EYES OG EAGLE

EYES OG EAGLE

04 Oktober 2009

BAYI TABUNG UJI

Apakah pandangan Islam tentang bayi tabung uji?

Bayi Tabung Uji
Apakah pandangan Islam tentang bayi tabung uji?
Cara-cara yang boleh tergambar dalam penyemaian benih dalam tabung uji pada masa ini ada tujuh cara:

1. Disemaikan antara benih si suami dengan telur yang diambil dari seorang perempuan yang bukan isteri kepada lelaki itu kemudian dimasukkan semaian itu ke dalam rahim si isteri.

2. Disemaikan antara benih seorang lelaki (bukan suami) dengan telur si isteri kemudian dimasukkan semaian itu ke dalam rahim si isteri.

3. Disemaikan benih si suami dengan telur si isteri kemudian dimasukkan semaian itu ke dalam rahim seorang perempuan lain yang bersetuju untuk mengandung (hamil) dengannya.

4. Disemaikan antara benih seorang lelaki (asing) dengan telur perempuan asing juga kemudian dimasukkan semaian itu ke dalam rahim si isteri.

5. Disemaikan benih dengan telur dari sepasang suami isteri kemudian dimasukkan ke dalam rahim isteri keduanya.

6. Diambil benih dari si suami dan telur si isteri dan disemai di tabung uji kemudian dimasukkan ke dalam rahim isteri.

7. Diambil benih si suami kemudian disuntikkan di tempat yang sesuai dalam rahim isterinya sebagai semaian dari dalam.


Cara-cara yang pertama sehingga yang kelima adalah HARAM kesemuanya dan terlarang di sisi agama Islam kerana kesannya boleh merosakkan perhubungan halal serta mencampuradukkan keutuhan keturunan. Cara yang ke-6 dan yang ke-7 adalah dibolehkan. Seseorang Islam yang ingin mendapat anak boleh berusaha untuk mendapatkannya tetapi hendaklah ia pastikan dan berjaga-jaga supaya tidak melakukan sesuatu yang lain daripadanya.


Pengguguran Anak

Apakah pandangan Islam tentang pengguguran anak?

Para ulama bersependapat bahawa pengguguran anak selepas 4 bulan hukumnya adalah haram, bahkan ia merupakan satu perbuatan jenayah. Perbuatan ini merupakan suatu pembunuhan ke atas makhluk hidup yang telah cukup sifat dan nyata hidupnya. Oleh itu umat Islam sama sekali ditegah dari melakukannya. Kecuali pengguguran itu terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan nyawa di ibu tersebut.

Pengguguran sebelum 4 bulan pula, para ulama tidak bersependapat. Ini disebabkan terdapat perselisihan sama ada kandungan itu telah hidup atau sebaliknya. Sebahagian besar ulama cenderung kepada menyatakan bahawa kandungan itu sudah hidup bersandarkan kepada ilmu perubatan. Berasaskan hal ini mereka menghukumkan pengguguran benih itu sebagai haram.

Memandangkan kepada kenyataan ilmu perubatan bahawa janin itu sudah hidup sejak pencantuman benih lelaki dan perempuan, maka jawatankuasa Fatwa telah memutuskan bahawa hukum pengguguran anak dalam kandungan adalah haram, tidak kira umur benih dalam kandungan.

03 Oktober 2009

Jln-Jln di kenyir

WARONG MAKAN SERI KELAH DI KENYIR,TERENGGANU
Sebenarnya kami ni gi cabut Repeater Amatur kat kenyir tu..,saya ni cuma join je kekawan tu..,tak de keje kat umah ikut la sekali kawan-kawan gi tasik kenyir.., tolong ahli kelab kami buat aktiviti sikit..,emmm..,sampai petang gak..,pas tu balik singgah la kat salah satu warung yang unik ni.., WARUNG SERI KELAH, kat kawasan Kenyir lagi ni..,
Haa.., nampak tak basikal tu...!kata tuan punya kedai ni,basikal tu berusia 90 tahun.,klasik dan unik gak towkey kedai ni.., macam-macam cara orang nak buat tarikan kat kedai dia orang..,tapi memang antik la basikal ni..,emm salah satu tarikan yang menarik bila kita gi ke kenyir ni...,

