EYES OG EAGLE

EYES OG EAGLE

10 Ogos 2010

salam ramadhan 2010



  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seoranghamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudiandibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakitmatanya pada bulan ini.

  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadaryang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dandarjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadardengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnyayang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihatsehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah:
      (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikanengkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telahmenjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegahAllah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlahkamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :

(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanandan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan
Tuhan engkau Allah.)

  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernahdiberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya

  • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
  • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
  • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
  • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanyayang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
  • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbukadan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

05 Januari 2010

RENUGAN BERSAMA

Sebab Musabab Allah Mengirimkan Bala

Dunia kini acapkali digemparkan dengan malapetaka yang meragut ramai nyawa yang tidak berdosa. Pelbagai persoalan terlintas di benak pemikiran manusia tentang kenapakah Tuhan mengirimkan malapetaka ini sehinggakan ada dikalangan manusia yang sanggup menyalahkan takdir Allah tanpa menyedari Aqidah yang menjadi benteng diri selama ini rosak begitu sahaja. Sesungguhnya sejak 14 abad yang lalu Nabi Muhammad SAW telah menyebut secara jelas faktor berlakunya “bala” yang dikirimkan oleh Allah SWT ke atas umat baginda iaitu:

1.Ilmu Islam akan beransur hilang sedikit demi sedikit

2.Umat Islam sanggup mengikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani dalam tindakan, teladan, pertuturan dan cara hidup mereka


3.Muncul golongan anti hadis yang tidak dapat dibendung


4.Umat Islam yang terlalu ramai bergolomang dalam keseronokan


5.Terlampau mewah


6.Ibu melahirkan tuannya


7.Bangunan Pencakar langit


8.Muncul ramai ahli ibadat tapi jahil dan ramai golongan ulama


9.Menghimpun harta sebanyak mungkin hingga lupa untuk menggarap ilmu agama


10.Tipu menipu dalam perkara dunia


11.Saling bertengkar dalam perkara remeh temeh yang sepatutnya boleh di maafkan


12.Tersebar luas hasad dengki serta hasut menghasut dalam kalangan manusia


13.Riba wujud dimana-mana


14.Ramai orang minum arak dan menganggapnya bukan arak


15.Golongan lelaki makin sedikit manakala golongan wanita semakin banyak


16.Lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya


17.Orang baik terlalu sedikit manakala orang jahat semakin ramai


18.Muncul orang yang tidak peduli tentang sumber harta yang diperolehinya


19.Berlaku peperangan demi peperangan


20.Masa yang menjadi singkat


21.Islam dianggap sebagai agama asing atau berdagang dinegara umat Islam sendiri


22.Berleluasa amalan rasuah dalam pelbagai bentuk dan helah


23.Muncul galian-galian bumi


24.Al-Quran akan hilang dan ilmu akan diangkat menghadap Allah SWT


25.Bermegah-megah dengan keindahan masjid dan kosong dengan pengisian agama


26.Menggadai Agama demi dunia


27.Pelaksanaan Haji dan Umrah bukan kerana Allah


28.Harta Negara bertukar tangan ke tangan pemimpin


29.Suatu amanah dianggap sebagai batu ujian yang dahsyat terhadap Iman


30.Peperangan di kawasan sungai Furat kerana merebut kekayaan


31.Ketiadaan Imam untuk bersolat Jemaah


32.Loncatan untuk mengaut keuntungan


33.Bayaran zakat di anggap sebagai denda/saman


34.Suami yang terlalu tunduk pada isteri


35.Anak-anak yang menderhaka terhadap ibu bapa mereka


36.Muncul ramai orang yang patuh dan setia yang tidak berbelah bahagi terhadap kawan dan rakan


37.Golongan bapa yang hampa kerana disia-siakan oleh anak mereka


38.Berlaku pertengkaran dalam masjid


39.Apabila orang yang rendah maruahnya dipilih sebagai ketua bagi sesuatu kaum


40.Apabila orang memuliakan orang lain kerana takutkan kejahatannya


41.Apabila minuman keras tersebar luas


42.Ramai golongan lelaki memakai sutera


43.Artis-artis wanita diagungkan


44.Alat-alat muzik diguna pakai sebagai mata pencarian


45.Kesilapan manusia kini mengutuk generasi dulu


Maka apabila berlakunya perkara-perkara di atas maka Nabi Muhammad SAW bersabda “ Tunggulah, ketika itu akan datang kepada manusia angin panas, ribut taufan, putting-beliung dan bahaya-bahaya lain hingga berlaku penukaran corak dan rupa.”

Bersama kita renungkan bersama……..

Dipetik dari buku “KENAPA ALLAH MURKA” karangan Mohammad Qayyum A.Badaruddin