HARI
RAYA AIDILADHA
Asal-Usul Aidiladha
Pada suatu hari Nabi Ibrahim
bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya
yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu
isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti
Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur
saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila
mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya
ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk
disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan
harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara
Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang
ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan,
“Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya
sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang
terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh
Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada
tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik
untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup
tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang
tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun
melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun
mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher
anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang
manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah
apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas.
Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil
bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan
amanat dari Allah S.W.T.
Peristiwa ini ada diterangkan dalan
surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111
Pengenalan
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: ??? ?????? 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang
istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah
pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya
Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan
Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh
dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan
khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud
dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau
taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari
kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10
Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan
isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa
di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam
disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga
mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan
mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada
sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan
Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh
dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan
khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban
akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih
secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang
ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika
umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban
sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa
perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan
anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat
Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua
orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan
daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang
disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
Hari Raya Aidiladha Dalam Hadis
Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.
Sumber: Wikipedia & http://terbaru2010.com