Ni la sign board dia.., SERI KELAH THE WARUNG.., kan saya dah kata memang unik kedai ni.. rugi sesape datang Ke Kenyir ni kalau tak singgah kat kedai warung ni...,menarik woooo.,
waaa...,kan saya dah kata...,lagi satu tarikan unik yang menarik..,meja replika bot.., memang unik gile la kat warung ni...,datang ...,jangan tak datang..,

Tengok...,! surau dia pun dah melambangkan keunikan tersendiri..,cantik surau dia..,memang selesa jika anda gi kat sini ..,
Antara menu air buah-buahan dan memacam lagi menu menarik kat sini..,buah apa anda nak... semua ada..,sempat melihat sekeliling tempat ni .., memang cantik dan menarik..,

ni pulak lagi antara menu pilihan anda..,sebenatnya banyak tau.. tak tertangkap lensa saya nak menangkapnya.., terlalu menarik bila kita berada didalamnya..,

Haaaa..., Ni pulak adalah menu spesel yang ada kat sini..,MEE REBUS KUALI.., bukan mee tu rebus kuali.., nama gelaran masakan tu..,sebut betul-betul..,


gambaran sisi mee rebus kuali ni.., memang unik masakan kat seni.., banyak benda yang pelik dan menarik bro...,korang kena datang jugak kat sini..,

HAAAA..,! TENGOK....! member saya ni sampai tak tengok orang dah..,sampai menjilat kuali la pulak..,sedap sangat tu..,jarang-jarang orang nak menjadi sehisteria begini..,jangan terlangkup kat kepala kuali tu dah la..,

ni korang kena perati betui - betui.., anda nampak tak apa yang saya nampak.....??
singki basuh tangan tema kuali la bro...,kan saya dah cakap tadi.., semua nya menarik dan unik sekali kat warung ni..,ok la.., saya nak berenti menaip ni penat dah ni.., apa-apa pun satu je saya nak bagi tau...WARUNG SERI KELAH NI MEMANG BEST.., jika anda datang ke tasik kenyir nanti ..jangan lupa singgah kat WARUNG SERI KELAH NI..,

SELAMAT HARI RAYA 2009

1 .RAYE 2009

Selamat Hari Raya Aifilfitri
Kepada semua warga bloggers..,dan tak lupa juga teristimewa sekali keluarga yang tercinta di Perlis dan Terengganu.., kepada Tok Wan dan Nenek kat Kampung Mata Ayaq, Perlis.dan juga kepada mak su piza yang ada kat perlis tu..,kami semua sekeluarga memohon ampun dan maaf kepada ibu dan ayah di kampung mahu pun keluarga di Perlis dan Terengganu.Raya tahun ni simple je..., tak la banyak yang kami sedia kan..,cuma banyak pergi ke rumah kekawan dan saudara yang lain..,dan tahun pun tak balik raye kat Perlis tu...,insyaallah mungkin lepas raye kalau tak de halang merintang kami akan balik...
ni pulak gambar masa kat umah Kak Nor di Gong Pak Maseh, ramai masa tu..., datang berpuak-puak la pulak..,tapi memang meriah..,sebab semua ada...,
ni pulak antara angkatan sepupu sepapat yang sempat bergambar sekali...,yang baju pink tu mak dia la...., sofea yang duduk tengah tu...,Dari kanan...,Kak Ja...,Mak Sofea....,Kak Ini...,Kak Lin...,Kak La...,
Antara juadah yang Tersedia di rumah Kak Nor pada hari raya pertama..,simple tapi menyelerakan.., cuba try la dulu baru komen...,
haaaa...,kalau rasa dahaga minuman ringan ader disedia kan..,jangan malu-malu..,buat cam umah orang...,!
ini adalah salah satu menu tambahan..., rojak raye spesel...,marvelessss..!