas untuk kita dapat mengenali sifat sombong ini. Bila sudah dikenal pasti ertinya memudahkan kita mengatasi atau mencabut sifat keji ini.
SEBAB-SEBAB SOMBONG
Sebelum mencabut sifat sombong yang keji ini perlu kita tahu kenapa sifat ini boleh berlaku. Ini juga merupakan faktor pem-bantu untuk memudahkan kita mengikis sifat ini. Macamlah jerawat yang ada di pipi. Kalau kita kenal tanda jerawat, kemudian tahu kenapa boleh timbul jerawat, barulah mudah untuk kita mengubat jerawat itu.
Faktor-faktor penyebab yang menjadikan seseorang itu memiliki sifat-sifat sombong, di antaranya ialah:
1. Memiliki kuasa, sama ada dia memiliki kuasa besar atau kecil. Kuasa besar itu seperti jadi raja, presiden, perdana menteri, gabenor dan lain-lain lagi. Kuasa kecil seperti jadi pegawai, D.O., penghulu, guru besar, guru-guru dan lain-lain lagi. Kuasa yang ada itu mendorongnya menjadi sombong.
2. Mempunyai ilmu pengetahuan sama ada pengetahuan tentang dunia atau pengetahuan tentang Akhirat. Sama ada pengetahuan di banyak bidang atau di satu bidang. Ini jadi pendorong seseorang itu menjadi sombong kerana dia rasa lebih pandai daripada orang lain.
3. Mempunyai harta kekayaan. Harta juga mendorong seseorang itu menjadi sombong.
4. Mempunyai kegagahan iaitu orang yang mempunyai kekuatan fizikal atau mempunyai kepandaian dalam mempertahankan diri seperti tinju, gusti, tae kwan do, silat dan lain-lain lagi. Ini juga mendorongnya menjadi sombong.
5. Keturunan. Ada orang jadi sombong kerana berketurunan bangsawan, berketurunan ulama dan lain-lain lagi, lantas merasa diri mulia serta memandang orang lain hina berbanding dengan dirinya.
6. Sebab-sebab yang lain seperti berwajah tampan dan cantik, disayangi oleh orang besar, disayangi suami, disayangi oleh ibu ayah dan lain-lain lagi. Ini juga pendorong menjadi sombong.
7. Bukan sebab-sebab yang di atas tadi, tapi mungkin dia orang miskin atau orang jahil atau orang hodoh atau orang cacat atau orang lemah sedangkan dia tetap sombong. Ini dikatakan bodoh sombong. Orang ini walaupun tidak ada sebab khusus untuk dia berlaku sombong tetapi oleh kerana benih sifat sombong yang semula jadi ada dalam diri itu tidak terdidik dan tidak cuba untuk dikikisbuangkan atau tidak dicabut, bahkan disuburkan, maka tetaplah dia dengan sikap sombongnya.
Golongan yang sombong di taraf ini bilamana tidak sedar atau tidak kenal dirinya yang sebenar, inilah yang jadi pendorong dia bersifat sombong. Kalau begitu ada golongan manusia yang sombongnya bersebab dan ada pula golongan manusia yang sombongnya tidak bersebab. Tetapi kebanyakan manusia itu sombongnya bersebab, seperti yang disebutkan di atas tadi. Bersebab atau tidak, sifat sombong tetap mesti dicabut dan dibuang. Jika tidak, ia akan memberi kesan yang buruk di tengah kehidupan masyarakat.
KESAN SIFAT SOMBONG
Di antara kesan sifat sombong ialah:
1. Orang benci kepadanya. Fitrah semula jadi manusia tidak suka kepada orang yang bersifat sombong ini. Hati yang benci-membenci tentulah tidak ada kasih sayang, akhirnya tidak wujud perpaduan. Ini bererti umat Islam tidak ada kekuatan. Risikonya, Islam menjadi lemah, lumpuh dan runtuh kerana tidak ada pautan hati antara satu sama lain. Ini sangat merugikan umat Islam dan Islam sendiri. Maknanya, apabila sifat sombong dimiliki bersama, semuanya bersalah dan berdosa sehingga menyebabkan tamadun roh dan tamadun material tidak dapat dibangunkan.
2. Mudah marah, di mana kebiasaannya kemarahan akan berakhir dengan perbalahan dan pergaduhan.
3. Bilamana wujud sifat sombong, lahirlah penyakit yang berikutnya iaitu mudah berdendam, hasad dengki dengan manusia, mudah hendak bertindak balas di atas kesilapan orang lain. Kadang-kadang belum tentu silapnya, dia telah gopoh-gapah bertindak. Mudah pula sakit hati terhadap kejayaan dan kebolehan orang lain sehingga berusaha se-daya upaya untuk merosakkan atau menjatuhkan orang itu. Akhirnya tentulah timbul permusuhan sesama manusia. Lebih besar dari itu, akan berakhir dengan peperangan dan pembunuhan bilamana berlaku tindak balas daripada orang lain atau golongan lain pula.
Kesombongan sangat membahayakan masyarakat manusia dan dunia seluruhnya. Lantaran ini Allah sangat murka dan Allah tempatkan mereka ini di Neraka bersama Firaun, Namrud, Hamman dan lain-lain orang yang zalim dan angkuh itu.
Memandangkan betapa merbahayanya penyakit ini maka usaha-usaha lahir mesti dibuat untuk membendungnya. Beberapa panduan dan kaedah diberi untuk mengikisbuang dan mengubatinya secepat mungkin secara serius supaya kita tidak terus mengidap penyakit yang mengerikan ini.
Di antara cara-caranya ialah:
1. Ada ilmu tentang sifat-sifat mazmumah.
Adanya ilmu ibarat ada cahaya yang mampu menyuluh sifat-sifat mazmumah di dalam diri itu termasuk sifat kibir atau sombong. Perlunya ilmu kerana ia merupakan sifat batiniah yang sesetengah orang payah mengesannya tetapi mudah pula dikesan oleh orang lain.
