EYES OG EAGLE

EYES OG EAGLE

05 Februari 2012

Kisah Ka’abah Yang Tidak Ramai Yang Ketahui[Wajib Baca]



1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
Lagi fakta yang kalian perlu tahu….

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

(dipetik dari catitan facebook rakan-rakan)

03 Februari 2012

Rumah Terakhir kita

Inilah rumah yang bakal kita semua diami suatu hari nanti. Lambat cepat bergantung kepada ketentuan Ilahi. Selain dari sibuk menyediakan harta kekayaan untuk diri dan keluarga, jangan sesekali kita lupa untuk mengumpul kekayaan untuk di bawa bekalan menuju ke rumah yang bakal kita diami ini sehingga berkumpulnya di padang Mahsyar...

Mari Kita Renung-Renung kan....,

AYAT KURSI

AYAT KURSI



1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ke pagi ...
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian.


••► Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yang mengamalkan, kita akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat.



02 Februari 2012

SOFEA ke Darjah satu

Slot ni saja baru aku nak masuk kan..,tak sempat nak masuk pada bulan 1 lepas..,ni aku lampirkan beberapa gambar Sofea kealam Sekolah Sebenar..,Darjah satu le..,,


Pada 3 hb januari 2012.., maka Sofea melangkah ke Alam Sekolah Kebangsaan.., Darjah Satu.., kelas 1 Khadijah.., Guru Kelas dia kawan Ibu nya...Iaitu Cikgu Pn Norlida..,so...kali ni Sofea kena lah berdikari sikit..,dia nampak cukup ceria dan bersedia di hari pertama persekolahan..,mujur lee...tak nangis macam bebudak lain..,macam-macam ragam kalau kita tengok bila sesi pertama persekolahan Darjah Satu ni...,

Haaa.., ni masa kat kantin sekolah dia...,masa rehat la...,korang bleh nampak kan...,bertapa gumbire nyeeee dia..,lagi pun ramai kekawan dia kat sekolah tu sesama dia kat tadika dulu..,

Buat masa ni Murid-Murid Tahun satu akan menjalani Program Transisi(minggu Transisi) selama 3 minggu.,selepas tu baru lah Akan ada sesi sebenar pembelajaran..,
Tak kira la SOFEA ...,macamana pun Sofea kena cari ilmu..,ilmu tu ada kat sekolah..,insyaallah..,semoga Anak aku berjaya dalam hidupnya..,dan mendapat keberkatan dari Allah dan rahmatnya..,supaya Sofea lebih berjaya dalam HIdup suatu hari nanti..., Babah Dan Ibu SETIASA berdoa untuk Sofea.., semoga cemerlang dalam apa jua yang di ceburi.., AMIN..,

Mengapa Rasululloh SAW melarang kita minum sambil berdiri???

Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!

Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK..


1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dpat membersihkan organ-organ internal.

2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal

3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah

4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung