dunia adalah pentas manusia..,lakonannya pelbagai cerita..,ada yang suka dan berduka cita..,ada yang suci ada yang berdosa..,maka ingatlah...!kita semua adalah hamba kepada yang ESA...,
EYES OG EAGLE
17 Januari 2013
14 Januari 2013
RENUNG-RENUNGKAN
Suami baring di riba isteri..Bagi suami, belaian
isteri buat dirinya lega dan lapang dari kepenatan seharian.
Si isteri belai rambut suaminya sambil selawat tunduk
mengucup ubun2. Tersenyum mereka saling memandang..Si suami kenyit mata!
(>.<)
Rasulullah s.a.w bersabda: apabila seorang suami
memandang kepada isterinya dan isterinya memandang kepadanya, maka Allah akan
memandang mereka dengan kasih sayang. Lalu bila suami memegang-megang tapak
tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka akan berguguran melalui jari jemari
mereka.
(Hadith Shahih)...
01 Januari 2013
SELAMAT TAHUN BARU 2013
MAKA bermulalah episod baru dan peranan baru manusia…..,
Selangkah kita dari sedetik masa yang amat berharga..,dengan setiap amalan yang kita lakukan…,semoga dapat rahmat dari ALLAH SWT ..,sebentar tadi telah berlabuh tirai 2012 dan membuka layar 2013..,kita tidak tahu apa yang ada didepan sana…,apa rintangan yang bakal di tempuh…adakah hayat kita masih setia pada waktu itu.,menjaminkan langkah yang diatur bagi setiap rancangan yang bakal kita lakukan..,ada yang masih lupa…,bahawa ..,setiap hari kita bangun dari lena..,ALLAH SWT telah memberi rahmat kepada kita bagi kita meneruskan amalan dengan mengumpul dan mencari sebanyak mungkin kebaikan dan pengisian dalam diri..,Rahmat ALLAH tak pernah putus kepada kita..Cuma kita tidak sedar yang kita masih di permentasan dunia..,kita melakonkan watak kehidupan…,kita perlu mencari lebih keberkatan ILAHI..,dan memohon kita dilimpahi Rahmat ALLAH..,kita terlupa ….,watak kita…,peranan kita…,sebenarnya kita adalah MANUSIA yang lemah…,
06 Disember 2012
Amalan bertempur & ayat perang )
BISMILLAHIROHMANIIROHIIM..
HASBIYAL-LAAHU MIN KULLI SYAI-IN,
ALLAHU YAGH LIBU KULLA SYAI-IN,
LAA YAQIIFU LI AMRILLAAHI SYAI-UN,
LAA HAULA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL 'ALIYYIL 'ADHIIM.
Dengan nama ALLAH yang maha pengasih dan penyayang,
Cukup aku berpegang kepada ALLAH s.w.t dari segala sesuatu,
ALLAH s.w.t mengalahkan segala sesuatu,
tidak terhenti sesuatu kerana perintah ALLAH s.w.t,
tidak ada daya dan kekuatan hanya daya dan kekuatan ALLAH s.w.t yang maha
tinggi dan maha besar.
Cara :
1. Ambil 3 biji batu, i.Bacakan dan lempar ke kanan, ii. Bacakan dan lempar ke
kiri, iii. Bacakan dan lempar ke hadapan.
2. Bacakan sebelum bertempur.
InsyaAllah dengan Izin Allah ... akan ada bantuan dari Allah S.W.T bagi yang
yakin dengan pertolonganNya
( Amalkan Zikir ini untuk di jadikan amalan hidup )
1. Al-Fatihah 1x
2. La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz
zolimin 10x
3. Wallahu ghalibun 'ala amrih 33x
4. Wa 'adallahul munafiqin wal munafiqat wal kufara
narajahannam 33x
5. Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Ilahana wa ilaha kullisyai in ilahaa wahidan la ilaha
illa anta 33x
6. La tudrikuhul absor wa huwa yud rikuhul absor wa huwal latiful qabir 9x
Tambahan:
1. Innal lazi faradha 'alaikal qurana laradduka ila ma'adi.(semasa mahu hendak
turun berjalan/berperang)
2. La tudrikuhul absor wa huwa yud rikuhul absor wa huwal latiful qabir (ketika
bahaya)
3. Ya zal jala li wal ikram (masa bekerja/zikirullah ketika perang)
4. Rabbi najjini minal qaumiz zolimin (ketika berhenti/rehat)
Selanjutnya Saudaraku kenalah di beri secara bersemuka.