2. Bawa berfikir selalu tentang kejadian manusia.
Sedarkan hati kita bahawa soal kejadian manusia itu adalah sama. Yakni daripada tanah dan mati kembali ke tanah semula. Walau bagaimana hebat sekalipun seseorang itu, kejadiannya sama dengan orang lain. Kejadian yang pertama asalnya daripada tanah. Walaupun berdarjat, berpangkat, berkuasa, berharta, berilmu, sama ada yang alim atau tidak, yang kaya atau miskin, yang cantik atau buruk, namun mereka semuanya sama. Samasama berasal daripada tanah.
Lihatlah raja-raja besar seperti Firaun. Walau bagaimana hebatnya dia sehingga mengaku dirinya tuhan, di manakah dia sekarang? Bukankah dia tidak dapat mempertahankan kehebatannya, akhirnya mati dan kembali ke tanah! Jadi untuk apa dibangga-banggakan dengan kehebatan dan keistimewaan masing-masing. Sedangkan semuanya setaraf, yakni berasal daripada tanah dan akhirnya kembali ke tanah jua. Tidak mampu untuk memanjangkan umur sendiri.
3. Fikirkan dan sedarkan hati kita bahawa kejadian manusia yang kedua adalah daripada air mani yang hina.
Kalau diperlihatkan kepada manusia, amat jijik dan benci sekali untuk melihatnya. Ertinya, kejadian manusia itu tidak ada beza di antara satu sama lain, sama ada orang kaya, orang berilmu, pembesar atau lain-lain lagi, semuanya berasal daripada air mani yang hina. Kalaulah orang kaya berasal daripada intan, pembesar daripada emas, orang berilmu daripada berlian dan orang biasa berasal daripada air mani, boleh jugalah berbanggabangga. Ini tidak, semuanya berasal daripada benda yang sama iaitu air mani yang hina. Dari segi kejadian, tidak ada perbezaan apa-apa pun. Jadi untuk apa kita berbangga-bangga dengan keistimewaan diri pada orang lain?
4. Melihat respon orang lain terhadap kita.
Dalam pergaulan hidup, dapat dikesan respon orang lain kepada kita. Kalau kita sombong, semua orang akan benci. Anak isteri tidak suka, jiran-jiran meluat, kenalan renggang dan pengikut tidak suka. Apa pendapat kita? Adakah untung kita mempertahankan sikap begitu? Apalah indahnya! Bukankah kita dapat rasakan betapa buruk padahnya akibat mempertahankan penyakit keji dan jahat ini. Lebih-lebih lagi kerja kita tidak semua kita mampu uruskan sendiri. Lagi tinggi pangkat dan darjat, lagi banyak urusan kerja yang perlu dibereskan, dibantu oleh tenaga-tenaga orang lain sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Oleh itu pertolongan, bantuan dan titik peluh orang lain tidak boleh kita lupakan. Kalau tidak ada mereka ertinya kita tidak jadi hebat dan kaya. Kalau begitu untuk apa kita rasa lebih istimewa?
Bilamana orang sudah benci, di waktu-waktu tertentu seperti waktu sakit atau waktu kematian atau kecemasan, masyarakat akan pulaukan. Atau lambat-lambatkan bantuan atau tidak beri bantuan supaya kita terasa susah lebih dahulu. Ini semua hasil dari mereka sakit hati dengan sifat sombong kita itu.
5. Ambil iktibar dari pengalaman hidup.
Apabila ada kelebihan, keistimewaan dan kehebatan, bolehkah bersifat sombong? Cuba fikirkan kejadian-kejadian yang berlaku dalam pengalaman hidup seharian. Apakah kita berkuasa mengelakkan diri daripada sakit? Apakah kita mampu melawan kuasa tentera Allah yang dihantar melalui bencana alam dan lain-lain lagi? Apakah anda mampu melawan kematian dengan kesombongan dan kekibiran itu? Tentu tidak! Kalau begitu kenapa kita merasakan lebih istimewa daripada orang lain? Walhal tidak ada keistimewaan apa-apa pun yang menjadi milik kita. Semua itu Allah pinjamkan sekejap. Jadi tidak ada apa-apa pun kehebatan kita jika dibandingkan dengan orang lain. Kadang-kadang Allah beri kita kelebihan ilmu, kekayaan, pangkat dan lain-lain, tapi dalam masa yang sama kitalah yang paling banyak mengidap sakit. Misalnya sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain sehingga kelebihan dan keistimewaan-keistimewaan itu semuanya tidak ada erti apaapa lagi. Akhirnya, nikmat yang dikumpul-kumpulkan sekian lama, tidak dapat dinikmati sendiri tetapi dinikmati oleh orang lain. Oleh itu untuk apa dibangga-banggakan dengan kehebatan yang ada itu?
6. Ingat azab Allah untuk orang yang sombong.
Cubalah renungkan. Ingatkanlah di hati bahawa sombong ini sangat dimurkai oleh Allah. Kita dianggap sudah merampas pakaian-Nya. Akibatnya, kita akan dicampakkan ke Neraka yang panas apinya 70 kali ganda kekuatan api dunia dan dalamnya 70 ribu tahun perjalanan baru sampai ke dasarnya.
Ingatkan Neraka yang keseluruhannya api. Di atasnya api, di bawahnya api, di kiri api, di kanan api, di depan api, di belakang api yang memakan dan menghanguskan daging-daging dan tulang-belulang. Kemudian diganti lagi dengan tubuh yang baru dan diseksa lagi. Begitulah berulang-ulang berlaku sepanjang masa. Walhal di waktu itu kita dibelenggu kaki dan tangan serta dicemeti berterusan oleh malaikat Zabaniah. Bau Neraka yang busuk itu tidak dapat digambarkan. Kalaulah ditakdirkan bau itu tercium oleh penduduk dunia, akan matilah semua lantaran busuknya.
Perkara-perkara di atas tadi perlu difikir-fikirkan, direnung-renungkan dan diulang-ulang memikirkannya. Diingat selalu dalam hati hingga tidak dapat dilupakan lagi. Kesannya nanti akan timbul rasa malu dan takut untuk kita bersikap ego dengan Tuhan dan dengan manusia. Dengan cara-cara atau kaedah ini moga-moga membantu kita mudah untuk bermujahadah menumpaskan sombong ini. Harapan kita moga-moga Allah sentiasa memimpin kita agar menjadi hamba-hamba-Nya yang merendah diri.

