Oleh Datuk Dr. Muhammad Radzi Hassan
RAMAI tidak mengendahkan kepentingan untuk mengekalkan
sistem penghadaman yang sihat hinggalah kesihatan mereka terjejas.
Seorang yang normal akan mengambil lebih kurang satu kilogram
makanan sehari. Ini bermakna kita akan makan lebih kurang 365 kilogram
makanan setiap tahun!
Walaupun kita memasukkan banyak makanan ke dalam usus kita, namun
kita masih belum benar-benar menghargai kepentingan kesihatan sistem
penghadaman.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit sistem penghadaman
menjadi punca keenam utama kematian di hospital kerajaan sepanjang
2008.
Kita perlu ingat bahawa keadaan sistem penghadaman seseorang akan
mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan diri secara keseluruhan.
Ia bukan sahaja memainkan peranan penting dalam penghadaman dan
penyerapan nutrien, malah turut merupakan sebahagian daripada sistem
imun dan saraf. Sudah tiba masanya untuk kita mengutamakan sistem
penghadaman kita!
Bagaimana usus berfungsi
Sistem penghadaman adalah penting untuk memastikan makanan yang
dimakan akan dihancurkan, dihadam dan diserap untuk memberi kita tenaga.
Makanan yang kita makan akan melalui saluran makanan (mulut,
esofagus, perut, usus kecil dan besar) dengan bantuan organ "tambahan"
sistem penghadaman (hati, pankreas dan pundi hempedu).
l Mulut - Penghadaman akan bermula sebelum makanan memasuki
mulut. Bau makanan akan merangsang air liur. Inilah sebabnya mengapa
air liur akan keluar apabila anda lalu di hadapan sebuah kedai biskut.
Penghasilan air liur akan bertambah apabila anda mula menggigit
makanan. Air liur yang mengandungi enzim seperti amilase akan
menyumbang kepada proses kimia penghadaman, iaitu proses yang
memecahkan nutrien kompleks kepada bentuk yang lebih ringkas, serta
membantu menjadikan makanan lebih lembut dan mudah ditelan.
l Esofagus - Dari mulut, makanan akan melalui esofagus, suatu
tiub sepanjang 10 inci. Makanan akan ditolak ke dalam perut menerusi
pergerakan peristalsis (pergerakan seakan ombak) oleh dinding esofagus
yang berotot. Makanan biasanya akan mengambil masa lebih kurang 10 saat
untuk sampai ke perut setelah ditelan.
l Perut - Anda boleh menganggap perut sebagai pusat pemproses
makanan badan. Ia akan menggaul, mengisar dan melumatkan semua makanan
di dalam perut. Apabila makanan digaul, perut akan menghasilkan jus
gastrik, yang mengandungi asid hidroklorik, bagi membantu penghadaman.
Pada kebiasaannya, makanan akan tinggal di dalam perut selama 4 jam.
Persekitaran berasid perut (pH 1 hingga 2) akan membolehkan makanan
menjadi cecair pekat yang boleh dihadam dan diserap dengan mudah.
l Usus kecil - Dari perut, makanan akan melalui usus kecil.
Jangan terpedaya dengan perkataan 'kecil' ini kerana usus kecil anda
sebenarnya melebihi 6 meter panjang. Ia merupakan tempat utama bagi
penyerapan nutrien. Pada permukaan usus kecil terdapat struktur seakan
jari yang dikenali sebagai 'vili' dan pada permukaan vili ini pula
terdapat struktur yang seakan jarum. Struktur vili yang unik ini akan
menambah luas permukaan usus kecil dan membolehkan penyerapan nutrien
yang lebih baik. Apabila dibentangkan, luas permukaan usus kecil anda
adalah sebesar satu gelanggang tenis. Penyerapan bermula apabila
molekul makanan menembusi vili untuk memasuki rangkaian kapilari darah.
Aliran darah akan membawa molekul- molekul halus ini ke
bahagian-bahagian tubuh yang lain untuk menjalani penukaran kimia yang
seterusnya menjadi nutrien dan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk
meneruskan kehidupan.
l Usus besar - Tujuan utama usus besar adalah untuk menyerap
sebanyak air yang boleh daripada makanan yang dimakan. Bahagian yang
tidak diserap akan membentuk fesis yang terdiri daripada 75 peratus
lembapan dan 25 peratus pepejal. Fesis akan disimpan di dalam bahagian
terakhir usus besar yang dikenali sebagai rektum, dan akhirnya akan
keluar daripada tubuh dalam bentuk tinja.
l Hati - Hati menghasilkan hempedu, sejenis bahan penghadaman
yang memecah lemak dan meneutralkan asid makanan. Hempedu akan dihantar
ke pundi hempedu untuk disimpan.
l Pundi hempedu - Fungsi utama organ ini adalah untuk
menyimpan hempedu yang akan dirembes ke dalam usus kecil apabila
terdapat kehadiran makanan.
l Pankreas - Pankreas merembes enzim yang akan memecahkan lemak, karbohidrat dan protein secara kimia.
Walau bagaimanapun, sistem penghadaman tidak mampu melaksanakan
semua tugas-tugas ini dengan sendiri. Sebagai contoh, tidak semua
makanan yang kita makan boleh dihadam. Untuk tujuan ini, tubuh
memerlukan bantuan tambahan - ia memerlukan bakteria. Ya, memang betul,
bakteria.
Koloni
Percaya atau tidak, terdapat bertrilion bakteria yang sedang tinggal
dalam sistem penghadaman anda. Bakteria yang turut dikenali sebagai
mikroflora usus ini akan menyokong kesihatan usus dengan membantu
sistem penghadaman.
Sesetengah kesan bermanfaat mikroflora usus adalah untuk membantu
proses penghadaman dengan menghasilkan enzim penghadaman dan merangsang
penghasilan sel-sel imun pada lapisan dinding usus.
Otak dan jantung sering dilabel sebagai organ 'penting' di dalam
tubuh. Namun demikian, kita tidak boleh terus hidup tanpa sistem
penghadaman kita.
Tambahan lagi, tanpa sistem penghadaman, kita akan ketinggalan satu daripada keseronokan utama dalam kehidupan - makanan!
Bayangkan hidup tanpa rasa stik yang digril atau brownie yang suam dan lembap.
Oleh itu, anda digalak untuk lebih menghargai kesihatan penghadaman,
bukan sahaja dari segi pencegahan penyakit tetapi untuk
mempertingkatkan keseronokan dalam kehidupan, seperti memakan semua
makanan lazat yang dimasak oleh ibu atau ayah, isteri atau suami,
mahupun teman wanita atau teman lelaki!
lDatuk Dr. Muhammad Radzi Hassan
merupakan mantan Presiden Persatuan Gastroenterologi & Hepatologi
Malaysia. Artikel ini merupakan sumbangan Persatuan Gastroenterologi
& Hepatologi Malaysia serta disokong oleh geran pendidikan daripada
Program Perut Sihat VITAGEN. Untuk mendapatkan buku kecil kesihatan
penghadaman yang percuma atau maklumat lanjut, sila hubungi talian
03-56211408.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan