EYES OG EAGLE

EYES OG EAGLE

12 Julai 2009

8 . "Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"

BACA DAN PAHAM KAN BETUL-BETUL CORETAN INI YE....!

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot" 
Maksud singkatan " A'kum" 
  

Assalamu'alaikum 
  
Untuk renungan bersama : 
  
Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan 
"A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan 
Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan 
perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah 
kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform 
A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk 
orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 
'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani. 
  
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang 
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. 
  

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan 
dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. 
Semoga ada manfaatnya. 
  
JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU, 
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA 
DIAMALKAN. 

  
kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni...


09 Julai 2009

7 . KISAH BENAR

KISAH BENAR

pada suatu hari yang dingin lagi menyegarkan...disertakan angin sepoi-sepoi bahasa..,dan juga kicauan burung unta yang berlegar-legar di depan rumah seorang pemuda yang amat kaya...pemuda ini sangat kaya kerana beliau mempunyai tanah-tanah dan ladang-ladang yang diwarisinya ..,beliau juga ada memiliki beberapa buah rumah sewa yang terletak tidak jauh dari tempat kediaman beliau..dengan nak dijadikan cerita.. suatu hari kawasan yang beliau tinggal itu dilanda banjir yang besar...sehinggakan ramai penyewa yang menyewa rumah beliau telah berpindah ketempat lain..,oleh kerana itu terpaksa lah beliau mencari penyewa yang baru bagi mengisi kekosongan rumah yang beliau sewakan kepada orang..sekian lama beliau menanti tiada seorang pun yang hendak menyewa rumah sewa beliau..kerana kawasan rumah sewa beliau terlalu rendah sehingga menyebabkan banjir melanda..,akan tetapi pada suatu hari........,setelah lama beliau menanti dengan kesabaran lalu datanglah seseorang(sesuatu) yang hendak berjumpa beliau .., lalu memberi salam...Assalamualaikum tuan rumah......! kite datang nak sewa rumah..., lalu pemuda terbabit dengan gembira menerpa kepintu dengan tergesa-gesa kerana terlalu gembira ada orang yang sudi hendak menyewa rumah sewaan beliau...!akan tetapi..,arkhh..!!!!! lintang pukang lah pemuda terbabit dengan langkah seribu lalu meninggalkan kampung halaman nya dan tidak balik-balik sehinggalah sekarang...,ish,ish,ish...,kesian.... kalau tuan-tuan nak tahu sape penyewa yang menyebabkan pemuda terbabit lari...... hah .! tengok lah gambar di bawah...,


6 . seloka petang

08 Julai 2009

5 . LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA 

a. Banyakkan membaca al-Quran 
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu 
c. Tinggalkan perkara yang maksiat 
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA 
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh 
b. Kasihi orang yang soleh 
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH 
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD 
a. Kasihilah Nabi ALLAH 
b. Kasihilah Rasulluah 
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH 
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH 
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH 
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH 
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH 
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

4 . 10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat

Bagaimana memudahkannya?

LALUAN MENUJU KE KUBUR 
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji 
b. Hindarkan perasaan irihati (benci) 
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia 
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL 
a. Bersihkan diri dengan bertaubat 
b. Gembirakan hati orang Mu'min 
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang tertinggal d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR 
a. Mengucap dua kalimah syahadat 
b. Suka memberi sedekah 
c. Berkata benar 
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN 
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat 
b. Sucikan perkataan dan pakaian 
c. Bersyukur dengan yang sedikit 
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN 
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia 
b. Pendekkan cita-cita dunia 
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH 
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM 
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala 
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa 
c. Berpegang teguh dengan hukum syara' 
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk


07 Julai 2009

3 . foto slide show sofea

sila klik pada share dan copy dua collum yang ada untuk lihat slide foto

2 . Renungan Bicara 1

Kewajipan kita 
Kewajipan seorang Muslim keatas Muslim yang lain iaitu lima perkara, menjawab salam, melawat orang sakit, mengiringi jenazah, menerima undangan dan mendoakan orang yang bersin.
(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)