18 November 2014
APA ITU PENYAKIT GOUT...? (INFO KESIHATAN)
Assalamualaikum...
Penyakit Gout
merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oelh hyperuricemia.
Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi
420 mol/L (7.0mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan
pasti ada pengakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak
semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gout.
GOUT memang
sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali
berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah
selepas wanita mengalami menopaus.
Apabila gout
menyerang, kaki akan bengkek, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah
pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan
beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.
Gout mula
dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit
tertua. Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan
dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.
Ia adalah
sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai metabotik
akibat asid urid (iaitu bahand buangan yang terhasil daripada pemecahan
purin (protien) ; berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling
sendi, terutama pada dan menyebabkan rasa sakit.
Pemendapan asid
urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah
yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak
sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki
dan tangan.
Menurut
Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca
sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu
yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga
berisiko mendapat gout.
Aras asid urik
yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia,
diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension. Kalang
kala, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka.
Tisu lembut
Gout boleh
dibahagikan kepada empat peringkat ; asimptomik (tiada simtom), akut,
interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, simptom gout berlaku secara
cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa
sendi.
Manakala bagi
peringkat kronik, serangan gout boleh berulang-ulang yang dipanggil
polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit; kejang dan kaku
berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkel,
merah, panas dan demam.
Pengumpulan
asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan bonjolan kecil
yang dipanggil tophi. Pada keadaan yang serius, tophi yang terlalu besar
mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.
"Selain kaki,
gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali,
lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan boleh berlanjutan antara
lima hingga 10 hari mengikut kedaan pesakit. Sendi yang diserang gout
akan bengkak, merah dan panas.
"Secara semula
jadi asid urik akan larutkan dalam darah dan disingkirkan daripada badan
melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan terlalu banyak
sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau
tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit," katanya.
Bagaimanapun,
bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik kerana pemendapan
kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada
pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan - yang dipanggil gout
palsu atau pseudogout.
Tanda-tanda
ciri-ciri klasik adalah sakit melampau (excruciating pain) yang mengejut biasanya bermula hanya pada satu sendi, terutamanya ibu jari kaki (75% daripada serangan pertama adalah sendi meratarsal-phalangeal pertama)
FAKTOR RISIKO
- Jantina - Secara umumnya, lelaki berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan
- Gaya hidup - Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout
- Obesiti - Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal
- Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat - Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.
Individu yang
menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan
terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik dalam
badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal
pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.
- Genetik - Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.
- Umur - Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid
Bila sepatutnya
mendapatkan rawatan?. Kata Dr Penafort, apabila sendi berasa panas,
bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah ini akan bertambah
buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi.
Malah, individu
yang mengalami masalah kencing manis, obesiti, anemia, pesakit buah
pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu pengkumuhan asid urik
turut berisiko mendapat gout.
Manurut Dr
Penafort, asid urik biasanya disingkirkan daripada badan melalui air
kencing dan najis. Kegagalan badan mengeluarkan asid urik berlebihan
akan menyebabkan ia mendak dan berkumpul sama ada di sendi, buah
pinggang atau kulit.
Mewarisi
Gout juga biasa
dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang. Walaupun
begitu, dalam sesetengah kes ia boleh diwarisi, terutama individu yang
tiada enzim untuk membuang asid urik.
Gout juga boleh
disebabkan masalah obesiti, gemuk, tekanan, kerosakan buah pinggang.
Bagi individu yang mempunyai masalah gout, mereka disarankan untuk
berpantang sedikit dan menghindarkan makanan kaya purin seperti bijirin,
makanan laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman keras,
kicap, teh kopi. Sebaliknya, minum lebih banyak air masak
sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan kerap bersenam.
Buat masa
sekarang, tiada rawatan khas untuk menyembuhkan gout tetapi masalh ini
boleh diatasi dan dikawal dengan mengambil ubat tahan sakit seperti
endometacin (indocid) dan diclofenac (voltaren)
Individu yang
kerap mengalami serangan gout sebaik-baiknya mempunyai bekalan ubat
allopurinol di rumah untuk mengimbangkan paras asid urik dalam badan
yang perlu diambil sepanjang hayat.
Beberapa ubat yang dicadangkan bagi rawatan jangka panjang termasuk uricosuric (probenecid dan sulphinprazone).
Manakala untuk
serangan mendadak, pesakit boleh mengambil ubat anti-inflamatori bukan
steroid (NSAIDs), colchicine (untuk serangan yang kurang kerap) dan
corticosteroids.
DIAGNOSIS
Diagnosis tepat bagi gout adalah melalui microscopi (fluid aspirated) sendi dari sendi (ujian ini mungkin sukar dilaksanakan) untuk membuktikan kristal monosodium urate intrasellular dalam cecair synovial polymorphonuclear leukocytes.
Aras serum urate biasanya meningkat. Serum urea dan creatinine mungkin meningkat sekiranya terdapat kegagalan ginjal
RAWATAN
Rawatan awal adalah penghilang sakit. Apabila diognasa telah disahkan, dadah pilihan adalah (colchinine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs),atau intraarticular glucocorticoids). (Dalam bahasa Inggeris).
Rawatan jangka
panjang adalah terapi antihyperuricemik. Perubahan permakanan mampu
membuat perubahan kecil kepada mengurangkan aras plasma urate jika diet
rendah (purines) diambil. Rawatan utama gaut adalah dadah allpurinol, satu pemendam xanthine oxidase, yang bertindak dengan menurangkan penghasilan asid urik, dan meningkat penyingkiran asid urik berlebihan melalui air kencing.
Keputusan
mengambil allopurinol sering kali merupakan keputusan sepanjang hayat.
Terdapat penyakit yang berhenti pengambilan allopurinol diketahui
kembali mendapat gout arthritik akut, disebabkan pertukaran aras serum
urate kelihatannya meningkat penghasilan kristal.
