EYES OG EAGLE

EYES OG EAGLE

16 April 2013

10 Kesilapan Ketika Membeli Telefon Pintar







Membeli telefon nampak mudah tetapi kalau salah beli, buruk padahnya, apa kata kita cuba dapatkan sedikit tips membeli telefon pintar yang kurang diendahkan pengguna.

1. Keperluan atau kehendak
Beringatlah! Bajet adalah berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan. Pendapatan serta perbelanjaan pula berbeza mengikut kemampuan individu, oleh itu bajet anda sepatutnya berasaskan kepada keperluan dan kehendak.
Ada yang bertanya, bagaimana caranya untuk membezakan antara keperluan dan kehendak? Tentunya, banyak keperluan dan kehendak timbul dalam diri anda. Keperluan adalah sesuatu yang perlu ada dan tidak boleh hidup tanpanya. Betul, telefon adalah keperluan tetapi anda perlu beringat-ingat.
Sebagai contoh, telefon bimbit bukanlah keperluan bagi seorang individu kalau diikutkan 20 tahun lepas. Sebaliknya, di dunia moden hari ini, telefon bimbit sudah menjadi keperluan dan bukan lagi suatu kehendak. Namun, apabila anda memilih telefon bimbit yang mahal dengan ciri terkini yang anda sendiri jarang gunakan, anda sebenarnya sudah mengubah daripada keperluan kepada kehendak.

2. Terlampau taksub pada resolusi kamera telefon
Apabila anda ke kaunter, soalan yang ditanya, berapa megapiksel kamera telefon ini? 5.0 megapiksel? 8.0 megapiksel? Atau 12.0 megapiksel? Adakah ia soalan itu penting? Jawapannya, ya, penting tetapi ia bukan segala-galanya kalau membeli telefon.
Anda akan membawa telefon ke hulur ke hilir dan fungsi kamera biasanya digunakan secara mengejut, contohnya merakam kemalangan depan mata atau selebriti yang secara tiba-tiba melintas di depan anda. Pada masa ini, resolusi bukan segala-galanya tetapi kepantasan dan kekuatan ‘shutter’ yang paling utama. Bagaimana untuk memilih shutter? Jawapan itu sukar dijawab, hanya satu tips saja iaitu cuba dulu telefon di kedai dengan merakam gambar orang lalu lalang di depan. Lihat saja model mana yang kurang ‘blur’nya.
Enjin pemproses itu memainkan peranan lebih penting dan bukannya resolusi. Ketika ini, saya lebih menggemari model iPhone 4 ke atas yang mempunyai kekuatan kamera yang benar-benar baik tetapi tidaklah terlalu hebat.

3. Terikut-ikut orang atau trend
Bak kata-kata dalam salah satu filem P Ramlee (tidak ingat pula saya tajuknya), ‘Orang mahu radio, dia mahu radio…orang mahu motokar baru, dia mahu motokar baru…’ kita terlalu ikut rentak orang di sekeliling sehingga lupa, selera kita tak sama dengan selera orang lain. Orang lain mungkin sesuai dengan Samsung dan kita pun turut beli produk Samsung walaupun sebenarnya kita lebih sesuai memakai Blackberry atau iPhone saja.
Terikut-ikut kawan berbeza dengan meminta nasihat dari mereka. Anda boleh bertanya tentang telefon pintar dari rakan anda tetapi tidak semestinya ia sesuai dengan keperluan anda. Misalnya, kawan anda beli jenama tersebut disebabkan mereka sudah biasa memakai produk syarikat tersebut. Anda pula terus membeli tanpa mengkaji terlebih dahulu. Akibatnya, wang beribu ringgit hangus dan anda bosan dengan telefon anda tidak sampai tiga bulan memakainya.
Kadang-kadang, lebih baik kita membeli model lama yang dikeluarkan enam bulan atau setahun lamanya yang lebih murah tetapi elok dipakai. Apatah lagi, harganya sudah jatuh sekitar RM300-RM500.

4. Pilih pasca bayar yang mahal
Apabila membeli telefon pintar, anda pastinya perlukan sambungan data untuk berhubung dengan internet. Pastilah rugi telefon pintar tanpa data kan? Namun, silapnya kita ialah mendapatkan pelan pasca bayar yang mahal. Di pasaran, kebiasaannya ditawarkan pakej 1MB, 2MB, 5MB dan sebagainya. Ada yang beranggapan kita perlu mendapatkan pelan paling mahal kerana KERAP guna walaupun hakikatnya penggunaannya hanyalah separuh. Jadi semak dulu keperluan. Kalau setakat bersosial di Whatsapp, Facebook dan Twitter, pelan 1MB sudah cukup.
Tetapi tidak salah menggunakan prabayar yang kini ada semurah RM18 sebulan berbanding penggunaan RM88 dan sebagainya. Ia sudah cukup untuk membolehkan anda merewang di internet. Manfaatkan keperluan tersebut.