Cukuplah sekadar ini dulu pada saudaraku yang mahu mengamalkan zikir berhikmah
ini.InsyaAllah rasailah pertolongan Allah S.W.T yang amat luar biasa!
25 November 2012
PENIPUAN YANG BIJAK
KEBIJAKSANAAN YAHUDI
MENIPU UMAT ISLAM.
OLEH ITU SEMUA UMAT ISLAM MESTILAH KEMBALI MERUJUK AMALAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W. SUPAYA KITA TIDAK TERUS DITIPU OLEH Y
OLEH ITU SEMUA UMAT ISLAM MESTILAH KEMBALI MERUJUK AMALAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W. SUPAYA KITA TIDAK TERUS DITIPU OLEH Y
YAHUDI .
Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.
Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"
Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.
1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.
3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.
5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.
6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATI kawan!

13 November 2012
SALAM MAAL HIJRAH 2012
MUHARAM adalah bulan
pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke
Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi
kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar
Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan .

Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas
maghrib pada malam satu Muharram.Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
SAMBUTAN AWAL MUHARRAM | PENGHIJRAHAN
NABI MUHAMMAD SAW | Awal Muharram atau Maal
Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi
umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam
sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad
s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622
Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta
merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.
Di Malaysia hari tersebut merupakan
hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di
seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di
Malaysia.
Muharram (محرّم) adalah
bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya,
Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’,
iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah.
Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al
Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh
melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan
berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah
(shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada
Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya
Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas)
di kalangan makhluk – makhlukNya.
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah
sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim
Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam
takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan
Muharram. Ia dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.
SUMBER DARI ABGTEROR.COM:
1 Muharram
- Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
10 Muharram
- 10 Muharram – Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
- Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
- Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
- Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
- Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
- Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
- Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
- Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan ‘Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan alam.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Nabi Isa diangkat ke langit
Hijrah
ke Habsyah
Dua belas lelaki dan perempuan dua belas sahabat,
kaum muslim yang awalnya bertemu di Mekkah, mencari perlindungan dari
penganiayaan Quraisy dalam Kerajaan Habsyah pada bulan Rejab 7 SH (614 – 615M).
Tindakan ini dikenal sebagai Hijrah Pertama ke Habsyah; Habsyah dalam perkara
ini kerana kata Arab, al-Habasha, dari mana “Abyssinia”
berasal. Mereka kembali semula ke Jazirah Arab setelah tiga bulan berhijrah
kerana maklumat yang diperolehi bahawa penganiayaan ke atas umat Islam telah
berhenti.Jaafar bin Abi Talib r.a. Beliau merupakan sepupu Nabi s.a.w dan juga
saudara susuannya.Susuk tubuh beliau dan akhlak peribadinya persis Rasulullah
s.a.w sebagaimana yang diakui oleh Baginda sendiri. Beliau juga seorang yang
amat pemurah sebagai akuan daripada Abu Hurairah r.a.Memimpin golongan Islam
yang pertama yang berhijrah ke Habsyah (Sudan)
akibat penindasan yang melampau yang dilakukan oleh algojo Mekah. Beliau
menjadi juru cakap Islam di sana.
Apa yang menarik ialah beliau telah berjaya berdakwah kepada Raja Najashi yang
menyaksikan dia memeluk Islam.
-
Hijrah ke Madinah
Biasanya merujuk kepada sebuah perjalanan yang
diambil oleh umat Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. pada
tahun 622 Masihi dari Makkah ke Madinah. Tujuan
penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman orang Arab
Quraisy juga telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah
merupakan satu strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam
dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan
sempurna diwujudkan. Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 har
SUMBER DARI ABGTEROR.COM: http://www.abgteror.com/sambutan-awal-muharram-penghijrahan-nabi-muhammad-saw/#ixzz2C5h9QSVN
02 November 2012
KUBUR BERKATA-KATA
KUBUR BERKATA-KATA
Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-
1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a
Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia bersedekah
3. Hendaklah dia membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-
1. Jangan berdusta
2. Jangan mengkhianat
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)
4. Jangan kencing sambil berdiri
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah s.w.t.. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.
Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah s.w.t. dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah sahaja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Quran, maka al-Quran itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.
Langgan:
Catatan (Atom)