Oleh kerana arterial hypertension sering wujud seiring dengan gout rawatan yang diberikan dengan menggunakan losartan,
musuh penerima AT, mungkin mempunyai kebaikan tambahan pada aras plasma
asid urik. Dengan ini, losartan boleh mengimbangi kesan sampingan
negatif thuzudes pada metabolisma pesakit gout. Menariknya, sejenis
dadah lain, fenofibrate, digunakan untuk merawat hyperlipidemia, juga memberikan kesan baik pada kesan uricosuric.
15 November 2014
Menghadapi musim banjir
Setiap
kali banjir besar berlaku banyak kerugian terpaksa ditanggung oleh
mangsa bencana alam itu. Selain kerugian harta benda, penduduk di
kawasan yang terlibat juga perlu berwaspada dalam aspek kesihatan kerana
mereka terdedah kepada gejala penyakit. Selain penyakit berjangkit
seperti kencing tikus, dan campak, mereka perlu bersedia berhadapan kes
ringan seperti batuk, selesema, demam, dan jangkitan penyakit kulit.
Mereka yang mengalami tanda-tanda penyakit berkenaan perlu mendapatkan
rawatan segera.
Bagi
ibu hamil yang hampir bersalin, lengkapkan segala persiapan termasuk
untuk bayi yang bakal lahir dan simpan di tempat mudah dicapai. Lebih
baik jika tinggal berdekatan hospital atau di luar kawasan banjir.
Dokumen
penting seperti kad pengenalan dan kad antenatal mesti disimpan rapi.
Bagi mengelak masalah ketika bersalin simpan nombor telefon klinik ,
hospital dan orang yang boleh dihubungi ketika kecemasan.
Banjir
juga mengganggu jadual rawatan bagi pesakit kronik. Justeru mereka
perlu mendapatkan bekalan ubat mencukupi dan pastikan kad rawatan serta
dokumen penting lain tidak hilang. Selain itu juga mereka yang
memerlukan rawatan penyakit berkala seperti hemodialisis perlu
memaklumkan kepada pegawai berkenaan untuk bantuan atau dipindahkan ke
pusat yang mempunyai peralatan bersesuaian. Ahli keluarga pesakit yang
terlantar pula dinasihat mendapatkan bekalan ubat lebih awal untuk
pesakit . Kenderaan yang sesuai perlu untuk memindahkan pesakit jika
keadaan banjir semakin teruk atau diarahkan oleh pihak berkuasa.
Jangkitan
penyakit terutamanya bawaan air adalah suatu kebiasaan semasa dan
selepas musim banjir . Air banjir mengandungi banyak jenis kuman (virus,
bakteria, fungus) dan parasit(seperti cacing) akibat bercampur dengan
air kotor dan air kumbahan. Dalam pada itu, serpihan berbahaya seperti
kayu, kaca dan bahan kimia di dalam air banjir boleh menyebabkan
kecederaan. Oleh itu mangsa banjir perlu mengelak kecederaan kerana
bantuan mungkin sukar diperoleh sementara kuman pula mudah memasuki luka
kecederaan walaupun kecil. Bagi mengelak jangkitan penyakit, mereka
yang berisiko atau terlibat dengan banjir perlu mengutamakan kebersihan.
Golongan yang berisiko ialah kanak-kanak, warga emas, ibu mengandung
dan pesakit yang lebih terancam jika dijangkiti kuman melalui makanan
(dan air) tercemar atau akibat luka kecederaan.
Walaupun
banjir telah surut, jangan terus memasuki rumah kerana anda belum pasti
keadaan dalam rumah anda. Sebaik-baiknya periksa dulu kerosakan
dinding, lantai, siling pintu, tingkap serta perhatikan tanda-tanda
rekahan atau mendapan yang mungkin melemahkan struktur rumah. Selain itu
periksa paip saluran gas, wayar elektrik, peralatan elektrik dan
bahan-bahan mudah terbakar di samping kerosakan pada tangki septik bagi
memastikan jika berlaku pencemaran bahan kumbahan atau bahan kimia serta
kebocoran gas, air dan elektrik sekitar kediaman.
Sumber maklumat : Mingguan Malaysia
13 November 2014
11 November 2014
09 November 2014
02 November 2014
26 Oktober 2014
25 Oktober 2014
KRONOLOGI PERISTIWA HIJRAH
Ta’if
Setelah semakin kuat penentangan oleh orang-orang kafir Makkah, Baginda kemudiannya pergi ke Ta’if dengan harapan untuk menyampaikan da`wah. Baginda telah ke Taif pada bulan Syawwal tahun ke-10 kenabian. Jarak Ta’if dari Makkah ialah sejauh 60 batu. Baginda pergi dan balik berjalan kaki dengan ditemani pembantunya, Zaid bin Harithah.
Setiap kali Baginda berjumpa dengan kabilah di jalan, maka Baginda akan mengajak mereka kepada Islam. Namun tidak satu pun kabilah yang menyahut ajakan Baginda. Apabila sampai di Ta’if, Baginda berjumpa dengan 3 orang bersaudara dari bani Thaqif. Ketiga-tiga mereka telah mengejek dan menghina Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.
Baginda tinggal di Ta’if selama 10 hari. Sepanjang tempoh itu, semua orang kenamaan telah Nabi jumpa. Tetapi semua mereka telah menghina Nabi. Malah mereka menyuruh khadam-khadam mereka membaling batu kepada Nabi ketika Nabi hendak keluar dari Ta’if. Tumit Nabi terkena batu sehingga kasut Baginda dipenuhi darah. Zaid bin Harithah yang cuba melindungi Nabi, telah terkena batu di kepalanya.
Nabi telah dihambat sejauh 3 batu dari Ta’if sehinggalah Nabi masuk ke kebun `Utbah dan Shaybah yang merupakan 2 beradik anak lelaki Rabi`ah. Di kebun itu, Nabi duduk di bawah pohon kurma untuk menenangkan diri. Lalu Baginda pun berdoa kepada ALLAH:
“Ya ALLAH, kepadaMU aku mengadu lemahnya aku ini, serta kurangnya daya upayaku serta hinanya aku di kalangan manusia. Wahai Yang Maha Pengasih di antara yang mengasihani, ENGKAU adalah TUHAN orang-orang yang lemah, ENGKAU adalah TUHANku, kepada siapa ENGKAU serahkan aku ini? Adakah kepada orang jauh yang mencari kesempatan menyerangku? Atau adakah kepada musuh yang ENGKAU serahkan urusanku kepadanya? Jika ENGKAU tidak memurkaiku, maka aku tidak akan mempedulikannya, akan tetapi kesejahteraan daripada-MU adalah lebih luas untukku. Aku berlindung dengan cahaya wajah-MU yang menerangi segala kegelapan serta menyebabkan urusan dunia dan akhirat ini menjadi baik, agar janganlah kemurkaan-MU menimpa kepadaku atau ENGKAU menjadi murka kepadaku. Bagi-MU keredhaan sehingga ENGKAU benar-benar meredhainya, tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan pertolongan-MU jua.”