5. Beli skrin sentuh walaupun tak biasa
Kadang-kadang, kita tidak rasa ‘cool’ berdampingan dengan rakan-rakan yang semuanya menggunakan telefon pintar jenis skrin sentuh berharga mahal. Kita pun ingin turut mencubanya sehingga lupa yang kita lebih biasa menggunakan papan kekunci fizikal.
Terdapat dua pengguna telefon pintar di negara ini, satu yang gemarkan skrin sentuh dan satu lagi yang lebih biasa dengan butang kekunci. Jadi, anda tergolong dalam kategori yang mana? Kalau mahukan skrin sentuh, banyak jenama di pasaran, kalau mahukan butang kekunci, Blackberry pilihan terbaik sekarang.
Kalau sudah nekad menggunakan skrin sentuh, pastikan anda membiasakan diri mempelajarinya.
6. Kurang membaca untuk sedikit penyelidikan
Sesuatu yang jarang pengguna lakukan sebelum membeli telefon pintar adalah membaca. Membaca untuk mendapatkan gajet terbaik mereka. Lihat beberapa majalah atau laman web untuk pastikan anda benar-benar memilih yang terbaik.
Lakukan perbandingan dengan menyediakan kertas khas serta pastikan semuanya disemak termasuk harga, sistem operasi, prosesor dan tahap nipis.

7. Membeli secara bayaran ansuran
Kesilapan yang sering kita lakukan adalah ‘biar papa asal bergaya’. Sehinggakan beli telefon pun mahu berhutang. Lebih baik anda dapat membayar sejumlah tunai untuk mendapatkan telefon pintar dan jangan terikut dengan kempen 0% tanpa faedah. Nampak mudah tetapi pada akhirnya kalau anda terlepas membuat bayaran, padah jadinya.
Lagipun, tempoh pinjaman biasanya setahun hingga dua tahun, bayangkan hanya selepas tiga bulan, sudah ada model baru di pasaran dengan teknologi baru pula itu. Takkan anda mahu berhutang lagikan?Jadi bayarlah secara tunai.
Kalau anda tidak mampu, belilah model yang sederhana. Terdapat banyak telefon pintar yang mempunyai harga kurang RM1,000. Lebih baik anda kumpul dahulu dan elakkan membeli produk bernilai lebih RM1,500 kalau tidak mampu.

8. Tak pentingkan aksesori
Selepas membeli telefon pintar, lebihkan belanja untuk menjaganya termasuk pelindung skrin dan sebagainya. Ramai yang berbelanja besar membeli telefon pintar tetapi melupakan soal aksesori yang sepatutnya menambah jangka hayat telefon.
Saya ambil pelindung skrin sebagai contoh, ia penting untuk memelihara skrin. Kalau jatuh (kebarangkalian yang tinggi) ia akan menyebabkan skrinnya pecah. Itu belum lagi bercakap soal calar dan sebagainya. Lain-lain aksesori yang perlu diberi perhatian ialah kit bebas tangan (biasanya disertakan tetapi kadang kala tidak juga) dan pengecas mudah alih. Biasalah, bateri telefon pintar ini sangat cepat menurun ketika penggunaan aktif jadi pengecas mudah alih sangat membantu.
Bajet diperlukan untuk tambahan aksesori, mungkin dalam lingkungan RM200.

9. Pilih storan yang tidak mencukupi
Akibat kekurangan bajet, kita membeli telefon dengan kapasiti setoran minimum yang menyebabkan kekurangan ruang untuk menambah aplikasi-aplikasi menarik. Pada waktu sekarang, ada 16GB simpanan secara minimum untuk kebanyakan telefon pintar.
Ada juga yang bagi tambahan slot kad microSD tetapi lebih baik juga kalau gunakan khidmat storan cloud kalau boleh. Kalau anda pengguna yang tegar, beli kapasiti lebih iaitu sekitar 32GB.

10. Beli saiz besar
Ada yang sukakan saiz melebihi 4.0 inci, ada juga yang melebihi 5.5 inci, tetapi beli disebabkan suka saja mengakibatkan anda menyesal,. Mengapa? telefon sukar digenggam, tidak ergonomik, tidak muat dalam poket.
Jadi pilih dengan berhati-hati, kalau saiz tangan anda kecil, beli telefon pintar berskrin 3.7 inci hingga 4.3 inci. Ia membolehkan anda mengoperasikan telefon hanya menggunakan satu tangan yang lebih baik.
Saiz besar juga mengakibatkan poket terlalu penuh dan sukar ketika bergerak (untuk lelaki). Seperti yang disarankan dari awal, cuba dulu telefon tersebut sebelum membelinya.

Dipetik dari news.yahoo.com

MENANAM URI ANAK(Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.)




MENANAM URI ANAK

Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.
Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.
Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Cara menguruskan uri

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.

7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.

8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM)
• Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
• Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing
• Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.

15 April 2013

Wanita / Isteri / Suami (untuk isteri) sila baca... jangan sampai anda merana...





 


Gambar yang mengelikan tetapi sebagai wanita kita harus amik tahu!!

Kanser Endometrium(Rahim)- Ini adalah rahim wanita yang telah dibelah oleh doktor, Ianya sangat busuk mungkin disebabkan oleh bahagian yang berwarna kuning itu.