Walaupun Baginda sangat sedih dengan apa yang berlaku di Ta’if, namun telah berlaku beberapa peristiwa menarik sepanjang perjalanan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ke Makkah. Peristiwa dipeluk oleh seorang khadam yang beragama Nasrani di kebun tempat Nabi singgah, didatangi Jibril beserta malaikat penjaga bukit ketika di Qarnul Manazil dan dirombongi oleh sekumpulan jin untuk mendengar ayat-ayat al-Qur’an ketika Baginda sampai di Lembah Nakhlah, telah menaikkan semangat Baginda sallAllahu `alaihi wasallam untuk meneruskan da`wah dan merancang strategi baru.

Menawarkan Islam Kepada Kabilah Dan Individu
Pada bulan Zulkaedah tahun ke-10 kenabian, Nabi telah kembali ke Makkah untuk memperbaharui seruan Islam kepada kabilah-kabilah dan individu-individu. Seperti biasa, Makkah akan dikunjungi oleh kabilah-kabilah dari luar sempena musim haji pada bulan Zulhijjah. Sebenarnya Nabi telah berdakwah kepada banyak kabilah yang datang ke Makkah pada musim haji sejak tahun ke-4 kenabian lagi. Tetapi tidak satu kabilah pun menerima dakwah Baginda. Namun terdapat beberapa individu menerima dakwah Baginda dan masuk Islam.
Pada musim haji tahun ke-11 kenabian, Nabi telah bertemu dengan 6 orang pemuda dari Yathrib. Mereka tertarik dengan seruan Nabi kerana mereka pernah mendengar cerita tentang Nabi akhir zaman yang akan keluar dari mulut-mulut orang Yahudi di Yathrib. Mereka pulang ke Yathrib dalam keadaan masih belum masuk Islam, tetapi mereka telah membawa perkhabaran tentang Nabi akhir zaman kepada seluruh masyarakat Yathrib. Jadi, seluruh penduduk Yathrib mula maklum berkenaan Rasulullah.

Perkahwinan Rasulullah SAW Dengan `A’isyah
Pada bulan Syawwal tahun ke-11 kenabian, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah berkahwin dengan `A’isyah radhiAllahu `anha.
Isra’ Mi`raj
Pada saat dakwah Nabi kelihatan seperti samar masa depan, ALLAH telah menghadiahkan Nabi dengan suatu peristiwa agung iaitu Isra’ Mi`raj. Ada beberapa pandangan tentang bila berlakunya Isra’ Mi`raj. Sheikh Safiyyu ar-Rahman al-Mubarakfuri iaitu penulis ar-Rahiq al-Makhtum memilih samada ia berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-12 kenabian, atau bulan Muharram tahun ke-13 kenabian, atau bulan Rabi`ul Awwal tahun ke-13 kenabian.
Di dalam peristiwa yang agung ini, Nabi telah diperjalankan secara dari Makkah ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis, lalu diangkat ke Sidratul Muntaha untuk mengadap ALLAH. Setelah menerima pensyariatan solat fardhu sebanyak 5 kali sehari semalam, Nabi pun pulang semula ke Makkah. Peristiwa ini berlaku pada satu malam dan ia benar-benar menguji keimanan orang-orang Islam pada ketika itu. Ada yang setelah mendengar peristiwa ini tetap beriman malah semakin teguh iman mereka, ada yang ragu-ragu dan ada yang terus murtad. Abu Bakr digelar as-Siddiq kerana beliau adalah orang pertama yang membenarkan kata-kata Nabi tanpa ragu.

Bai`ah Pertama
Pada musim haji tahun ke-12 kenabian, Nabi telah membuat pertemuan dengan 12 orang lelaki dari Yathrib, lanjutan dari pertemuan pertama di `Aqabah, Mina pada tahun ke-11 kenabian. Kesemua 12 orang lelaki itu telah bersetuju masuk Islam dan berbai`ah dengan Nabi. Nabi telah menghantar seorang pemuda bernama Mus`ab bin `Umair untuk mengikut rombongan 12 orang tersebut pulang ke Yathrib. Tujuannya ialah supaya Mus`ab bin `Umair dapat mengajar orang-orang yang masuk Islam di Yathrib tentang syari`at-syari`at Islam.
Sebelum tiba musim haji tahun ke-13 kenabian, Mus`ab pulang ke Makkah bertemu Nabi dengan membawa berita yang menggembirakan. Banyak penduduk Yathrib dari pelbagai perkampungan menerima ajaran Islam.
Bai`ah Kedua
Pada musim ke-13 kenabian, seramai 70 orang lelaki dan 2 orang wanita beragama Islam dari Yathrib datang ke Makkah untuk mengerjakan haji. Mereka datang bersama jemaah haji lain yang masih syirik. Kali ini telah berlaku bai`ah kedua dengan kandungan perjanjian yang lebih tegas dan serius iaitu dalam hal taat setia atas segala suruhan Nabi dan sanggup melindungi Nabi walau dalam keadaan apa sekali pun. Seramai 12 orang naqib telah dilantik bagi memikul tanggungjawab memimpin kaum mereka ketika Yathrib. Daripada 12 orang itu, 9 orang dilantik dari kabilah Khazraj dan 3 dari kabilah Aus.
Permulaan Hijrah
Setelah Bai`ah `Aqabah kedua, Islam mula mendapat tapak yang kukuh untuk disebarkan di tanah Arab, iaitu di Yathrib. Walaupun belum pasti dengan masa depan berhijrah ke Yathrib, namun atas keimanan yang sangat tinggi, penduduk Makkah yang beragama Islam sedikit demi sedikit telah berhijrah ke Yathrib. Risikonya terlalu tinggi. Nyawa, keluarga dan harta terpaksa dikorbankan demi penghijrahan ini.
Banyak sekatan telah berlaku terhadap ummat Islam ketika hendak melakukan hijrah. Sekatan dilakukan kerana Musyrikin Makkah khuatir dengan dengan perkembangan Islam yang mula diterima oleh penduduk Yathrib. Antara yang masyhur diceritakan ialah bagaimana kisah Abu Salamah, Ummu Salamah dan anaknya yang dipisahkan oleh kabilah dan keluarga mereka. Iaitu Abu Salamah dilepaskan ke Yathrib, manakala Ummu Salamah ditahan oleh keluarganya, dan anaknya ditahan oleh keluarga Abu Salamah. Selepas setahun barulah Ummu Salamah dibebaskan oleh keluarganya. Ummu Salamah lalu pergi mengambil anaknya yang ditahan oleh keluarga suaminya dan terus ke Yathrib yang jauhnya 500 km dengan berjalan kaki tanpa ada orang pun yang menemani mereka.
Kisah Suhaib yang ditahan oleh kafir Quraisy lalu dilepaskan Suhaib kerana Suhaib sanggup memberikan kesemua hartanya untuk melepaskannya. Dan kisah `Iyash yang ditipu mengatakan bahawa ibunya mengugut untuk berjemur di tengah panas, apabila beliau pergi untuk menemui ibunya, lalu `Iyash ditangkap serta diikat lalu diarak di kota Makkah menunjukkan cara menghukum orang yang hendak ke Yathrib. Begitulah besarnya pengorbanan para sahabat Nabi untuk menjaga aqidah mereka.
Usul Membunuh Nabi oleh Darul Nadwah (Parlimen Quraisy)
Pada hari Khamis, 26 Safar tahun ke-14 kenabian, Darul Nadwah iaitu Parlimen Quraisy telah bersidang untuk berbincang bagaimana untuk terus menghentikan dakwah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam, bukan sahaja di Makkah malah untuk menghentikan terus dari terus merebak ke lain-lain tempat. Ini kerana mereka mulai sangat risau dengan perkembangan terbaru iaitu penghijrahan orang-orang Islam ke Yathrib dan kesediaan orang-orang Yathrib membantu Nabi. Kerisauan ini timbul kerana Yathrib merupakan lokasi strategik laluan perdagangan orang-orang Makkah. Mereka risau perdagangan mereka tergugat dan amalan sembahan berhala mereka turut terencat.
Beberapa cadangan telah dikemukakan namun ditolak oleh seorang tua yang turut serta dalam mesyuarat itu. Lelaki tua itu ialah Iblis yang menyamar sebagai seorang tua dari Najd. Akhirnya cadangan Abu Jahal diterima oleh lelaki tua itu. Iaitu agar dikumpulkan lelaki yang gagah dan terhormat dari setiap kabilah untuk membunuh Nabi. Cadangan ini bukan sahaja pada pandangan mereka akan menghentikan terus dakwah Nabi, tetapi juga dapat mengelakkan dari hanya satu kabilah sahaja diperangi oleh bani `Abdul Manaf. Bani `Abdul Manaf tentu tidak berupaya untuk membalas dendam terhadap semua kabilah yang bersekutu untuk membunuh Nabi. Jika mereka meminta diat (bayaran tebusan), maka itu tentu lebih mudah dan pembesar-pembesar Quraisy sanggup membayarnya.
Parlimen Makkah setuju sebulat suara lalu masing-masing dengan keazaman yang tinggi bersiap sedia mahu melaksanakan usul tersebut.
Pada 26 Safar tahun ke-14 kenabian, setelah mendapat wahyu dari ALLAH Ta`ala, Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam bergegas untuk berjumpa Abu Bakar bagi menerangkan rancangan hijrah Baginda. Abu Bakar telah dapat meneka apa tujuan Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam berjumpa dengannya pada waktu tengahari yang panas itu.
Setelah diberitahu mengenai rancangan Baginda, Nabi pun pulang ke rumahnya semula untuk menunggu tibanya waktu malam.
Dalam masa yang sama, penjenayah-penjenayah besar Quraisy mula melakukan persiapan untuk melaksanakan apa yang telah mereka bincangkan di Darul Nadwah pagi tersebut, iaitu perancangan untuk membunuh Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam. 11 orang penjenayah telah terpilih untuk melaksanakan misi jahat tersebut.
Bertolak dari Makkah
Apabila malam menjelma, iaitu malam 27 Safar tahun ke-14 kenabian, 11
orang penjenayah tersebut telah berkumpul di depan rumah Nabi.
Pembunuhan telah dirancang untuk diadakan pada setengah malam iaitu
ketika Nabi sedang tidur. Jadi, sepanjang malam itu mereka menunggu dan
mengintai-intai samada Nabi sudah tidur atau belum.
Namun, kekuasaan ALLAH dan peliharaan ALLAH terhadap kekasihNYA mengatasi kesempurnaan perancangan jahat penjenayah-penjenayah Quraisy tersebut sebagaimana disebut di dalam Surah al-Anfal, ayat ke-30.
Sebelum Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bertolak meninggalkan rumah, Banginda telah menyuruh Ali bin Abi Talib untuk tidur di tempat tidurnya dengan menggunakan selimut yang biasa Nabi gunakan iaitu selimut al-Hadrami berwarna hijau. Nabi kemudian keluar, mengambil pasir dan menaburkannya ke atas penjenayah-penjenayah itu sambil membaca ayat ke-9 dari surah Yasin.
Dengan izin ALLAH `Azza wa Jalla, penglihatan penjenayah-penjenayah tersebut ditutup dan mereka tidak dapat melihat Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam. Mereka terus menunggu waktu yang sesuai untuk melakukan pembunuhan, sedangkan Nabi telah pun keluar meninggalkan rumahnya.