Mengikut teori saintifik, tisu endometrium yang mengalir ke dalam abdomen bersama darah haid akan melekat di organ keliling rahim dan tumbuh di situ. Seterusnya, setiap kali pendarahan haid berlaku, tisu ini akan tumbuh dan berdarah. Tisu ini selalunya terdapat di


1.Ovari
2.Belakang rahim
3.Dinding rahim atau otot rahim
4.Saluran fallopian
5.Parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak
6.Parut bekas pembedahan laparoscopy atau laparotomy
7.Pundi kencing


Tanda-tanda endometriosis:

- Senggugut atau sakit pada bawah perut dan pinggang.
-Berlaku sebelum datang haid dan berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian pelvic dan juga ke bahagian pinggang
-Ketidaksuburan dan kemandulan
-Sakit ketika melakukan hubungan kelamin
-Ketumbuhan


Diagnosa endometriosis. Endometriosis hanya dapat dikesan melalui pemeriksaan:
• V.E ( vagina examinatination ). Pemeriksaan vagina di lakukan di mana perasaan sakit timbul apabila disentuh
• T.V.S ( vaginal ultrasound scan). Ultrasound yang dilakukan melalui faraj boleh mengesan cyst pada ovari
• Laparoskopi Hanya pemeriksaan ini yang dilakukan melalui pembedahan kecil di abdomen yang dapat memastikan diagnosa endometriosis


KAITAN PENYAKIT ENDOMETRIOSIS DENGAN KANSER:

Wanita yang mengidapi penyakit endometriosis lebih cenderung mengalami beberapa jenis kanser. Satu kajian terkini yang dijalankan di Sweden sejak 20 tahun kebelakangan ini, dan melibatkan seramai 20000 orang wanita pesakit endometriosis, mendapati peningkatan beberapa jenis kanser di kalangan wanita tersebut

1. Kajian ini yang dilaksanakan selama 11 tahun menjumpai peningkatan risiko kanser-kanser saperti kanser ovari (90%), kanser darah (40%) dan kanser payudara (30%), pada wanita yang mengalami penyakit endometriosis berbanding dengan mereka yang tidak. Selain dari itu, satu penemuan penting ialah wanita yang mengalami penyakit endometriosis khususnya di ovari mempunyai risiko tinggi mengalami kanser ovari. Jenis kanser ovari yang paling biasa ialah kanser endometrioid dan kanser clear cell carcinoma

2.Penemuan-penemuan ini susah dipertikai kerana faktor-faktor lain (confounding factors) diambilkira sebelum keputusan dibuat, dan jumlah pesakit yang dikaji yang besar. Malahan, satu lagi kajian yang lebih besar di Sweden mendapat keputusan yang sama dengan kajian ini

3. Kajian spesimen lepas bedah kanser ovari juga mendapati kebanyakan kes mempunyai endometriosis atau sista endometriosis

4.Penyakit endometriosis melibatkan antara 7% hingga 15% wanita dalam golongan subur.Wanita yang mengalami perasaan sakit senggugut, pendarahan haid tidak teratur dan ketumbuhan di pelvis mungkin mengidapi penyakit endometriosis. Mengikut Persatuan Kanser Amerika, risiko seseorang wanita mengidapi penyakit kanser ovari ialah 1.4% sepanjang hayatnya

5. Oleh itu, para pesakit dan doktor perlu peka terhadap kemungkinan berlakunya penyakit kanser dikalangan wanita saperti ini. Pemeriksaan ultrasound dan pengeluaran sista adalah tindakan-tindakan penting yang disyorkan.

MENAKUTKAN DAN MENGERIKAN... OLEH ITU SEGERALAH MENJAGA KEBERSIHAN DAN KESIHATAN RAHIM KITA. PM INBOX..

20 Mac 2013

ADA 5 SOALAN KUBUR



1. siapa Tuhan kamu, kena betulkan aqidah jangan ragu.
(*jika tolak hukum Allah, tergelincirlah aqidah kita)

2. siapa Nabi kamu, wajib dan pertahankan sunnah jangan permainkan.
(*jika kita tidak ikut cakap Nabi jangan haraplah kita boleh jawab soalan ini)

3. apa kiblat kamu, mesti solat dengan betul dari wudhu sampai salam.
(*jika tidak cukup solat 5 waktu, kita tidak boleh jawab juga ya)

4) apa imam kamu, mesti pandai baca quran dan ikut petunjuk jangan persenda.
(*jangan baca sahaja tapi kenal faham dan amalkan juga isi kandungan Al-Quran itu ya, tidak boleh banyak buatlah sikit2 dahulu ya)

5) siapa saudara kamu, jangan bergaduh dan bermusuhan.
(*bila orang tegur, nasihat dsb, terima lah teguran itu dengan ikhlas, ini tidak mahu terima, nanti bila Malaikat tanya ada tidak saudara kami ini dulu tegur kamu... agak2 boleh jawab ke?)

betul hidup betullah mati

-Ustaz Mohd Zawawi Jusoh