Dari rumahnya, Nabi terus ke rumah Abu Bakar sebagaimana yang telah dirancang tengahari tadi. Mereka berdua bertolak dari rumah Abu Bakar dari pintu belakang dan terus meninggalkan Makkah sebelum waktu fajar.
Seorang lelaki yang melihat dari jauh kemudiannya menegur penjenayah-penjenayah itu kenapa tidak dilakukan seperti yang dirancang, kerana dia melihat Nabi Muhammad sudah pun keluar meninggalkan rumahnya. Penjenayah-penjenayah itu mengatakan bahawa mereka tidak nampak langsung Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam seperti didakwa lelaki tersebut.
Setelah mendengar penjelasan lelaki tersebut, penjenayah-penjenayah itu pun mengintai ke dalam rumah Nabi dan melihat ada orang yang sedang tidur berselimut. Mereka pun yakin bahawa lelaki yang mendakwa bahawa Nabi sudah keluar itu, tersilap. Mereka lalu terus menunggu-nunggu sehingga menjelang pagi. Kecewalah mereka rupa-rupanya yang di dalam selimut itu ialah Ali bin Abi Talib, bukannya Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.
Di Gua Thur Selama 3 Hari

Walaupun Yathrib (nama asal bagi Madinah) terletak di Utara Makkah, namun Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam tidak memilih jalan biasa iaitu utara Makkah untuk ke sana. Ini kerana Baginda menyedari bahawa risiko yang sangat tinggi buat mereka berdua di laluan tersebut yang pastinya sedang menunggu Nabi.
Lokasi Bukit Thur
Sebaliknya, Baginda menuju selatan Makkah sebagai jalan keluar Nabi dari Makkah. Setelah 5 batu berjalan, Nabi sampai di Bukit Thur. Ketika melalui di atas bukit ini, kaki Nabi yang mulia melecet kerana bukitnya berbatu bata dan sangat sukar untuk didaki. Abu Bakar terpaksa memapah Baginda dengan bersusah payah hingga menemui sebuah gua di puncak bukit tersebut.
Mereka berdua tidak terus masuk ke dalam gua kerana khuatir ada bahaya di dalamnya. Abu Bakar menawarkan diri untuk masuk terlebih dahulu untuk memeriksa dengan katanya:
“Demi ALLAH, jangan engkau masuk ke dalamnya melainkan aku masuk terlebih dahulu. Kalau ada apa-apa bahaya, maka biar aku yang kena, asalkan jangan kamu.”
Abu Bakar menguis-nguis kakinya dan didapatinya ada 1 lubang. Beliau pun mengoyakkan kainnya lalu menutup lubang tersebut. Kemudian didapati pula ada 2 lubang lagi di dalamnya, lalu ditutup 2 lubang tersebut dengan menekapkan 2 kakinya ke lubang tersebut.
Setelah keadaan dirasakan agak selamat, barulah Abu Bakar memanggil Nabi Muhammad masuk ke dalam gua. Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam pun masuk dan meletakkan kepalanya di atas pangkuan Abu Bakar lalu tertidur. Tiba-tiba kaki Abu Bakar disengat binatang berbisa dari salah satu lubang itu, namun ditahannya kesakitan itu sehingga menitis air matanya di atas wajah mulia Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam. Nabi tersedar dan bertanyakan apa yang telah terjadi. Setelah Abu bakar menceritakan bahawa beliau telah disengat, Baginda pun meludah ke tempat sengatan itu, lantas hilanglah rasa sakit akibat sengatan binatang berbisa itu.
Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam dan Abu Bakar berada di dalam gua tersebut selama 3 hari iaitu malam Jumaat, malam Sabtu dan malam Ahad. Selama 3 hari tersebut, ada 2 insan yang terlibat sama, iaitu `Abdullah bin Abu Bakar (anak lelaki Abu Bakar) dan `Amir bin Fuhayrah (hamba Abu Bakar).
`Abdullah bin Abu Bakar bermalam berdekatan Bukit Thur. Apabila waktu sahur, beliau akan ke Makkah seolah-olah dia tidur di Makkah. Siangnya, beliau akan mengintip-ngintip perbualan orang-orang musyrikin Makkah terutama yang berkaitan dengan usaha pembunuhan Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam. Semua berita akan disampaikan kepada Baginda pada malamnya apabila `Abdullah bin Abu Bakar berjumpa Nabi. `Amir bin Fuhayrah pula mengembala kambing-kambing milik Abu Bakar di kawasan tersebut. Apabila waktu malam, beliau akan menghalau ternakan-ternakannya ke kawasan tempat Nabi dan Abu Bakar bermalam dan membekalkan susu kepada mereka. Apabila malam sudah larut, kambing-kambing itu akan dibawa ke Makkah mengikut jalan yang dilalui `Abdullah bin Abu Bakar supaya jejak kakinya terpadam. Begitulah yang terjadi sepanjang 3 hari itu.
Dalam pada itu, orang-orang kafir Makkah berasa sangat marah kerana tidak menjumpai Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam. Ali bin Abi Talib telah dipukul dan diseret ke ke Ka`bah dan Asma’ bin Abu Bakar pula telah ditempeleng dengan sangat kuat dalam usaha mereka untuk mendapatkan maklumat di manakah Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam.
Bengang dengan kegagalan mereka untuk mengesan Nabi, mereka lalu menyekat semua jalan keluar Makkah dengan meletakkan lelaki-lelaki bersenjata dan tawaran 100 ekor unta kepada sesiapa yang dapat menawan Nabi samada hidup atau mati turut diwar-warkan. Dengan tawaran itu, maka ramailah orang yang berusaha mencari Nabi yang terdiri dari orang biasa, para penjejak jalan dan pahlawan-pahlawan Makkah.
Bertolak Dari Gua Thur ke Yathrib (Madinah)
Selepas 3 hari di gua Thur, `Abdullah bin Urayqit al-Laythi seorang penunjuk jalan yang mahir yang bukan beragama Islam, tetapi boleh dipercayai, telah menemui Nabi di Gua Thur dengan membawa bersamanya kenderaan untuk mereka berdua, sebagaimana dijanji sebelum itu. Mereka bertolak pada bulan Rabi`ul Awwal tahun 14 kenabian. Selain Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam dan Abu Bakar, `Amir bin Fuhayrah dan `Abdullah bin Urayqit turut sama dalam perjalanan tersebut. Sebelum bertolak, Asma’ bin Abu Bakar telah menemui mereka untuk memberikan bekalan bagi menempuh perjalanan yang jauh dan mencabar itu.
Mereka berempat menggunakan jalan selatan ke arah Yaman, kemudian menuju ke arah barat iaitu pesisiran pantai. Sampai di kawasan yang agak terpencil, mereka berdua menuju ke arah utara berhampiran Laut Merah menuju ke Yathrib dengan menggunakan jalan yang jarang digunakan orang.
ALLAH Subhanahu wa Ta`ala telah memelihara sepanjang perjalanan kekasihNYA dan rombongannya itu. Bukan itu sahaja, malah terdapat beberapa peristiwa menarik berlaku di mana beberapa individu dan kaum telah memeluk Islam apabila bertemu dengan Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dalam perjalanan.
Singgah di Quba’ selama 4 Hari
Pada hari Isnin, 8 Rabi`ul Awwal tahun ke 14 kenabian, Nabi Muhammad
sallAllahu `alaihi wa sallam dan rombongannya itu sampai di Quba’.
Di Quba’, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam singgah di rumah Kalthum bin al-Hadam. Baginda menetap selama 4 hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis di Quba’. Di situ Baginda mengasaskan masjid dan bersolat di dalamnya. Itulah masjid pertama yang diasaskan atas dasar taqwa selepas Baginda menjadi Nabi, iaitu Masjid Quba’.
Sampai di Yathrib (Madinah)

Pada hari Jumaat, 12 Rabi`ul Awwal tahun ke-14 kenabian, Baginda bertolak ke Madinah dengan rombongannya. Apabila masuk waktu solat Jumaat, Baginda singgah untuk bersolat Jumaat di sebuah kawasan lembah di perkampungan Bani Salim bin Auf. Seramai 100 orang lelaki menyertai mereka dalam solat tersebut.
Selepas selesai solat Jumaat, Nabi terus bergerak ke negeri Yathrib dan disambut dengan sangat meriah oleh penduduk di situ. Walapun orang Ansar di Yathrib bukanlah orang yang mewah, tetapi masing-masing menawarkan diri supaya Nabi singgah dan menetap di rumah mereka lantaran besar hati ingin melayan insan yang mereka kasihi dan muliakan, iaitu Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.
Sebenarnya sebelum hari yang dinanti-nanti itu, mereka beramai-ramai telah menunggu Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam setiap hari dan pulang semula apabila mendapati Baginda tidak sampai. Walaupun penduduk Yathrib tidak mengenali wajah dan susuk Baginda, namun perasaan cinta dan rindu mereka sangat tinggi terhadap Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam.
Rumah Abu Ayyub al-Ansari telah terpilih menjadi tempat menetap Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam di Yathrib apabila unta Baginda berhenti di kampung Bani al-Najjar iaitu kampung keluarga pihak bapa-bapa saudara sebelah ibu Baginda, di mana rumah Abu Ayyub merupakan rumah yang paling hampir tempat unta tersebut berhenti. Tapak unta itu berhenti dijadikan tapak Masjid Nabawi.
Beberapa hari selepas itu, Sawdah iaitu isteri Baginda sampai bersama 2 puteri Baginda iaitu Fatimah dan Ummu Kalthum. Bersama mereka juga Usamah bin Zaid dan Ummu Aiman. Mereka ini keluar dengan ditemani oleh `Abdullah bin Abu Bakar dan `A’ishah. Puteri Baginda yang bernama Zainab masih tinggal di Makkah bersama Abu al-`As kerana tidak mendapat peluang keluar dari Makkah sehinggalah setelah peperangan Badar. Allahu A`lam.
Begitulah serba ringkas kisah hijrah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam dari Makkah ke Yathrib. Selepas peristiwa besar itu, Yathrib digelar sebagai Madinah ar-Rasul sallAllahu `alaihi wa sallam atau lebih dikenali dengan nama Madinah sahaja sehingga kini. Peristiwa hijrah ini telah memulakan era baru dakwah Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam dengan peluang yang lebih besar dan cabaran yang lebih hebat.
Allahumma solli `ala Muhammad, wa `ala aali Muhammad.
Sekadar menyampaikan,
21 Oktober 2014
10 Oktober 2014
05 Oktober 2014
22 September 2014
09 September 2014
07 September 2014
Hari ini aku....,
Kalau cerita pasal aku emmmm..., pening kepala la..,
pahit maung yang aku lalui selama ni banyak mengajar aku tentang kehidupan baru..,
jatuh bangun aku..,semua nya ada ..,
bila kita disingkirkan dalam sesuatu kepentingan ...,kita akan mengerti...,
selama ini kiri dan kanan kita adalah pelakon sahaja..,
baru lah kita kenal...,siapa yang boleh kita buat kawan...,
ye....,! kawan....!ia akan ramai bila kita senang dan ada kedudukan ..,
dan bila kita tersungkur dalam cita cita ....,
semua nya menghilangkan diri..,
itu lah kawan...,
aku bangun balik sekarang ...,
dengan diberi satu harapan baru...,yang dibuka semula oleh generasi yang baru..,
dan aku berdiri dengan namaku yang dulunya cukup gah....!
walaupun aku kini bangun dengan menyusun kembali apa yang telah berselarak..,
akan tetapi...,kesan nya tetap ada...,
kawan-kawan ku yang dulu nya hilang kini nampak kembali..,
tapi bukan bersamaku..,
tetapi ....,menjadi saingan ku dalam hala tuju yang sama..,
dan kini mereka adalah pesaing pesaing dalam cita cita ku..,
memang mereka takkan percaya yang aku boleh bangun kembali.,
aku akan buktikan pada semua ...,]
dan aku tak akan mengeluh walaupun aku terpaksa bermula semula dari bawah..,
kerana aku pernah merangkak sebelum berdiri..,
aku hanya mampu berdoa pada ALLAH SWT..,
semoga dalam perjuangan ku akan ada insan-insan yang jujur dan setia bersama dalam menyusun kembali empayar baru..,
insha allah..,
amin..,

Langgan:
Catatan (Atom)